WAYV AF :: COMPLETED ✔
Saya bukan berasal dari dunia awak.
Saya datang hanya sebagai pengganti
Dan saya datang hanya untuh meneruskan jalan cerita awak
Saya bukan puteri yang sebenar.
Maafkan saya, kita tak dapat bersama.
Satu hari nanti, saya tetap...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pagi~
Winwin bangun awal dan dia menuju ke istana. Dia membawa lampu ajaib dan Abu bersamanya.
"Maaf, Encik tidak dibenarkan masuk." Kata Pengawal istana
"Saya kena berjumpa dengan Sultan." Kata Winwin
Semalam, Jin telah memberitahu Winwin rancangan jahat Jafar dan pada hari ini, Winwin hendak memberitahu Sultan semuanya.
"Encik tidak-" kata Pengawal sebelum Miyo muncul
"Winwin, saya ingatkan awak dah ma-" kata Miyo tak sanggup nak teruskan ayatnya
"Sultan ada di dalam?" Tanya Winwin dan Miyo mengangguk
"Izinkan saya menghadap sultan." Kata Winwin
Dengan arahan Miyo, Winwin dibenarkan masuk
Winwin dan Miyo tiba di anjung istana.
Jafar yang ketika itu berada di sana sangat terkejut.
"K-kau hidup!?" Kata Jafar
Winwin hanya tersenyum sinis.
"Apa kau nak dekat sini?" Tanya Jafar
"Aku nak menghadap suktan,bukan kau." Kata Winwin
"Jaga mulut kau Winwin, kau hanya orang bawahan." Sindir Jafar
"Awak lebih baik senyap Jafar." Kata Miyo
Winwin menapak ke depan dan dia tunduk hormat.
"Apa apa datang kemari?" Tanya Sultan
Winwin memandang Jafar dan dia terseyum.
"Saya nak bongkarkan plan jahat Jafar, Tuanku." Kata Winwin
"Apa kamu merepek ni?" Tanya Sultan
"Jafar sebenarnya nak ambil alih kerajaan ini dari Tuanku dengan cara berkahwin dengan Princess Jasmine." Kata Winwin
"Bohong! Ini semua bohong!" Kata Jafar
"Jafar, jangan masuk campur." Kata Sultan
"Apa bukti kamu?" Tanya Sultan kepada Winwin
Winwin mengeluarkan lampu ajaib dan dia menggosoknya lalu keluarlah jin itu.
"Oh? Kita di mana?" Tanya Jin itu
Semua terkedu.
"S-siapa dia?" Tanya Sultan
"Dia Jin lampu ajaib. Minggu lepas, Jafar menyuruh saya mengambil jin ini di dalam gua. Dan dia telah memerangkap saya. Asalnya, dia nak menggunakan lampu ajaib ini untuk menakluki kerajaan." Kata Winwin
"Huh- bukti tak kukuh!" Kata Jafar
"Ya, bukti kamu tak kukuh. Pengawal, bawa dia keluar." Arah sultan