Part 11 - The Truth

3.6K 330 27
                                    

"(y/n)?"

Aku terbangun dari tidur bila dengar suara Jinah panggil aku.

Dia ketuk pintu aku.

"Masuk lah, aku dah bangun."

Dia buka pintu,

Terpancar lah wajah dia yang berseri, pakaian dia pun lawa je.

"Kau okey tak ni?" dia tanya.

"Okey."

"Hm aku keluar dulu. Aku dah masakkan kau bubur, nanti makan ok?"

Aku mengangguk.

"Kau nak pergi mana?" aku soal.

"Keluar dengan Jimin. Hari ni kan Valentine Day."

Huh patut lah berseri-seri muka.

"Bye, jaga rumah tau."

Dia keluar.

Sunyi,

Sepi,

Sama seperti hari Valentine sebelum ni.

Aku bangun dari katil,

Nak mandi? Tak nak lah.

Aku terus meluru ke dapur, nak makan bubur yang Jinah masak.

Sampai je kat dapur,

Aku lahap bubur tu, entah bila last aku makan. Macam setahun tak makan.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

Siapa yang datang pagi-pagi macam ni?

Aku buka pintu, aku nampak ada bunga depan pintu.

Aku toleh kanan, kiri, takde orang.

Siapa yang bagi bunga ni?

Cantik dan besar pula tu.

Aku angkat dan hidu bunga tu,

Wangi.

Aku bawa masuk bunga tu,

Aku letak atas meja depan TV.

Then, aku terlihat sekeping kad bersaiz sederhana pada bunga tu.

Ada tertulis nama aku,

To : (y/n)

Aku sambar kad tu dan aku baca isinya,

Annyeong (y/n). Aku ni Kim Taehyung. Harap kau tak buang kad ni bila dapat tahu aku yang bagi. Aku ada beberapa perkara nak bagitahu kau. Kalau aku ajak kau keluar, kau pasti tolak kan? Jadi aku hanya mampu kirimkan kad ni.
Pertama sekali, aku nak minta maaf atas semua kesalahan yang aku dah lakukan terhadap kau. Aku tau aku dah banyak kali buat kau sakit hati, sedih dan kecewa. Macam yang kau cakap, aku memang boyfriend yang teruk:)
Perkara seterusnya, aku nak bagitau satu perkara yang dah lama aku pendam. Sebenarnya, sikap yang aku tunjukkan dekat kau selama ni bukanlah sikap aku yang sebenar. Aku cuma berlakon jadi boyfriend teruk untuk kau. Sebelum ni, aku pernah ditinggalkan oleh bekas kekasih aku sebab dia kata aku ni terlalu baik untuk dia:') . Aku sangat sedih dan kecewa bila dia tinggalkan aku. Mungkin memang betul dulu aku layan dia dengan cara sangat baik dan lembut. Cara layanan aku tu dah buatkan dia rimas dengan aku. Jadi aku dah bertekad, kalau aku couple sekali lagi, aku akan layan girlfriend aku tu dengan teruk. Dan memang aku sengaja layan kau macam tu. Aku nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan dengan aku. Aku fikir kau akan tinggalkan aku sebaik sahaja kau dapat tahu yang aku ni teruk tapi tak, kau tetap bertahan walaupun kau tersakit. Kau tetap sayang aku walaupun aku layan kau macam bukan siapa-siapa.
Malam kita pergi taman tema tu, aku nak jujur dengan kau tentang perkara ni tapi dah terlambat, kau langsung dah tak nak dengar penjelasan aku. Aku akan terima kenyataan yang kau dah lupakan aku.
Perkara yang terakhir, aku nak sangat kau tahu yang aku sayangkan kau sepenuh hati aku. Aku jatuh cinta pandang pertama dekat kau. Kau satu-satunya perempuan yang dapat runtuhkan tembok dalam hati aku lepas bekas kekasih aku tinggalkan aku dulu. Kau sangat berharga buat aku.

Aku harap kau sentiasa gembira dengan kehidupan kau sekarang :)

Happy Valentine Day!

I love you (y/n) ♡

- KTH

Air mata aku deras mengalir, buat kali pertamanya aku rasa terharu dengan luahan macam ni.

Aku akui aku sedikit menyesal sebab tak nak dengar penjelasan dia malam tu.

Tapi dah terlambat.

Aku peluk kad tu,

Aku pandang bunga rose yang dia bagi kat aku.

Aku ternampak sesuatu terselit di sebalik bunga rose tu. Aku capai benda tu.

Sebuah kotak kecil.

Aku letak kad tadi di tepi bunga,

Aku buka kotak kecil tu.

Seutas rantai?

Macam kenal rantai ni.

Rantai yang aku nak sangat masa kami shopping hari tu.

Tambah deras air mata aku.

Taehyung!

Kalau lah masa boleh diundur.

Aku nak jumpa kau!

-----

TBC

My Worst Boyfriend [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now