Selepas kejadian di mana eomma memukulku menggunakan batang paip, hubungan kami agak baik kerana eomma sudi bersembang dengan aku walaupun hanya sekejap.
Aku mengajak eomma pergi ke mall kerana aku ingin membelikannya beberapa pasang baju.Mujur sahajalah dia hanya bersetuju tanpa tanpa soal.Adakah ini satu petanda yang kami akan menjadi sebuah keluarga yang bahagia? Aku berharap jawapannya adalah ya シ .
Aku mengajak eomma untuk bersarapan di warung yang berdekatan dengan mall ini terlebih dahulu kerana aku tidak mahu eomma kelaparan.Aku taknak eomma rasa macam mana aku pernah rasa waktu aku kecil dulu.Sejahat-jahat eomma namun aku percaya yang dia tetap sayangkan aku.
Semasa makan, aku akan mencuri sedikit makanan daripada eomma.Eomma tidak pula marah namun dia juga mencuri makanan aku semula.Boleh tak kalau aku minta masa dihentikan? Supaya aku dapat menikmatinya dengan lebih lama.
Seusai makan, kami segera bergerak menuju ke bahagian pakaian wanita.Terdapat pelbagai pakaian yang menarik.Aku menyuruh eomma mencuba beberapa helai pakaian.Sekali lagi, dia hanya ikutkan sahaja kehendak aku tanpa apa-apa soalan.
Eomma keluar daripada tempat persalinan dengan pakaian yang dicubanya.Cantik, eomma memang cantik dengan pakaian itu.
"Eomma memang cantik.Dahlah awet muda" aku memuji eomma.Kelihatan eomma tersenyum walaupun sekejap sahaja.Ini adalah petanda yang baik.Eomma memang cantik kalau dia senyum tapi aku tahu, senyuman di bibirnya jarang sekali dipamerkan.
Aku meminta izin kepada penjual supaya membiarkan sahaja eomma memakai pakaian barunya itu.Mujur sahajalah penjual tersebut mengizinkannya.
Seusai membeli beberapa pasang pakaian untuk eomma, kami segera pulang ke rumah namun begitu sebaik sahaja sampai, eomma tiba-tiba ternampak kelibat appa lalu di hadapan rumah kami.
Aku rasa kelibat appa bukanlah ilusi aku kerana riak wajah eomma tiba-tiba berubah secara drastik.
"Aku benci kau jantan tak guna!" jerit eomma lalu berlari masuk ke dalam rumah.
Belum sempat aku ingin mengejarnya kerana dia terlebih dahulu mengurungkan diri di dalam biliknya.
Oh tolonglah, aku baru nak merasai apa itu bahagia tapi takkanlah secepat ini sahaja keadaan kembali seperti dulu.
Aku meletakkan beg kertas yang berisi pakaian eomma, di atas sebuah meja.Aku biarkan sahaja eomma melayan perasaan kerana aku tidak mahu emosinya semakin terganggu.
Hobie sayangkan eomma, berilah sekali lagi peluang untuk Hobie bahagiakan eomma シ
YOU ARE READING
Mama ♔︎ | jhs ft eomma terchenta ; short story |
Короткий рассказWalaupun kehidupan aku dengan eomma tak seindah orang lain namun aku tetap sayangkannya kerana hanya eomma sahaja yang aku ada dalam dunia ini. Kamsahamnida eomma. [ status ; complete ] ❁ start - 9 July 2021 ❁ end - 9 July 2021