DUA TAHUN KEMUDIAN....
.
.
.Suasana di bangunan Edgenta Prime pada pagi itu agak lengang. Yasmeen melirik jam di tangan. Pukul 7.10 pagi. Agak awal untuk dia sampai ke office pada waktu begini. Tapi mengingatkan dia perlu ke Sepang hari ni untuk melawat projek perumahan di sana, dia gagahkan juga diri untuk keluar dari rumah seawal subuh. Mujurlah rumah sewanya hanya tiga puluh minit dari office.
Cakap tentang rumah sewa, selepas tiga bulan Yasmeen bekerja di Edgenta Prime, dia meminta izin dari uncle Malek dan aunty Maria untuk menyewa di Kuala Lumpur. Alasannya senang dia mahu berulang – alik setiap hari ke tempat kerja. Lagipun agak sukar bagi Yasmeen untuk berulang-alik setiap hari dari Shah Alam. Dia perlu keluar seawal 6 pagi untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
‘Ting!’
Pintu lift terbuka di tingkat lima belas. Yasmeen melangkah ke pintu masuk department. Kad ID diimbas di mesin bersebelahan pintu.
‘Tett!’
Pintu yang terbuka ditolak perlahan. Kelihatan beberapa orang staff sedang bersarapan, berbual dan ada juga yang sudah memulakan kerja. Yasmeen menuju ke mejanya yang terletak paling hadapan bersebelahan kabinet kayu.
“Selamat pagi Yasmeen!”
Yasmeen mengukir senyuman kearah empunya suara yang baru keluar dari pantry office sambil membawa mug berisi air.
“Selamat pagi Kak Melah...”
Kak Melah atau lebih dikenali sebagai Puan Jamilah merupakan kerani di department itu.
“Hari ni Meen ada site meeting dekat Sepang kan?” Soal Kak Melah sambil menghirup air Nescafe yang dibancuhnya tadi. “Akak ingatkan Meen pergi sana sekali dengan Encik Radzif” Sambungnya lagi.
“Aah Kak Melah. Meen singgah office sekejap, ambil barang. Encik Radzif dah bertolak dari rumah awal pagi tadi .”
Yasmeen menuju ke kabinet kayu bersebelahan mejanya. Sebuah fail dan segulung kertas drawing dibawa keluar dan diletak di atas mejanya.
“Meen dah tengok email yang akak bagi tu?” Soal Kak Melah yang sudah berdiri disisi mejanya.
“Email? Email apa Kak Melah?”
Yasmeen bingung sekejap. Jujur dia katakan, dia amat jarang membuka email kerjanya selain dari hari bekerja.
“Kak Melah ada email tentang program team building di Perak, petang jumaat haritu. Mungkin Meen tak perasan sebab tengah sibuk meeting petang tu. Takpe, program tu minggu depan, sempat lagi nak prepare barang-barang. Details pasal program tu semua Kak Melah dah attach sekali. Nanti tengok la ye”
“Okay.. Terima kasih Kak Melah. Nanti Meen tengok”
Yasmeen sudah mengemas barang- barangnya lalu keluar menuju ke lift.
YOU ARE READING
Bicara Rasa
Romance"Kalau dengan cara ni dapat buka hati you untuk beri i satu lagi peluang. I sanggup" - Raff "Jangan sebut pasal peluang kalau you sendiri yang sia-siakan peluang yang i bagi!" - Meen "Memang takde ruang ke dalam hati you untuk terima i?" - Hadyd *...