TELEFON yang berbunyi nyaring dengan jam loceng yang mengeluarkan irama membuatkan Lily menekup bantal di mukanya. "Bisingnya telefon ni!" Lily berteriak. Dia tidak mampu lena.
"Argh!!" Dia memekik sambil rambut panjang yang kusut dikuak ke belakang.
"Berapa banyak seh kak Leeya pasang jam loceng dekat dalam rumah?" Omel Lily kegeraman. Jam loceng di sisi katil di matikan pengeranya.
Bunyi jam loceng di luar bilik pula membuatkan Lily terpaksa bangkit dari katil dan mematikan pengeranya. Jam itu turut dimatikan. Bunyi telefon pintarnya yang berbunyi kuat tadi kini berhenti. Belum sempat menarik nafas lega telefon rumah itu pula berbunyi.
"Ya Allah! Kenapalah mereka ni tak boleh bagi aku ketenteraman dalam hidup." Laju gangang telefon dicapai. "Hello,"
"Bangun pun. Ingat tak reti-reti bangun tadi." Bebel Aleeya. Pening dengan perangai adiknya yang tidak reti bangun awal. Malam seperti burung hantu tidak reti pula tidur.
"Bangunlah ni..."
"Kalau akak tak pasang jam loceng satu rumah kau memang tak akan bangun." Omel Aleeya lagi.
"Eee... bangunlah, memandai aje akak ni." Lily mencebik.
"Pergi mandi sana, bersiap! Akak ada kerja nak suruh adik buat sampai kafe nanti."
"Yelah... yelah... 40 minit dari sekarang Lily sampai kafe." Terkocoh Lily menyiapkan dirinya dengan memakai pakaian casualnya dengan menyarungkan hoodie berwarna grey dan berseluar jogger disarungkan sebelum mengatur langkah keluar.
Scooter dinaiki sebelum enjin dihidupkan. Laju scooter itu ditunggang membelah jalan raya menuju ke kafe.
"Kak Leeya! I'm coming..." Lily melangkah masuk ke dalam kafe dengan wajah ceria.
"Amboi ceria nampak datang lewat." Aleeya memeluk tubuh melihat adiknya yang seorang penganggur tegar itu.
"Beria nak tolong akak dekat kafe. Tapi lewat macam ni baru nak muncul. Apa nak jadi dengan kamu ni?"
"Biasalah kak, adik kan owl. Mana bangun siang." Selamba Lily menjawab.
"Hurmm... yelah tu owl. Sudah! Akak ada kerja nak adik buat sekarang ni." Aleeya sudah malas bermain kata dengan adiknya itu. Jika dilayan memang tidak siaplah kerjanya.
"Kerja apa?" Lily masih keliru. Dari reaksi kakaknya itu kelihatan serius dan memerlukan kadar segera.
"Akak nak adik hantar pesanan kek ni dekat Mille Resort sekarang." Arah Aleeya tegas.
"Hah?" Mille Resort? Jauh tu kak. Mana adik tahu jalan jauh macam tu. Tak mahulah." Lily menolak malas memikirkan Mille Resort yang bertempat di Bandar Penawar di mana resort-resort mewah yang menghadap pantai di tempatkan.
Malah, ia terkenal dengan pantai yang bersih di sebelah laut China Selatan.
"Tak ada... akak tak nak dengar sebarang alasan. GPS ada, ikut aje arah dia. Pergi sekarang!" Kunci kereta Alphard dihulur Aleeya.
"Alah kak..."
"Jangan nak mengada. Kalau malas nak kerja dengan akak balik duduk dengan ibu sana. Nak duduk dengan akak jangan nak jadi buaya." Aleeya sudah mengomel geram dengan adiknya itu.
"Buaya apa kak? Buaya darat yang comel, eh?" Lily tersengih selamba. Langsung tidak terkesan dengan bebelan kakaknya itu.
"Sudah! Jangan nak mengarut. Pergi sekarang. Lambat nanti, Lily Aisarah."
"Yelah... yelah..." Lily memuncungkan bibirnya tanda protes. Malas sungguh dia mahu memandu jarak jauh.
Selalunya kalau dia berjalan jauh akan ada ayah ataupun abangnya yang akan memandu.
YOU ARE READING
60 Hari Bersamamu (EBOOK)
RomansaE-BOOK Penerbitan RMA Studio Lily Aisarah gadis bergraduan ijazah psikologi. Disebabkan ekonomi yang tidak begitu baik sukar untuknya mendapatkan pekerjaan dan menyebabkan Lily memutuskan menanam anggur dan hanya bekerja separuh masa di kafe kakakny...