Bab 2

141 11 0
                                    

SYASYA merenung bosan kolam renang yang membiru di depannya. Dikocak air yang tenang itu dengan kakinya. Jurulatih renangnya masih belum tiba walhal sudah hampir lima belas minit dia menunggu. Hendak kembali ke bilik lokar dan cuba menghubungi jurulatihnya, dia malas.

"Mana Amanda ni?" ngomel Syasya sendirian sambil mata menala ke bahagian kanan pusat renang itu, ke arah pintu yang menjadi laluan mereka yang akan ke kolam renang. Namun seperti tadi, tidak kelihatan juga bayang Amanda.

Nama Amanda dijumpai ketika dia sedang mencari-cari kelas belajar berenang yang ingin disertainya. Kebanyakan pakej yang ada adalah pakej berkumpulan. Syasya segan hendak mendaftar ke kelas berkumpulan. Malu, umur dah 20-an pun masih tak reti-reti berenang. Dia bukanlah tak reti langsung berenang. Setakat buat lap dua tiga kali tu, bolehlah. Lepas tu dia dah mencungap. Dia cuma hendak memantapkan lagi keupayaan dia berenang sahaja.

Jadi dia mencari-cari kelas yang menawarkan personal coaching one-on-one. Dalam beberapa kelas yang dijumpai, akhirnya dia terjumpa Instagram Amanda. Selepas berbalas mesej beberapa kali, dia membuat keputusan untuk mendaftar kelas belajar berenang bersama Amanda. Bayaran pendahuluan sudah dibuat. Kini dia cuma perlu menanti Amanda tiba untuk memulakan kelas pertamanya.

Cumanya, bayang Amanda pun dia tak nampak-nampak lagi sampai sekarang. Takkan kena tipu kot? Syasya tertanya sendiri.

Dalam dia memikirkan hal Amanda, tiba-tiba telinganya menangkap suara lelaki berdeham. Syasya mula panik bila dia nampak sepasang kaki sedang berdiri di sebelahnya. Meremang bulu romanya bila memikirkan hanya dia sahaja yang ada di sini ketika ini. Buatnya jadi apa-apa, tiada siapa yang akan mendengarnya menjerit.

Tulah, gatal sangat nak kelas persendirian, kan? Marahnya dalam hati.

"Excuse me, Miss Syasya?"

Dada Syasya mula berombak kuat. Dia tahu pula nama aku? Apakah? Perlahan-lahan, dia mendongak, memandang orang yang menegurnya.

"You are looking for Syasya?" Syasya buat-buat bertanya. Takkan nak mengaku senang-senang Syasya tu dia.

"You bukan Syasya ke?" Soalan Syasya berbalas soalan.

Syasya telan liur. Mata sudah melingas ke sekeliling pusat renang itu, mencari-cari jalan untuk lari jika lelaki ini cuba hendak lakukan apa-apa terhadapnya. Walaupun wajah lelaki ini oh-so-gorgeous, tapi tak bermakna dia harmless. Ted Bundy pun kacak bergaya tapi rupanya pembunuh bersiri!

"I'm Khairi. Amanda can't make it today. She tried to call you several times but you did not answer thus she sent me to come instead and coach you," beritahu lelaki itu bersahaja.

Syasya dah rasa nak jatuh rahang. Mata sudah membulat besar memandang Khairi. What? Ini pengganti jurulatihnya? Oh, tidak! Aku nak Amanda!

Khairi simpul senyum memandang gadis yang sedang bulat mata memandangnya. Cute! Itu yang sempat hatinya bisikkan saat pertama kali terpandangkan wajah gadis ini.

Tadi, apabila Amanda merayu-rayu minta dia datang untuk melatih pelajar baru Amanda berenang, dia sangkakan dia akan mengajar budak-budak atau mana-mana anak orang kaya. Maklumlah, personal class. Tapi sangkaannya meleset bila wanita muda pula yang ditemuinya.

"Who are you exactly?" Syasya bertanya. Masih percaya tak percaya dengan Khairi.

"Khairi. Oops... sorry I am Amanda's cousin. Wait, let me call her and put her on speaker so you can verify it's her." Khairi keluarkan lalu terus mendail nombor telefon Syasya dengan telefon bimbit yang memang sedia berada di tangannya.

LoveWhere stories live. Discover now