Page 1❤

13 0 0
                                    

BEBERAPA tahun berlalu...
Tengku Ilhan dan Putri masing-masing telah "Move On" dari kejadian lalu. Mereka masih lagi bersahabat kerana kekasih baharu Tengku Ilhan iaitu Keesha Adriana merupakan sahabat baik Putri. Jadi Putri harus berpura-pura mesra dengan Tengku Ilhan.

Putri juga telah mempunyai kekasih hati. Ahmad Faiz bin Dato Ahmad Shauki menjadi pilihannya untuk menggantikan Tengku Ilhan.

-
Di Sebuah Restoran
-

Putri meninjau sekeliling restoran. Terlihat seorang gadis yang digelar Keesha melambai ke arahnya. Dia pun cepat-cepat meluru ke arah Sahabatnya, Keesha dan Kekasihnya, Faiz.

Putri melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Faiz. "Sorry lambat, jem teruk tadi" Ujarnya sambil membetulkan hijab yang dipakainya.

"Tak apa lah. Lagipun bukan kau seorang je yang lambat hari nie" Jawab Keesha ringkas.

"Siapa lagi? Bukan kita bertiga je ke?" Soal Putri kehairanan. Setahunya mereka patut lepak bertiga sahaja hari ini.

"Habistu Ilhan? Takkan kau lupa kot?" Terus berkerut wajah Putri apabila mendengar nama "Ilhan". Baru dia teringat yang Ilhan telah pun menjadi kekasih kepada sahabatnya itu.

-
Tiba-tiba...
-

"Asalamualaikum" Terlihat seorang lelaki menghampiri dan menegur mereka.

"Waalaikumusalam" Mereka bertiga menjawab serentak. "You rupanya duduklah" Ujar Keesha setelah merenung wajah lelaki tersebut.

Putri kembali berkerut. Lelaki tersebut adalah Tengku Ilhan. Putri hanya menjeling kemudian mengalih pandangannya ke tempat lain.

"Kenapa lambat?" Keesha mula menyoal Tengku Ilhan. "Sorrylah sayang, I kena settlekan kerja kat office dulu" Pandangan Putri beralih kembali ke arah Tengku Ilhan. "Sayang? Sejak bila kau penggil Keesha sayang nie?" Soalnya.

"Kenapa? Tak boleh? Ke jealous?" Putri menggenggam tangannya. Sakit betul hatinya melihat perangai Tengku Ilhan itu! Kau dah tinggalkan aku, bercinta dengan kawan baik aku, khianati aku! Lepastu kau nak cemburukan aku pula? Melampau betul! Omelnya di dalam hati.

"Eh tak lah, teruskan lah. Sayang, Anje, Baby, panggillah dia ikut sukahati kau" Ujar Putri dengan nada tidak puas hati. Tengku Ilhan hanya ketawa kecil. Keesha dan Faiz memerhati mereka berdua.

"Dah lah tu, order jom" Pintas Faiz. Dia faham, kalau Ilhan dengan Putri ni bertembung mesti ada benda yang nak digaduhkan melalui mulut. Yelah, banyak perkara yang mereka tak puas hati lagi atas kejadian sebelum ini.

"Okay Sayang, You nak makan apa?" Putri berkata-kata dengan nada yang manja, saja nak buat Tengku Ilhan tu cemburu.

Sepanjang mereka makan, mata Putri tidak lepas dari Tengku Ilhan dan Keesha. Perasaan cemburu membuak-buak dapat dirasai walaupun Tengku Ilhan tidak lagi bergelar "Kekasihnya". Dia memang tidak dapat menafikan yang dia masih mempunyai rasa sayang dan cinta pada Tengku Ilhan.

Faiz sedar yang Putri asyik memerhati merpati dua sejoli di hadapan mereka itu. "You, you ok ke?" Soal Faiz sambil menggapai tangan Putri. "I ok jer" Jawab Putri seraya memberikan senyuman ke arah Faiz. Faiz hanya tersenyum kembali.

Usai makan, Faiz perasan yang mata putri masih lagi tidak dilepaskan dari Keesha dan Tengku Ilhan. "You, ikut I kejap" pelawa Faiz kepada Putri. "Ok" Jawapan yang teramatlah ringkas diberi oleh Putri.

-
Di Luar Restoran
-

"You masih sayang and teringat pasal memori you dengan Ilhan kan?" Soal Faiz sebaik sahaja mereka keluar dari reatoran tersebut.

Putri terdiam. Dia menundukkan kepalanya dari dipandang oleh Faiz. Faiz mengangkat wajahnya dengan lembut. "Cakap jelah, I tak marah" Ujarnya dengan suara yang lembut.

Putri mengeluh dan mengangguk. Faiz hanya tersenyum. "I faham and I tak marah pun. Tapi I nak you ingat yang dia dah berpunya, I tak nak you buat benda yang bukan-bukan" Pesan Faiz sambil mengusap wajah kekasihnya itu.

Putri hanya tersenyum. Antara sebab kenapa dia memilih Faiz sebagai lelaki yang paling dicintai selepas Tengku Ilhan adalah kerana sifat lemah lembut dan sopan santun yang dimiliki oleh Faiz. Selain itu, Faiz juga memahami, mengambil berat dan tidak pernah tidak menghiraukan dirinya. Dia juga merasa yang Faiz ikhlas mencintainya.

"Baiklah you, I akan ingat pesanan you" Putri terus memeluk tubuh Faiz dan Faiz membalas pelukannya. "But please janji yang you takkan tinggalkan I macam apa yang Ilhan dah buat" Bisiknya ke telinga lelaki tersebut. "Of Course" Faiz membalas bisikannya.

TBC

Complicated LoveWhere stories live. Discover now