Bab 1

177 9 0
                                    

"SYA, kau serius ke dah daftar kelas berenang tu? Serius nak belajar?"Adelia sedut jus guavanya sambil memandang belakang suaminya yang keluar sebentar hendak menjawab panggilan telefon. Dia kemudian berkalih memandang Syasya yang sedang mengunyah kentang goreng.

Syasya mengangguk laju. "Yup. I want to live my life to the fullest. Didepangkan tangannya luas-luas sambil tersenyum lebar.

"By swimming?"

"Ya, belajar berenang dulu lepas tu aku nak ambil kelas diving pula. Aku dah check dah beberapa kelas yang ada, menarik gila kot! Lepas ni, kalau pergi bercuti dekat mana-mana pulau, tak adalah asyik berjemur tepi pantai aje. Boleh pergi diving." Beritahu Syasya teruja.

"Swimming...diving?" Sampuk Johan yang kembali menyertai mereka di meja makan.

"Yes, in that order."

Johan pandang isterinya sambil mengangkat kening, isyarat bertanya 'kenapa dengan kawan baik you ni?' Tapi Adelia cuma mampu mengangkat kedua-dua belah bahunya sahaja.

"Who's the guy? Anybody we know?" tanya Johan, separa bergurau.

"Helo!" Syasya bulatkan mata ke arah Johan. Tak puas hati.

"Kenapa nak fikir Sya buat semua ni sebab lelaki pula?"

Johan tersengih, saling bertukar pandang dengan isterinya yang sedang mengulum senyum.

"You are a shopping, spa, saloon type of girl. Payah nak compute you pergi swimming and diving ni secara sukarela. Melainkan ada orang yang ajak..."

"Cara Abang Joe cakap ni buat Sya rasa macam Sya ni teruk sangat pula." Syasya sudah menarik muncung.

Adelia cuit lengan suaminya. Dijegilkan mata tanda dia juga tidak bersetuju dengan kata-kata suaminya.

Johan mengerdipkan matanya ke arah Adelia, memohon maaf atas ketelanjurannya.

"Mana ada teruklah. You are the best person to us by being Omar's god mother and baby sitter," pujuk Johan sambil ketawa kecil.

Syasya senyum. Reaksi yang normalnya bila nama Omar, anak sulung Adelia dan Johan disebut. Sayangnya pada si montel itu tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

"Sya nak cuba lakukan sesuatu yang berbeza aje. You know... nak mencabar diri sendiri."

Adelia tersenyum. Digapai tangan Syasya di atas meja lalu digenggam erat.

"As long as you are happy, Sya, aku akan sokong aje apa yang kau nak buat."

"Thanks, Adel..." balas Syasya, terharu.

Mereka kembali berbual-bual, sambil menikmati makan malam. Sudah hampir dua minggu mereka tak keluar bersama. Masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing. Sesekali berjumpa, macam-macamlah cerita yang hendak dikongsi bersama.

"Sayang, you want dessert?" tanya Johan kepada Adelia sebaik sahaja pelayan datang mengutip pinggan makan mereka.

Adelia mengangguk.

"Sya?" tanya Johan kepadanya pula.

Syasya menggeleng. "Tak apa. Sya dah kenyang."

Johan mengangguk sambil mencapai buku menu di atas meja. Adelia di sebelahnya sudah merapatkan tubuhnya ke arah Johan, ingin membelek menu bersama Johan.

Syasya memerhatikan tingkah kedua-dua insan yang berada di hadapannya itu. Khusyuk dalam dunia mereka berdua.

Waktu-waktu begini Syasya terasa seperti orang ketiga pula. Tak ubah macam tiang lampu. Penyibuk yang ada di antara Johan dan Adelia.

Walaupun mereka berdua tidak pernah menganggapnya begitu, namun dia tak dapat nak halang dirinya daripada berperasaan begitu.

Syasya terasa seperti dia mengganggu masa peribadi Johan dan Adelia. Lebih-lebih lagi bila mereka sedang begini...

Saling berpandangan... bertukar senyum. Seolah-olah mereka sedang berbicara dari hati. Kedua-duanya saling faham-memahami dengan apa yang ada dalam hati masing-masing tanpa perlu bersuara.

Sejujurnya, Syasya sedikit cemburu dengan apa yang Adelia dan Johan miliki. Jauh di sudut hati, dia berharap satu hari nanti dia berpeluang untuk merasai apa yang Adelia rasai kini.

Namun, kalau dilihat sejarah kisah-kisah cintanya yang sering bermasalah, dia tak tahu sama ada peluang itu akan ada atau tidak.

"Sya...Sya? Are you doing swimming laps in your head there?" Adelia melambai-lambaikan tangannya di depan Syasya.

Syasya yang baru tersedar fikirannya sudah menerawang jauh, tersentak. Dia senyum nipis.

"Sorry, I was thinking about my outstanding errands and tasks."

"Jomlah balik. Kau pun dah nampak letih tu. Lagipun kesian pula tinggalkan Omar dengan ibu lama-lama. Dah mula dapat kaki ni, tak reti duduk diam! Aku pun kadang-kadang tak larat nak kejar." Ngomel Adelia, namun melihat bibirnya yang sedang tersenyum manis, Syasya tahu yang kawan baiknya itu sedang bahagia.

Dalam hati dia berharap, Adelia akan terus tersenyum seperti itu. 


***

Promo. Second print for Love will be available soon. Kindly WhatsApp 0175383722 for more info.

 Kindly WhatsApp 0175383722 for more info

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang