Part 7

3.1K 304 18
                                    

"Best kan cerita tadi?" Taehyung soal aku selepas kami keluar dari cinema.

Best apa nya, aku tidur, sedar-sedar cerita dah tamat.

"Penamat dia Jeon Jungkook tu hidup ke?" aku soal.

"Tak dia mati."

Alahh sedihh.

Diam-diam aku memeriksa google,

Did Jeon Jungkook die in Blood, Sweat & Tears?

Dan google cakap 'No, Jeon Jungkook didn't die, he was saved by...'

Aku tutup telefon lalu menoleh Taehyung,

Penipu.. cakap je lah dia jeles dengan Jeon Jungkook.

Tapi aku cuma abaikan perkara tu, dan segera mengejar Taehyung yang sudah di hadapan.

Kami berhenti di tepi jalan raya, nak menyeberang tapi kereta banyak lalu lalang.

Lampu traffic bertukar merah, ni masanya nak lalu.

Aku pandang orang sekeliling aku, diorang semua pasangan kekasih sama seperti aku dan Taehyung.

Yang buat aku jeles, diorang semua berpegangan tangan masa nak menyeberang.

Aku lihat Taehyung sekilas, dia pula sedang pandang depan buat tak tahu. Lepastu aku pandang tangan dia.

Aku kena berani kan diri sikit,

Aku baru je nak capai tangan dia, tapi dia terlebih dahulu masukkan tangan dia dalam poket seluar. Seolah-olah tak sudi berpegangan tangan dengan aku.

Ceh macam tau-tau je aku nak pegang tangan dia,

Tak romantik langsung!

~

"Kita nak pergi mana?" aku soal Taehyung, aku dah tak tahu arah mana dia bawa aku.

"Ikut je."

Akupun tanpa banyak soal lagi ikut je jejak langkah dia.

~

Kami tiba di sungai Han.

Permandangan sungai ni memang menarik kalau malam.

Aku hirup udara segar.

"Cantik kan?" soal Taehyung.

"Ya." aku balas tanpa toleh ke arah dia.

"Maksud aku body perempuan tu."

Apa? Body?

Aku pandang arah yang Taehyung pandang.

Seorang perempuan seksi bersama boyfriend dia sedang bergambar. Perempuan tu cuma pakai short skirt dan baju dia menampakkan garis dada.

Tambah lagi dengan angin yang meniup skirt pendek dia yang ternaik tu.

Aku tengok Taehyung, lelaki tu dah tersengih nakal.

"Byuntae!" aku jerit kat dia.

"Mana ada! Dia dah bagi free macam tu, macam mana aku tak pandang."

Aku diam, aku pandang badan aku macam mana. Dibandingkan aku dengan perempuan tu jauh sangat beza dia.

Aku ni tak seksi, tak pandai bergaya mesti Taehyung bosan dengan aku hmm.

"Dah dah tak payah lah nak sedih. Aku main-main je lah. Aku tetap pandang kau sorang, jangan risau lah." Taehyung peluk bahu aku.

Betul ke apa yang dia cakap tu?

-----

TBC

My Worst Boyfriend [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now