❝ [🌱] ep.29

35 6 33
                                    

Istana~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Istana~

Ten duduk termenung di tingkap biliknya. Kadang-kadang dia tersenyum sendirian apabila teringat kejadian yang terjadi pada majlis tari-menari itu.

Kasut kaca yang tertinggal itu dipegang dan dijaga dengan rapi.

"Prince Ten!" Namanya dijerit membuatkan dia terkejut

Dia memandang bondanya yang duduk di depannya.

"Jauh termenung." Kata Permaisuri Raja

"Ada apa Bonda datang ke mari?" Tanya Ten

"Salah ke bonda nak jenguk anak lelaki bonda ni," kata Permaisuri Raja

Permaisuri memandang kasut Kaca yang sering dipegang Ten.

"Kamu rindukan dia?" Tanya Permaisuri dan Ten mengangguk

"Dia tak sempat nak bagitahu nama dia Bonda. Ten cintakan dia." Kata Ten

Kemudian, Raja masuk ke dalam bilik Ten.

"Ayahanda..." kata Ten

"Kamu benar-benar mencintai dia Ten?" Tanya Raja

"Sangat mencintai dia. Ten harap Ten dapat jadikan dia isteri." Kata Ten

Dengan itu, arahan telah dikeluarkan oleh Raja.





Raja bertitah,

Putera Ten telah jatuh cinta dengan seorang rakyat jelata sewaktu majlis tari-menari.

Putera Ten ingin mencari wanita misteri itu.

Dengan itu, pihak istana akan membawa sepasang kasut kaca yang menjadi bahan bukti dan semua golongan wanita di kerajaan ni perlu memakainya.

Sekiranya kami menjumpai wanita misteri itu, dia akan dibawa menghadap raja dan dijadikan isteri kepada Prince Ten.





Arahan sudah dikeluarkan dan disebarkan kepada semua penduduk di kerajaan itu. Sehinggalah ke rumah Cinderella (Hae)

🌱🌱🌱

Hae~

Hae sejak dua menjak ini sangat gembira. Mana tidaknya, dia sudah jatuh cinta.

"Cinderella! Aku nak air!" Jerit Anatasia

Hae segera berlari ke ruang tamu dan menghidangkan 3 beranak itu makan petang.

"Kau apasal tersengeh-sengeh?" Tanya Drizella

"T-tak ada apa-apa." Kata Hae

☑️ ғᴀɪʀʏᴛᴀʟᴇWhere stories live. Discover now