Note: Mungkin banyak kesalahan ejaan. Rajin aku baiki. Malas korang buat-buat faham jelah.
🧟♂️🧟♂️🧟♂️
Satu kata cukup menggambarkan situasi ini.
Kegembiraan.
Siapa yang tidak gembira apabila kita memasuki sebuah dunia yang penuh fantasi tanpa undang-undang. Sebab itu ia dinamakan sebagai funfair. Sebuah tempat di mana kita boleh menghabiskan duit dengan cara yang paling berbaloi.
"Malam ni, korang boleh enjoy sampai tak ingat dunia but pukul 11 malam. Semua datang sini balik." Arah Seungcheol dibalas anggukan member lain. Semuanya berpecah mengikut golongan umur.
Semuanya gembira dengan suasana ini. Well, bukan semuanya kerana si maknae umpama cacing kepanasan. Dari tadi asyik gelisah. Nasib hyung dia tak perasan.
"Weh korang, kita masuk rumah hantu nak?" Tanya Hansol. Seungkwan berfikir seketika sebelum mengangguk manakala Chan meneguk ludah. Oh no, rumah hantu adalah tempat pertama zombi-zombie itu memulakan penyerangan.
Perbuatan ini seperti membaling batu ke sarang lebah! Macam masuk kandang zombie!
Chan tak tunjuk yang dia gelisah dan masuk ke dalan sana dengan diorang. Baru jejak kaki kat dalam sana...
'BAHHH'
"EOMMA" Jerit Seungkwan spontan memeluk Vernon yang kebetulan ada kat sebelah. Baru kena sergah dah berpeluk bagai. Chan pandang je dua hyung dia ni. Nak bergay tak bertempat.
Demi melindungi mata innocentnya, Chan berjalan mendahului mereka. Paling best tu, diorang tak perasan pun Chan tinggalkan diorang.
"Hyung tak guna, adik blah buat tak tahu je." Gerutu Chan berjalan. Sedikitpun tidak takut dengan hantu-hantu palsu yang cuba menakutkannya. Pada Chan, lantaklah diorang. Lagipun dunia tak lama lagi kena serang dengan zombie
"Oppa, zombie tu nampak betullah."
"Oppa nampak, takpe zombie tu kan cuma berkostum. Kot?"
Chan drastik berhenti dan memandang pasangan yang baru bercakap itu. Matanya terus menghala ke 'zombie' yang dimention diorang. Chan membulatkan mata mengetahui itu bukan orang yang berkostum tetapi zombie sebenar.
Zombie sebenar yang bukan berpura-pura. Jelas kelihatan zombie itu diikat dengan rantai besi mengelilingi lehernya.
'Bapak awal zombie ni keluar.'
YOU ARE READING
[DC] Second Chance [Zombie Apocalypse] || Seventeen || Malay
Pertualangan[Seventeen Friendship] [Lee Chan ff] [Discontinue] Lee Chan, seorang pelajar yang berumur 13 tahun melalui tempoh sepanjang 10 tahun bersendirian apabila hyung-hyungnya terkorban satu-persatu membuatkannya sunyi sepanjang 10 tahun itu. Pada suatu ha...