Hujan rintik-rintik membasahi bumi. Suasana mendung menyelebungi bandar Shah Alam. Pakaian yg bertompok terkena air hujan tidak dihiraukan. Kaki melangkah laju menuju ke lift di Tower B. Butang 29 ditekan. Nafas dihela perlahan. Usai kelas Fizik di dewan selesai, dia terus bergegas ke Tower B.‘Jumpa aku dekat rooftop engineering Tower B pukul 6’
Kalau bukan kerana mesej whatsapp yang dia dapat tengah hari tadi. Mungkin dia sudah di cafe menikmati makan petangnya sekarang. Yasmeen menghela nafas. Tapak tangan digosok laju menghilangkan kesejukan.
‘Ting!’
Pintu lift terbuka di aras 29. Kaki menapak keluar ke arah pintu keluar yg menghubungkan tangga ke rooftop di tingkat 30. Tangga didaki laju. Pukul 6.15. Lambat 15 minit.
Usai sampai di tingat 30, pintu keluar ditolak perlahan. Mata melilau mencari kelibat si dia di sekitar rooftop.
“Ingatkan tak nak datang”
Yasmeen menoleh ke arah empunya suara. Si dia berpakaian jaket kelabu bertulis ‘civil engineering’ sedang termenung melihat pemandangan bandar Shah Alam. Rambut hitam perangnya sedikit basah dek terkena hujan .
“Prof lepas lambat sikit tadi, ada test. Hmm.. Kenapa Raff ajak jumpa sini? Kenapa tak jumpa dekat cafe? ”
Ashraff hanya diam. Soalan dari Yasmeen tidak dihiraukan. Matanya redup melihat bandar Shah Alam dari rooftop tower engineering.
“Raff.. ? Meen tanya ni.”
Ashraff memandang Yasmeen sekilas. Kotak rokok di sebelah diambil lalu sebatang rokok disisipkan di bibirnya. Pemetik api dicucuh ke rokok.
Yasmeen menggenggam tangannya memerhati gelagat Ashraff menghembus asap rokok. Ashraff yang dia kenal bukan seorang yang suka hisap rokok. Melainkan jika dia ada masalah. Nafas dihela panjang.
“Kalau Raff ajak Meen jumpa semata nak tengok Raff smoke. Rasanya better Meen balik je” ujar Yasmeen lalu berpusing melangkah menuju ke pintu keluar.
“Harini last day aku” ujar Ashraff sambil menenyeh baki rokok.
Kaki Yasmeen berhenti menapak. Badannya dipusing kembali menghadap Ashraff yang berjalan menghampirinya.
“A-- Apa maksud Raff?”
“Aku akan sambung belajar dekat Australia” Kaki Ashraff berhenti menapak di hadapan Yasmeen.
“Kenapa.. tiba-tiba? Bukan kita dah janji nak grad sama-sama? Lagipun kita dah final year” Ujar Yasmeen seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Ashraff.
“Ayah aku dapat offer kerja dekat sana…”
“....dan aku rasa better aku ikut.. since peluang pekerjaaan dekat sana lebih luas.” sambungnya lagi.
Yasmeen ketap bibirnya. Matanya tepat memandang mata Ashraff mencari kepastian.
“Ki-.. Kita masih boleh jumpa kan?” Ujar Yasmeen menahan getar disuaranya.
“Aku pergi bukan sehari dua.. Mungkin bertahun-tahun.. Atau mungkin aku akan terus tinggal di sana. Kalau aku balik sini semula. Semuanya dah berubah. Tak kan sama.” Tegas Ashraff.
Yasmeen kelu. Mulutnya seakan terkunci. Tiga tahun. Tiga tahun mereka bersama. Bukan mudah untuk Yasmeen berpisah dengan Ashraff. Ashraff yang selalu ada ketika dia jatuh.Ashraff yang selalu melindungi dia. Bilamana semua orang pergi meninggalkan dia, Ashraff setia di sisinya. Tapi sekarang, Ashraff mahu pergi meninggalkan dia.
“ Ke-.. Kenapa Raff sanggup tinggalkan Meen...”
“Sebab aku tak nak bagi kau harapan.. dan…” cincin di jari manisnya ditanggalkan.
“.. Aku nak kau berhenti mengharap.” Tangan Yasmeen diambil lalu cincin diletakkan di tapak tangannya.
Yasmeen mengenggam tanggannya mencari kekuatan. Dadanya terasa perit. Air matanya yang bergenang ditahan dari menitis.
“Jadi… selama 3 tahun ni.. Hanya sia - sia?”
“Ma-.. Macam mana dengan janji Raff? Mana janji Raff nak jaga Meen bila kita dah habis belajar?” Ujarnya lagi dengan getaran. Sakit. Itu yang dia rasakan sekarang.
“Aku tak nak berjanji dengan perkara yang aku pun tak pasti. Kau dan aku masing- masing ada impian yang perlu kita capai. Mungkin lepas ni…. kita boleh fokus haluan masing masing.” Ashraff sudah melangkah menuju ke pintu keluar.
“dan satu lagi… Lupakan aku.. Lupakan segala kenangan kita. Cari kebahagiaan kau di luar sana. ” Ujar Ashraff sebelum melangkah pergi meninggalkan Yasmeen keseorangan.
‘Aku suka kau..’
‘Aku janji akan jaga kau sampai bila-bila’
Kata-kata Ashraff 3 tahun yang lalu tergiang di telinganya. Dadanya senak menahan esakan.
Cincin di genggaman dikucup lalu dibawa ke dada. Air mata mengalir lebat membasahi pipi.
‘Meen… akan tunggu Raff.. Meen akan tunggu..’
* * * *
Hai! This is my first story in wattpad. Feel free to vote & comment :)
YOU ARE READING
Bicara Rasa
Romance"Kalau dengan cara ni dapat buka hati you untuk beri i satu lagi peluang. I sanggup" - Raff "Jangan sebut pasal peluang kalau you sendiri yang sia-siakan peluang yang i bagi!" - Meen "Memang takde ruang ke dalam hati you untuk terima i?" - Hadyd *...