++prolog

17 6 0
                                    

"eomma, Hobie lapar" rintih seorang kanak-kanak yang dikurung di dalam sebuah bilik tanpa sebarang sumber cahaya dibekalkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"eomma, Hobie lapar" rintih seorang kanak-kanak yang dikurung di dalam sebuah bilik tanpa sebarang sumber cahaya dibekalkan.

Sudah dua hari dia tidak diberikan makanan mahupun minuman.Semua ini kerana pada dua hari lepas, dia tidak sengaja terlanggar pasu kesayangan eommanya.

"eomma, Hobie nak air.Hobie haus" lama dia berkeadaan seperti itu sehinggalah pintu tiba-tiba sahaja dibuka dari luar.

Cahaya mula menerobos masuk memenuhi bilik tersebut.Dapat dilihat juga kesan-kesan lebam pada lengan kanak-kanak kecil itu.

Eommanya hanya melontarkan pandangan kosong sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.Hoseok, nama sebenar kanak-kanak lelaki itu, mula mendekati eommanya lalu memegang erat kedua-dua belah kaki eommanya.

"Eomma, Hobie janji Hobie tak buat lagi.H-Hobie lapar"

"Lapar ya sayang?" Puan Jung menarik Hoseok supaya kanak-kanak itu berdiri.Hoseok mengesat air matanya yang mengalir sambil mengangguk perlahan.Sesekali dia mengusap perutnya yang kurus itu.

"Makanan ada bawah tudung salji tu.Pergilah makan, eomma nak keluar" kata Puan Jung tanpa melihat sedikit pun wajah anaknya itu lalu mula mengambil beg tangannya.Dia melangkah keluar daripada rumah kemudian mengunci pintu dari luar.

Hoseok segera berlalu ke dapur kemudian cepat-cepat dia meletakkan nasi dan lauk ke dalam sebuah pinggan.Dia segera menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sambil sebelah lagi tangannya menuangkan air kosong.

"Eomma sayang aku kan?" fikir Hoseok.Sejak appa dan eommanya bercerai, Puan Jung mula berubah.Dia menjadi seorang kaki botol dan selalu memukul Hoseok tanpa sebab walaupun kanak-kanak itu baru berumur 10 tahun.

Mama ♔︎ | jhs ft eomma terchenta ; short story |Where stories live. Discover now