PUTRI bangun sambil menggosok matanya. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Hari ini Putri tidak berkerja jadi bolehlah dia berehat di rumah.
Tok! Tok!
Ketukan dari pintu kamar menyedarkan gadis itu sepenuhnya. "Putri, tak bangun lagi ke?" Suatu suara dapat didengar dari luar kamar Putri. Itu adalah suara abangnya, Putra Emir Ayish. "Dah bangun dah" Jawab putri. "Oklah kalau macam tu, nanti jangan lupa turun makan ya" Pesan Emir sebelum berjalan melintasi pintu kamar tersebut dan turun ke bawah untuk bersarapan.
"Aduh abang aku ni. Tahulah aku nak turun makan nanti" Gumam Putri perlahan. Dia bangun dari katilnya. Tuala berwarna pink pastel itu dicapai lalu dia bergerak ke bilik air untuk mandi dan mempersiapkan dirinya
*****************
"Lambat bangun hari ni" Tegur Tengku Haiza Raziah kepada anak bujangnya itu. "Jam loceng rosaklah Mommy" Ujar Tengku Ilhan sambil menghirup air teh yang ada di depan matanya.
"Amboi-amboi kau nie, dah lah bangun lambat lepastu minum pulak air aku" Kedengaran bebelan seorang lelaki di samping Tengku Ilhan. Itu adalah abang kembar tak seirasnya, Tengku Irfan Haziq.
"Ouh, air kau eh? Sorry" Ujar Tengku Ilhan selamba. Dia meletakkan kembali cawan yang telah diangkatnya tadi. "Ewah-ewah kau, dah minum separuh lepastu letak balik ya?" Tengku Irfan menjeling ke arah adik kembarnya itu.
"Dah dah lah tu, air je pun" Tengku Haiza mencelah. "Nah Mommy tuangkan air baru" Tengku Haiza meletakkan dua cawan air teh oh panas dan meletakkan cawan milik Tengku Irfan yang telah diambil oleh Tengku Ilhan ke dalam singki.
"Thank you Mommy" Tengku Haiza tersenyum melihat Tengku Ilhan dan Tengku Irfan bergurau senda bersama.
"Ilhan, bila Ilhan nak umumkan tarikh perkahwinan Ilhan dengan Keesha?" Tengku Haiza menyoal. Terdedak Tengku Ilhan apabila mendengar pertanyaan Ibunya itu.
"Tengoklah nanti, lagipun kitorang belum ada perancangan nak dirikan rumah tangga kalau boleh nak mengenal hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi"
Jawapan yang tersusun keluar dari mulut Tengku Ilhan. Sudah lama dia "Standby" jawapan tersebut kot-kot Tengku Haiza menanyakan soalan tentang perkahwinan. Sejujurnya dia masih belum bersedia nak menikahi Keesha. Hatinya masih lagi milik Putri sepenuhnya, namun jika dia berkata sebegitu kepada ibunya sudah semestinya Tengku Haiza akan memarahi dirinya.
"Jangan lah lama sangat mengenal hati budi tu. Kang dirembat orang baru tahu" Usik Tengku Haiza. "Kalau dirembat orang tak apa lah, Putri kan ada" Sampuk Tengku Irfan selamba.
Tengku Irfan adalah satu-satunya manusia di rumah tersebut yang berani menyebut nama "Putri" kerana semua orang dirumah itu tahu yang Tengku Haiza sangat benci akan Putri.
Tengku Haiza menjeling Tengku Irfan. "Kenapa kena sebut nama perempuan tu juga eh?" Jelingannya disambung dengan kata-kata yang dilepaskan dengan nada tidak puas hati.
"Kenapa je? Eloklah Putri dari Si Keesha tu, dahlah tak pakai tudung lepastu berlagak. Semua benda yang "Branded" nak ditunjuk kat Instagram dia tu" Ujar Tengku Irfan.
Dari dulu lagi memang Tengku Irfan langsung tak berkenan dengan Keesha. Lagi-lagi apabila melihat adik kembarnya terseksa kerana terpaksa meninggalkan kekasih hati semata-mata untuk Si Gadis Pengacau, Keesha Adriana.
"Tak baik cakap macam tu. Keesha tu kan bakal adik ipar kamu" Tengku Irfan mencebik. Adik ipar? Aku takkan benarkan Si Pengacau tu jadi adik ipar aku. Omelnya di dalam hati. Tengku Ilhan hanya memerhati. Suasana yang sebentar tadi riang dan penuh gelak ketawa berubah menjadi dingin dan sunyi.
"Sudahlah, Irfan keluar dulu ya" Tengku Irfan bangun sambil mencapai telefonnya di atas meja. "Nak pergi mana?" Soalan Tengku Haiza tidak dihiraukan. Tengku Irfan terus pergi meninggalkan ibu dan adiknya.
"Bertuah punya budak" Tengku Haiza menggeleng melihat telatah anak sulungnya itu. "Dia merajuklah tu Mommy panggil Keesha tu adik ipar dia. Dia kan memang tak berkenan dengan Keesha tu" Suatu suara menyampuk perbualan mereka. Ternyata itu adalah adik perempuan tengku Ilhan dan Tengku Irfan, Tengku Ilana Hathira. "Eh, Nana! Bila turun?" Soal Tengku Haiza yang terkejut dengan kehadiran anak perempuannya itu. "Tadi" Tengku Ilana menjawab ringkas.
Tengku Ilhan bangun dari tempat duduknya. "Ilhan keluar kejap ya Mommy, nak jumpa kawan" Tengku Ilhan meminta izin kepada ibunya sebelum menuju ke pintu utama. Tengku Haiza hanya mengagguk.
TBC
YOU ARE READING
Complicated Love
Roman d'amourPutri Esliza - Seorang gadis yg cantik, baik dan periang. Ramai lelaki yang cuba untuk memikatnya namun dalam banyak-banyak lelaki tetap Tengku Ilhan Hafizul menjadi pilihannya. Sehinggalah Tengku Ilhan sendiri memutuskan hubungan mereka. Rasa sakit...