HARI ini, dia ada kelas berenang lagi. Tak tahu kenapa, dia rasa gemuruh pula memikirkan fasal kelas renangnya hari ini. Hari ini, genap seminggu sejak kali pertama dan terakhir dia bertemu Khairi. Tipulah kalau dia kata dalam masa seminggu ini dia tak memikirkan tentang lelaki itu. Dia sendiri hairan, dalam marahnya pada lelaki itu, masih juga otak dia nak terkenang-kenangkan Uncle E si Nadine dan Nadia itu.
Dia sendiri tak faham kenapa dia biarkan Khairi mengganggu fikiran dan perasaan dia. Nak sedapkan hati sendiri, dia cakaplah dia cuma fikirkan hal Khairi sebab dia tertanya-tanya macam mana lelaki yang melayan anak-anak saudaranya dengan baik itu boleh jadi seorang yang menjengkelkan pada orang lain dalam masa yang sama. Kesian betul isteri atau teman wanita lelaki itu sebab kena layan perangai dia yang macam-macam itu.
Kejap! Isteri? Teman wanita? Arghh! Syasya menggeleng laju. Dia perlu berhenti memikirkan segala E-nology ini segera! Kenapa yang nak sakitkan kepala otak sendiri fikirkan orang yang jelas-jelas tak termasuk dalam kategori orang yang akan ditemui lagi.
Dia terus berjalan pantas ke bilik persalinan pakaian. Selepas menukar pakaiannya ke pakaian renang, dia terus bergerak menuju ke kolam renang. Hati yang berdebar tadi menjadi sedikit reda tatkala dia terpandangkan kelibat Amanda sedang menantinya di tepi kolam. Tapi dalam masa yang sama, ada sedikit rasa kecewa bertamu di hati bila bukan Khairi yang berada di tempat Amanda sekarang ini.
Seriuslah, Sya! Ada sesuatu yang tak kena dengan kepala otak kau ni! Marahnya pada diri sendiri.
"Hai, Amanda." Cepat-cepat dia plaster senyuman di wajah. Senyumannya turut dibalas dengan senyuman oleh Amanda. Senyuman Amanda yang buat dia teringatkan Khairi kerana kedua-dua sepupu itu punya senyuman yang serupa.
Crap! Memang something wrong dengan kau ni Syasya!
"Hai, Sya. Babe, sorry fasal minggu lepas. I harap you okey aje dengan E?" Amanda lekapkan kedua-dua tangannya lalu dibawa hingga ke paras dadanya, tanda dia memohon maaf atas ketidakhadirannya minggu lepas.
"Kenapa? Dia ada cakap apa-apa ke?"
Amanda menggeleng, namun bibirnya sudah menguntum senyuman mengusik.
"Kenapa? Ada apa-apa yang you nak tahu ke?" Kening Amanda terangkat-angkat.
Syasya tayang muka bersahaja. Ini soalan nak menjerat dia ke apa ni? Huh!
"Tak ada apa-apalah. So, you want to see my progress?" Terus Syasya tukar topik. Malas dah nak bercerita fasal Khairi panjang-panjang. Serabut fikiran dibuatnya.
Sedar yang Syasya seolah-olah kurang selesa dengan topik Khairi, Amanda mengangguk setuju. Terus dia masuk ke dalam kolam sambil menggamit Syasya ikut sekali.
"Okey, you warm up dulu. I tahu minggu lepas you buat laps aje, tak ada buat benda lain pun. Jadi minggu ni kita cuba buat breastrokes. Tapi sebelum tu kita praktis breathing you dulu."
Syasya cuma tersenyum. Tapi dalam hati sempat lagi dia kutuk Khairi. Memang sepupu you tak ajar I apa-apa berkaitan berenang. Dia cuma ajar I anger strokes aje, Amanda.
Oh, hentikan Syasya! Kenapalah yang asyik nak teringatkan si Khairi aje ni? Fokus okey, fokus. Macam Khairi pesan minggu lepas, sila fokus. OMG! Khairi lagi! Serius, Syasya rasa macam nak benam kepala sendiri dalam air sekarang ini.
Syasya bergerak menuju ke pinggir kolam dan menjunam perlahan ke dalam kolam renang. Sesi memanaskan badan dimulakan.
Selepas beberapa minit memanaskan badan, dia mulakan latihan renangnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love
RomanceHidup seorang Syasya serba-serbi lengkap. Ada keluarga yang penyayang ✅ BFF yang awesome ✅ Kerjaya yang bagus... ✅ Pendek kata tak ada yang kurang. Cuma apabila melibatkan cinta, kisahnya tak berapa indah. Dia mahu mencari the ONE, namun tak tahu di...