IHA 37💎 AKU

35 22 0
                                    

Kembali aku berhadapan,

Dengan gelung sepi ini,

Sandiwara coretan mimpi,

Mengalun lembut jari jemari,

Membingkas kata sayup,

Panah menerjah lembah hati,

Suka duka olahan dunia,

Terpesona ikatan kata-kata,

Hamburan nista menjelma,

Di senja hari,

Badai petir kian menerpa.

Kini,

Segala igauan jelas nyata,

Mengukir corak madah cinta,

Sekeruh sungai hentinya tiada,

Jadilah aku lautan seadanya,

Menerima kotoran senantiasa,

Namun tenang luas galinya.

Senja,

Keramat pada waktu,

Panahan cinta tertusuk,

Membelah kalbu perit,

Membongkah sauk sakit,

Melepas tidak mampu,

Menunggu tanpa jemu,

Kerana dia tidak aku,

Bersama taufan menderu,

Menghempas kasih jitu.

Biarlah aku,

Sepi tanpa mu,

Kerana aku tahu,

Kau adalah Aku.

✨ISI HATI AISYAH 💎[ COMPLETED ] Where stories live. Discover now