KIMK 4

20 5 3
                                    

Kelab malam ditujunya.Pakaian yang dipakainya adalah baju pekerja bar untuk menjalankan misinya di kelab malam tersebut.

"Kita nak buat apa kat sini?"Soal Jungkook,sahabat baik Haerin.Baru sahaja dia ingin mengancing baju kemeja menampakkan dada bidangnya,Haerin menepis tangan Jungkook.

"Yah!Sakitlah!"

"Jangan kancing,sengal!"

"Kau dah kena sampuk ke apa suruh aku pakai baju macam ni?Tayang dada lagi!Mati aku kena belasah dengan Joona kalau dia tahu aku buat freeshow depan orang lain!"Rungut Jungkook sambil melihat penampilan nya yang kelihatan agak seksi.

Dengan baju kemeja bercorak kulit harimau bintang bersarung dengan kot berwarna merah terbuka kancing menampakkan dada bidangnya yang tegap.Tidak lupa juga seluar slack ketat menampakkan pehanya yang sasa.

"Ikut plan aku or aku tak kan teragak-agak beritahu kat Joona yang kau tayang body depan orang ramai" Ugut Haerin.

Jungkook buat muka pasrah.Sabar jelah Jungkook oi!Diikutkan hatinya,nak je dia lempang Haerin ni.Nasib baik Haerin ni sahabat baiknya.

Mereka menapak masuk ke dalam kelab tersebut.Bunyi dentuman musik kedengaran di dalam kelab tersebut bersama dengan manusia yang menari tidak ingat dunia langsung tidak takut dengan dosa-dosa.

"Ingat plan aku.Aku nak kau cari lelaki bernama Park Jimin.Lepas tu,kau bawa dia pergi ke bar.Got it?"

"Ok.Tapi kenapa kau nak sangat lelaki tu?Ada apa-apa ke?"Soal Jungkook hairan.

"Jangan menyibuk lah.Ikut je plan aku.Nah,ni gambar dia kalau kau tak tahu macam mana rupa muka dia.Nanti aku beritahu kau tentang lelaki tu.Now,go!"

Jungkook mengeluh.Dia mencapai gambar tersebut lalu dia berlalu menuju ke tempat orang yang bersesak-sesak menari tidak ingat dunia.

Mata Jungkook meliar mencari jejaka bernama Park Jimin sehinggalah matanya bertemu dengan Park Jimin yang sedang menari.

Memang sah tu Jimin!

Kaki Jungkook laju melangkah ke arah Jimin.Tangannya melingkari pinggang Jimin yang pendek sikit dari dia.

"Hey baby~"Jungkook mencium bahu Jimin yang terdedah walaupun di dalam hatinya,sudah mengelupur geli.

Ya tuhan!Ampuni dosa aku.Aku bukan LGBT!Balik nanti,aku nak samak bibir aku yang tercemar ni.Jahanam kau Haerin!Kenapalah aku terikut-ikut dengan idea gila dia ni?!

"Hey,daddy~" Jimin memandang Jungkook dengan pandangan menggoda lalu pipi Jungkook dikucupnya lembut.Tangan miliknya mengelus dada bidang Jungkook yang terdedah dengan penuh sensual.

Jungkook mengetap bibirnya kuat.

Mak!Jungkook dicabuli!Huweekk!!!

"Erm,baby?Kita pergi bar,jom?Daddy haus" Ujar Jungkook ingin menarik perhatian Jimin.Tangan Jimin dicapai lalu ditarik menuju ke bahagian bar minuman.

Jungkook duduk di kerusi bar begitu juga Jimin yang duduk di sebelahnya.

Datang Haerin ke arah mereka dengan membawa dulang yang berisi minuman cocktail.Jimin tidak mengenalinya kerana dia memakai mask hitam beserta topi menutupi keseluruhan wajahnya.

Jungkook mencapai kedua-dua gelas cocktail lalu satu diberinya kepada Jimin.Jimin mencapainya lalu air tersebut diminum sehingga habis.

"Baby,how do you feel?" Soal Jungkook.Bibirnya mengukir senyuman sinis di saat Jimin memegang kepalanya dengan dahi berkerut menahan kesakitan.

"Da..." Belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya,dia terus rebah pengsan ke dalam pelukkan Jungkook.

"Haerin.Dia dah pengsan"

"Bagus.Bawa dia masuk ke dalam kereta"

Jungkook akur lalu tubuh Jimin diangkat dengan mudah menuju ke keretanya.

"Woi!Ke mana lu mau bawa pigi gua punya....

BUK!

Beg yang berisi duit bernilai sejuta rupiah dilempar betul-betul di depan bapa ayam tersebut.

"Aku beli dia terus.Bermaksud,dia dah tak bermakna lagi kat sini.Kalau tak cukup,just tulis berapa nilai yang kau nak kat dalam slip kertas ni" Haerin mengoyak slip cek tersebut lalu dilemparnya ke muka bapa ayam tersebut.

Haerin melangkah keluar dari kawasan tersebut meninggalkan bapa ayam yang menjerit suka sambil mencium duit-duit tersebut.

"Dah?" Soal Jungkook sebaik sahaja Haerin masuk ke dalam kereta bahagian seat depan sambil membetulkan bahagian lengan baju hoodienya.Rimas dia guna baju nampak dada free show.Seluar slack ketat yang dipakainya tadi turut ditukar ke seluar tracksuit.

"Dah.Jom kita gerak"Haerin menanggalkan topi dan masknya lalu dilempar ke bahagian seat belakang,tempat Jimin diletakkan di bahagian seat belakang.

Wajah Jimin dipandang seketika lalu mengeluh sebelum dia menghala pandangan nya ke depan.

"Mianhae,Jimin.Aku janji aku akan tolong kau....















"Kerana aku dah mula sayangkan kau"








TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Kebahagiaan Itu Milik Kita •PJM•Where stories live. Discover now