Yasmeen membetulkan topi Konvokesyen di kepala. Rambut ikal mayang yang dibiar lepas dirapikan. Kaki melangkah keluar dewan bersama graduan lain memandangkan sesi mereka sudah tamat.
Usai sampai di luar dewan, matanya melilau mencari seseorang. Suasana di Dewan Counselor yang agak sesak dengan graduan membataskan pemandangannya. Tambahan pula graduan bagi sesi petang sudah berkumpul untuk memasuki dewan. Mujurlah sesi Konvokesyen bagi Fakulti Senibina pada belah pagi, jadi keadaan agak kurang sesak walaupun satu sesi dengan Fakulti Kejuruteraan.
“Meen!” Syifa yang baru keluar dewan berlari-lari anak ke arahnya.
“Congrats Meen! Aku tak sangka kita dah konvo!” Tubuh Yasmeen dipeluk erat.
Syifa. Rakan sekelasnya dari tahun pertama. Memandangkan susunan graduan mengikut abjad nama, jadi dia terpisah agak jauh dengan Syifa di dalam dewan tadi.
“Itula.. patutnya Sir Ameer extend kau punya thesis” Balas Yasmeen sarkastik sambil cuba meleraikan pelukan erat Syifa. Lemas.
“Hehe.. Hal lepas jangan dikenang Meen...”
“Tapi sebaik kau teman aku pujuk Sir Ameer.. Kalau tak mahu ‘rentung’ aku dalam bilik tu” Syifa tayang sengih.
Yasmeen juling mata ke atas. Bukan dia tak tahu, Sir Ameer hampir gagalkan thesis Syifa kerana dia lambat submit thesis. Terlampau aktif dengan persatuan sampai lupa due date submission. Mujurlah dengan budi bicara Sir Ameer, Syifa akhirnya lulus. Itu pun dengan dia sekali kena ‘goreng’ dengan Sir Ameer.
“Syifa...” Yasmeen memandang syifa yang sedang sibuk berselfie. “Apa perancangan kau lepas ni?”
“Perancangan? Maksud kau lepas konvo ni? Hmmm.. Kalau ikutkan hati, aku rasa…. aku nak kahwin!” Yasmeen sudah mengecilkan matanya memandang Syifa. Budak sorang ni tak pernahnya serius kalau dia tanya soalan.
“Aku gurau je la...Aku boyfriend pun takde.” Syifa sudah tersengih melihat reaksi Yasmeen. “Aku ingat nak tolong kakak aku dekat butik, sementara tunggu panggilan interview. Lagipun kandungan dia dah sarat 8 bulan. Dapatla aku tolong apa yang patut. ”
Yasmeen hanya mengangguk. Untung Syifa kerana kakak dia mempunyai butik pengantin sendiri. Berbanding dia yang masih menunggu maklum balas resume yang dah dihantar 2 minggu lepas.
Mungkin dia boleh kerja sementara di mana-mana kedai sekitar rumah.
“Yasmeen?”
Yasmeen kaleh muka ke arah empunya suara.
Adli.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan kawan baik Ashraff itu. Selepas kejadian di rooftop engineering tempoh hari, dia sudah terputus hubungan dengan kawan-kawan Ashraff.
Senyuman nipis diberikan kepada Adli.
“Errr.. Meen, aku pergi dulu, family aku dah tunggu” Syifa sudah meminta diri. Seakan tidak selesa dengan keadaan ketika itu.
Yasmeen hanya mengangguk sambil matanya menghantar Syifa pergi.
“Congrats Meen…”Adli senyum segaris. “Btw, tak sangka yang kita satu sesi”
“Itula.. I pun tak tahu yang kita satu sesi” Balas Yasmeen.
Tak tahu? Heh. Tipula dia tak tahu. Boleh dikatakan setiap tahun Fakulti senibina dan Fakulti kejuruteraan satu sesi. Dan sebab itulah dia teruja untuk menghadiri konvokesyen. Tapi itu dulu…
“Meen sihat? Dah lama kita tak jumpa.” Adli merenungnya. Lama.
Entah kenapa Yasmeen merasakan pandangan itu lebih kepada.. simpati?
“I sihat.. Cuma busy sikit. Final year kan. Banyak assignment and project kena submit”
“Nanti kalau ada masa, bolehla kita lepak sekali dengan Naqib”
Yasmeen hanya tersenyum. Lepak sekali macam dulu? Mungkin dah tak sama. Kalau dulu, Ashraff yang akan ajak dia lepak bersama Adli dan Naqib.
Seketika suasana sunyi diantara mereka.
“Ermm.. Raff—”
Bunyi getaran dari handphone Yasmeen mematikan kata- kata Adli.
“ Hello aunty..”
“Meen dekat depan dewan ni. Jumpa kawan. Aunty dan uncle dekat mana?”
“Okay.. Meen pergi situ sekarang” Handphone dimatikan lalu memandang manusia dihadapannya.
“Sorry Adli, aunty dan uncle I dah tunggu. Btw, congratulations to you too. Ada rezeki kita jumpa lagi nanti.. ” Yasmeen senyum segaris sebelum beredar meninggalkan Adli.
Adli hanya memerhati Yasmeen pergi meninggalkannya. Tangannya meraup muka sebelum melepaskan keluhan.
* * *
Dari jauh Yasmeen dapat lihat Uncle Malek dan Aunty Maria sedang berbual di bawah khemah ibu bapa.
“Auntyyyy..Unclee.. ”
Aunty Maria dan Uncle Malek kaleh muka ke arah Yasmeen yang melangkah menuju ke arah mereka
“Terima kasih.... datang Majlis Konvokesyen Meen… ” Ucap Yasmeen sambil tersenyum. Sangkanya, mereka tidak datang kerana Uncle Malek agak sibuk kebelakangan ni dengan project di officenya.
“Tahniah Meen.. Uncle bangga dengan Meen. ” Uncle Malek usap kepala Yasmeen. Sejambak bunga lily putih diberikan kepada Yasmeen.
“Tahniah Meen…” Aunty Maria peluk Yasmeen erat. Kedua- dua belah pipi Yasmeen dicium. “Kalau ibu dan ayah Meen masih ada, mesti bangga dengan Meen.”
Kata-kata Aunty Maria membuatkan Yasmeen berasa sebak. Ya.. Kalau ibu dan ayah ada, mesti mereka bangga. Teringat bagaimana ibu dan ayah meninggalkan dia 3 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Waktu itu dia baru semester pertama. Rasa itu sungguh perit. Ditinggalkan keseorangan. Mujurla ada adik ayah, Uncle Malek yang bertegas mahu menjaganya, dan juga Ashraff yang—
“Meen..”
Panggilan Uncle Malek mematikan lamunan Yasmeen.
“Ya.. uncle?” Air mata yang bergenang ditahan dari menitis. Tidak mahu merosakkan suasana di hari bahagianya.
“ Uncle faham.. apa yang Meen alami sepanjang tempoh tiga tahun ni, bukan mudah untuk Meen lupakan. Tapi uncle harap Meen takkan pernah putus asa dengan kehidupan Meen. Perjalanan hidup Meen masih panjang. Apa-apa pun yang terjadi, uncle dan aunty sentiasa ada support Meen.” Uncle Malek menepuk bahu Yasmeen memberi semangat.
“Thank you uncle..Meen akan cuba kuat.. ” Yasmeen senyum segaris.
Sejujurnya dia masih belum melupakan apa yang terjadi. Tapi sampai bila dia nak meratap? Sedangkan si dia di sana sudah meneruskan kehidupan.
Matanya mengerling ke arah padang di hadapan dewan. Beberapa orang graduan sedang mengambil gambar bersama rakan-rakan.
Yasmeen mengeluh perlahan.
You should be here Raff...
.
.
.
Hi readers!
Sorry sbb story ni agak slow sbb i agak busy :(
Thanx you sbb sudi baca 💋
YOU ARE READING
Bicara Rasa
Romance"Kalau dengan cara ni dapat buka hati you untuk beri i satu lagi peluang. I sanggup" - Raff "Jangan sebut pasal peluang kalau you sendiri yang sia-siakan peluang yang i bagi!" - Meen "Memang takde ruang ke dalam hati you untuk terima i?" - Hadyd *...