Page 3❤

14 1 0
                                    

PUTRI keluar dari bilik air. Baju T-shirt labuh di gapai. Memang dari dulu Putri suka memakai pakaian labuh walaupun dia berada di rumah. Dia duduk dia hadapan cermin sambil memuji kecantikan sendiri.

"Alahai, cantiknya kau Putri Esliza Ayesha binti Tan Sri Yusuf Afri. Patutlah Faiz terpikat dengan kau" Tiba-tiba wajah Tengku Ilhan terbayang di fikirannya. "Kenapa Ilhan? Kenapa kau sanggup tinggalkan aku demi Keesha? Apa yang dia ada tapi aku tak ada? Beritahu aku Tengku Ilhan Hafizul..." Gambar Tengku Ilhan yang tersimpan di almari dikeluarkan. Betapa sakitnya hati seorang wanita yang telah dikhianati.

-
Tiba-tiba
-

Ting! Ting!

Bunyi dari telefon menyedarkan Putri dari lamunannya. Gambar Tengku Ilhan disimpan kembali. Dia segera mengambil telefonnya. Dia membuka aplikasi What'sup membuka group "BFFTJ❤"

Tengku Ateefa Anura
Asalamualaikum, sibuk ke?

Putri Esliza Ayesha
Waalaikumusalam, tak sangat.

Keesha Adriana
Waalaikumusalam, tak sibuk pun.
Kenapa?

Tengku Ateefa Anura
Tak ada apa,
Aku sebenarnya nak ajak
Korang lepak. Bosanlah😣

Putri Esliza Ayesha
Boleh jer tapi kat mana?
Pukul berapa?

Tengku Ateefa Anura
Hrmm... Entahlah.
Sesiapa ada cadangan?

Farzana Kayra
Hah! Kalau kita pergi
******** Mall nak?

Juliana Nirza
Ouh, aku pun ada dengar
tentang tempat tu.
Diorang kata kat sana ada
Rooftop. Cantik Giler

Keesha Adriana
Kalau macam tu aku
On jer

Farzana Kayra
Aku pun

Putri Esliza Ayesha
Aku pun join lah

Tengku Ateefa Anura
Ok, meet you guys there.
Bye, Asalamualaikum

Telefonnya ditutup. Putri menggapai satu gaun muslimah yang sangat cantik. Gaun itu dikenakan. Ya Allah, Cantik sungguh! Ditambah lagi dengan tudung bawal yang labuh dan bercorak indah.

Sebuah beg tangan di capai dan barang-barang seperti telefon, powerbank, kunci rumah dan pelbagai lagi dimasukkan sebelum turun ke bawah. Putri turun dengan penuh bergaya sekali!

"Amboi, cantiknya. Adik abang nak pergi mana hari ni?" Tegur Emir apabila melihat adiknya turun dari kamar. "Nak pergi jumpa kawan kejap" Jawab Putri sambil membetulkan tudungnya.

"Sarapan lah dulu" Pintas Pn. Sri Azira yang sedang menuang air teh di sebuah cawan. "Tak apa lah Maa, nanti Adik makan dekat Mall je" Ujar Putri sambil menghirup teh yang dituang ibunya itu.

"Adik per hi dulu ya Maa, Bang" Putri menyalam tangan Pn. Sri Azira dan Emir. "Yelah, hati-hati" Pesan Pn. Sri Azira. Putri hanya mengangguk. Dia menyarung sepasang stokin berwarna hitam.

********************

"Mana diorang ni? Lambatnya" Tengku Ateefa mengomel sendiri. Kawan-kawannya memang begitu. Kalau tak lambat, memang tak sah!

"Asalamualaikum" Suatu suara menegurnya dari belakang. "Waalaikumusalam, awal korang datang🙄" Tengku Ateefa menggulingkan biji matanya. "Janganlah marah, sorry" Keesha menepuk bahu sahabatnya yg seolah olah merajuk. "Yelah-yelah, maaf diterima. But..." Tengku Ateefa memberhentikan kata-katanya.

"But what?" Kini Juliana pula membuka mulutnya. "Korang kena belanja aku makan hari ini" Syarat ditetapkan oleh Tengku Ateefa. "Yelah-yelah, kitorang belanja" Farzana mengambil buku menu yang diletakkan di meja mereka.

"Erm, Putri... Aku nak tanya something boleh?" Keesha memandang tepat ke mata Putri. "Of course, apa dia?" Putri menjawab dengan wajah yang tersenyum. "K-kau masih ada hati dengan Ilhan ke?" Putri terdiam. Senyuman yang tadi terukir segera pudar. Tengku Ateefa, Farzana dan Juliana hanya memerhati mereka. "K-korang nak makan apa?" Tengku Ateefa segera mengubah topik. "Aku nak yang ni lah" Farzana segera menunjuk menu yang dia mahu makan. "Aku pun" Juliana berkata ringkas. "Keesha?" Tengku Ateefa menyedarkan Keesha dari lamunan. "A-aku pun samalah" Keesha menjawab ringkas. "Kau nak makan apa Putri?" Tengku Ateefa menepuk bahu Putri. "Aku tak ada selera lah, korang makanlah. Aku pergi tengok kasut kat atas" Putri segera meninggalkan kawan-kawannya. "Kau ni Keesha! Yang kau tanya macam tu kenapa?" Farzana memarahi Keesha. "Aku nak tahu je" Keesha menundukkan kepalanya. "Lain kali jangan tanya soalan macam tu, jagalah hati Putri tu" Pesan Tengku Ateefa. "Ok, sorry" Keesha mengangkat kembali kepalanya.

*******************

Putri termenung sendirian di rooftop. "Macam mana aku nak jawab soalan Keesha tu? Kalau ikutkan memang aku still sayangkan dia, but dia yang dah buang aku dari hidup dia. Ish, stress lah macam ni!" Putri menangis sendirian. Tanpa disedari, Putri silap langkah dan hampir jatuh dari rooftop tersebut! Namun nasib baik ada orang yang sempat menyambutnya.

"Awak ok?" Lelaki tersebut menegurnya. "S-saya ok. Eh jap, I-Ilhan?!" Putri cepat-cepat melepaskan dirinya dari dakapan Tengku Ilhan. "Eh, Putri. Kau buat apa kat sini?" Satu soalan dilontarkan kepada Putri. "Saja jalan-jalan" Putri menjawab sambil memeluk tubuhnya.

"Kau nangis ke?" Tengku Ilhan perasan air mata yang mengalir di pipi Putri. "E-eh, tak delah!" Putri cepat-cepat menghapus air matanya. Tengku Ilhan menarik lembut tangan Putri dan mereka duduk di sebuah bangku.

"Kenapa kau nangis?" Satu lagi soalan dilontarkan oleh Tengku Ilhan. "Aku tak nangislah!" Putri melepaskan tangannya dari genggaman Tengku Ilhan. "Kau jangan nak tipu aku, aku kenal kau lagi lama dari Boyfriend kau Si Faiz tu tau" Tengku Ilhan merenung wajah Putri.

"Betul, sampailah kau decide nak tinggalkan aku" Putri mengalihkan pendangannya dari wajah Tengku Ilhan. Tengku Ilhan tersentak dengan kata-kata Putri. "E-eh, pahal sensitive sangat nie?" Tengku Ilhan cuba hendak memegang bahu Putri namun tangannya ditepis. "Aku? Aku sensitive? Cuba kalau kau berada kat tempat aku, apa kau rasa? Boyfriend kau tinggalkan kau sebab dah ada perempuan lain lepastu kau dapat tahu yang perempuan tu adalah KAWAN BAIK kau sendiri. And then kau still kena berpura-pura baik dengan Ex kau sebab tak nak hilang kawan baik kau. Kau rasa happy ke?" Mata Tengku Ilhan terbeliak. Jarang Putri bercurhat panjang macam tu.

"Jadi kau masih marah lah?" Tengku Ilhan menggapai tangan Putri. "Eh tak lah, aku happy yang teramat sangat" Putri melepaskan tangannya dari pengangan Tengku Ilhan.

"Aku minta maaf Putri, aku just..." Belum sempat Tengku Ilhan menghabiskan kata-katanya, Putri sudah menyampuk. "Simpan maaf kau Ilhan, aku benci kau!" Putri bangun dari bangku dan pergi meninggalkan Tengku Ilhan sendirian. Tengku Ilhan menundukkan kepalanya. Dia tahu dia dah banyak buat salah dengan Putri. Dia mengeluh.

TBC

Complicated LoveWhere stories live. Discover now