Part 13 - First Meet

944 100 6
                                    

1 month ago..

Hari itu hujan turun dengan lebat di kota Seoul. Taehyung duduk di bus stop menunggu kedatangan bas. Keretanya dipinjam oleh salah seorang rakannya mengakibatkan dia terpaksa naik kenderaan awam tersebut.

Dia menyumbat earphone ke telinga dan memutarkan lagu 'Rain' by Lee Juck.

Taehyung mendongak menatap langit mendung, beberapa saat kemudian dia mengalihkan pandangan ke sisi kiri.

Matanya tidak sengaja terlihat seorang perempuan memberi payung kepada seorang wanita separuh usia, di seberang jalan.

Selepas wanita tua itu menggunakan payung yang diberi, perempuan itu pula meredah hujan dengan beg kerja di letakkan atas kepala.

Taehyung tersengih,

Pabo! Dia buat baik tapi akhirnya menyusahkan diri sendiri. Jangan jadi terlalu baik lah. Belum tentu orang akan hargai kita.

Taehyung masih memerhatikan gadis itu yang sudahpun berada di hujung bus stop,

Gadis itu tidak dapat berlindung di bawah bumbung bus stop kerana tempat itu sudah penuh dengan orang yang juga hendak berteduh dari hujan.

Akhirnya gadis itu mengeluh dan membiarkan tubuhnya dibasahi hujan sepenuhnya, mukanya nampak redha.

Tidak lama itu, terukir senyuman pada wajah gadis itu.

"Ah fckk that shit, I'm just gonna enjoy this rain." ujar gadis itu lalu dia menari tanpa rasa segan, dia sudah tidak peduli dengan pandangan orang sekeliling.

Biarlah orang nak kata apa, dah lah dia stress di tempat kerja tadi, kereta lagi asyik rosak. Mungkin dengan mandi hujan, dia boleh melegakan fikiran.

Dalam diam, Taehyung hanya memerhatikan gadis itu. Tanpa sedar, dia tersenyum melihat telatah gadis itu yang menurut pandangannya sangat lucu dan sedikit gila.

Aih siapa lah perempuan tu, she's really crazy and... something.

Elok dalam masa yang sama lagu 'Something' by George & Kang Hyein bermain di playlist.

"Kyeopta." gumam Taehyung.

~

"Taehyung, apa kau buat diam-diam kat sana? Meh lah join kitaorang menari."

"Ihh, kan aku dah cakap aku tak nak ikut. Apa yang ada kat sini? Bosan." suara Taehyung sedikit tinggi bagi menyaingi bunyi muzik di kelab malam itu.

"Dah-dah lah mengeluh. Kau pergi lah ajak mana-mana perempuan berbual, ni lah masanya untuk kenal orang baru."

Taehyung menggulingkan bola mata,

"Tak nak! Aku nak minum je kat sini."

"Whatever, suka hati kau lah." rakan Taehyung itupun beredar, meninggalkan Taehyung seorang diri duduk di hujung sudut bar. Sesekali datang perempuan menyapa dia tetapi Taehyung menolak untuk berkenalan.

Setelah beberapa minit, dia mula naik bosan. Dia mengatur langkah untuk ke tandas. Semasa berjalan dalam kerumun ramai, dia ternampak wajah seorang gadis yang dilihatnya tempoh hari.

'Gadis hujan tu.'

Gadis itu nampak sedang melilau sekeliling, entah apa yang dicari.

'Tak sangka aku jumpa dia kat sini.'

Taehyung cepat-cepat melarikan pandangan apabila gadis itu menoleh ke arahnya. Air liur nervous ditelan.

'Dia tengah perhatikan aku ke?'

Beberapa saat berlalu, Taehyung memandang semula gadis itu. Dan memang benar, gadis itu sedang masih memerhatikan dia. Tanpa berkelip pula tu.

'Jangan-jangan dia dah jatuh hati kat aku?'

Taehyung mendapat satu idea. Dia tersenyum manis kepada gadis itu untuk beberapa saat sebelum berpaling dan beredar dari situ.

Dia sempat mencuri pandang belakang sekilas dan mendapati gadis itu sedang mengikutinya.

'Dia ikut aku.'

Taehyung tersenyum kecil.

If two people are meant to be together, eventually they'll find their way back.

- FIN -

p.s. buat korang yang ada maki Tae, sila minta ampun kat dia sekarang! HAHAHA

THANKS FOR READING!
BYE♡

My Worst Boyfriend [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now