aku penat
banyak benda yang aku nak buat dalam hidup ni
tapi tu lah aku ni bodoh, hodoh, bende doh!
aku takut nak cuba benda baru
aku menulis ni pon aku takut kalau orang kenal aku
hahahahahaha
aku cemburu dengan orang yang ada keyakinan yang tinggi
dari mana kalian dapat semua tu? aku nak juga
sejak kebelakangan ni aku jadi makin pendiam sebab dulu aku selalu cakap benda-benda yang memalukan diri dendiri. tapi aku memang pendiam dari dulu pon
bila aku ingat balik aku rasa macam nak tampar je muka aku ni kuat-kuat
tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah buat.. hahahaha
sakit sangat tapi malu dia lagi sakit
ya.. bagi aku malu tu benda yang menyakitkan
kalau boleh aku nak elak
sebab sekali benda tu jadi aku benda tu boleh resap dalam otak aku sampai berminggu
belum lagi bila ingatan tu muncul tiba-tiba entah dari mana
aku terlalu sibuk fikir apa yang manusia lain akan cakapa pasal aku nanti? apa pandangan mereka terhadap aku nanti?
aku suka tepek kata-kata "love yourself" "you're beautiful just the way you are" "you are more than enough" dan yang sama waktu dengannya
tapi kata-kata tu cuma untuk menyedapkan hati aku je
hakikatnya aku benci diri aku yang sekarang ni, aku rasa aku hodoh, kenapa aku ni malang sangat, apa lagi yang aku perlu buat supaya aku ni mencukupi kehendak orang lain
bila ada bangsa lelaki cakap dia suka dekat aku, aku selalu tanya kenapa aku? kau ni tiba-tiba sangat lah
bangsa lelaki tadi akan cakap 'kamu tak macam bangsa perempuan lain yang aku kenal'
habis tu selama ni bangsa perempuan macam mana yang kamu kenal?
mereka cakap aku tak kuat melepak, aku tak keluar malam, aku tak ramai kawan lelaki
MEMANGLAH! kamu ingat senang ke aku nak minta izin dekat orang tua aku bila nak keluar?
aku kena siapkan proposal, buat rehearsal dulu macam mana nak mintak izin
overthinking lagi, kalau orang tua aku tak izin aku keluar apa pulak aku nak cakap dengan kawan aku tu? satu hal pulak aku nak siapkan skrip nak bagi tahu dia aku tak jadi keluar.
pasal kawan lelaki aku pulak, aku bukannya tak nak berkawan dengan bangsa lelaki ni tapi entah lah, aku rasa mereka yang tak suka aku
aku teringin jugak nak ade kawan rapat lelaki, dan yang paling aku teringin nak ada abang
tapi aku ni cepat rasa gugup depan lelaki dan bila aku gugup muka aku jadi ketat sebab nak tutup rasa gugup aku tu
jadi hasilnya si bangsa lelaki akan cakap yang aku ni sombong, garang, muka ketat.
eh tak sedar, banyak dah rupanya aku tulis, bahaya ni.
lagi banyak aku tulis lagi banyak korangg tahu pasal aku
maaf lah ya manusia sekalian aku cuma mahu bersuara
aku hampir dedahkan siapa aku
hahahahaha
jadi sampai sini je aku nak bersuara
kau, manusia ada apa-apa suara tak nak lontar?
aku sedia meresap
cuma hati-hati
NAI LIZAM
YOU ARE READING
AKU MAHU BERSUARA
DiversosTak tahu lah apa pendapat manusia lain tapi bagi aku nukilan tu puitis sangat jadi kali ni bagi lah aku bersuara dengan lebih bebas dan santai akan ada manusia akan kata 'aku mahu bersuara' juga agak puitis maaf lah manusia sekalian ianya adalah gay...