Jam tepat menunjukkan pukul 11:00 malam ketika zunika tiba di villa milik sepupunya Athira. Halaman villa kelihatan suram diterangi lampu yang malap. Di ruang garaj, terpakir sebuah kereta Suzuki Swift merah milik Athira menandakan pemiliknya ada di situ.
Zunika mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Athira. Beberapa saat kemudian kedengaran nada panggilan berbunyi namun talian tidak berangkat. Beberapa kali mencuba namun keputusan masih tetap sama. Dia mengeluh hampa sebelum mematikan panggilannya.
Zunika mengambil keputusan untuk menekan loceng saja dan sebaik sahaja tangannya hampir mencapai suis loceng tiba-tiba..."Krreeekkk...,"
Pintu utama villa terbuka ditiup angin. Zunika tidak jadi untuk menekan loceng. Dia menapak perlahan- lahan menghampiri pintu sambil mengintai ruang dalam villa di sebalik celahan pintu yang terbuka. Tidak ada sesiapa di situ. Ruang villa kelihatan kosong dan sunyi. 'di mana Athira?' berlegar-legar persoalan itu difikirannya. Sejam yang lalu dia sempat berbual dengan sepupunya itu ketika dalam perjalanan ke situ dan sepupunya itu sudah berjanji untuk menyambut kedatangannya namun kini nyatanya Villa itu kelihatan sunyi seolah-olah tidak berpenghuni.
'agaknya Athira dah tidur dan dia sengaja tidak mengunci pintu' bisik hatinya.Zunika mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya, dia ingin memeriksa kalau kalau Athira ada meninggalkan pesanan ringkas buatnya. Namun ruang mesej hanya kosong. Bermakna tidak ada pesanan ringkas yang ditinggalkan untuknya.
Zunika menolak daun pintu yang sedia terbuka. Kakinya menapak perlahan-lahan memasuki ruang tamu villa. Sudah hampir dua tahun dia tidak menjejakkan kakinya ke situ namun keadaan villa itu masih kelihatan sama."Assalamualaikum.... Athira... Oo Athira," panggil Zunika sambil matanya memerhati ke segenap ruang tamu villa kalau kalau ada orang yang akan keluar menyahut panggilannya.
"Athira.... Oo Athh..," belum sempat Zunika menghabiskan panggilannya tiba-tiba muncul Puan Salmah dari tingkat atas.
"Waalaikummussalam.... Sape tu?," Tanya Puan Salmah sambil menggosok-gosokkan kedua-dua kelopak matanya. Mungkin baru saja terjaga dari tidurnya.
" Makcik?? Makcik Salmah.. ni Uni ni. Makcik pun ada kat sini juga?," Tanya Zunika. " Uni??," Puan Salmah termenung seketika, kelihatan dia sedang memikirkan sesuatu sebelum tiba-tiba kembali bersuara. "Ohhh. . Kamu rupanya Uni. Bila kamu sampai? Kenapa tak beritahu nak datang?," Tanya Puan Salmah sambil menuruni tangga.
" Kamu duduk la dulu. Makcik nak buatkan air," kata Puan Salmah yang bersedia untuk ke dapur.
" Eh, tak apa lah makcik. Tak payah susah susah. Saya datang ni nak jumpa Athira. Dia dah tidur ke makcik?".
"Athira?" Puan salmah kelihatan terkejut mendengar pertanyaan Zunika. " Kamu bergurau ye ??," Tanya Puan Salmah sambil tersenyum simpul. Seketika dia mengelap dahinya yang sedikit berpeluh.
"Tak lah. Mana ada Uni bergurau makcik. Uni datang ni nak jumpa dia lah. Kami dah berjanji nak.."
"Uni... Kamu masih tak dapat terima kenyataan ye?," Belum sempat Zunika menghabiskan ayatnya, Puan Salmah sudah memotong terlebih dahulu.
"Makcik.. tadi Uni baru je..," belum sempat Zunika menyambung ayatnya, sekali lagi Puan Salmah memotong.
"Sudah lah Uni.. Athira dah dua bulan meninggal. Kamu kena redha" balas Puan Salmah.
"Meninggal? Athira meninggal makcik?" Zunika yang terkejut dengan berita yang disampaikam lantas berdiri.
" Ya. Athira dah meninggal Uni. Kamu masih belum tahu?"
"Saya tak tahu apa-apa pun makcik," Zunika jelas terkejut dengan berita yang baru disampaikan.
"Kenapa Athira meninggal makcik? Kenapa tak ada seorang pun yang beritahu Uni tentang benda ni?" Tanya Zunika penasaran.
"Sabar Uni. Kami memang merancang tak mahu beritahu kamu tentang perkara ni sebab tak mahu mengganggu pelajaran kamu kat sana. Tadi makcik ingat ayah dan ibu kamu dah beritahu kamu tentang ni memandangkan dah dua minggu kamu pulang ke Malaysia. " Jelas Puan Salmah.
"Tak.. tak mungkin Athira dah meninggal". Zunika masih tidak dapat menerima berita yang baru disampaikan kepadanya.
"Uni.. kamu banyak-banyak bersabar ye. Makcik faham kamu susah nak terima berita ni. Kamu berdua sangat rapat tapi kamu kena terima bahawa Athira dah meninggal."
"Tak.. Athira belum meninggal makcik. Baru tadi Uni bercakap dengan dia. Betul.. Uni tak tipu." Bersungguh-sungguh Zunika ingin membuktikkan bahawa dakwaannya benar. Puan Salmah berusaha untuk menenangkan anak saudaranya. Dia menghampiri Zunika dan menggosok-gosok bahu gadis itu perlahan."Kejap, Uni ada bukti. Ye! Uni ada bukti bahawa Athira baru saja bercakap dengan Uni," bagaikan baru saja memenangi sebuah pertandingan, Zunika kelihatan begitu teruja kerana berjaya mengingati bukti yang ada untuk ditunjukkan kepada Puan Salmah. Tergesa-gesa dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya.
"Ini buktinya makcik."
Dia menyuakan telefon bimbitnya kepada Puan Salmah. Jarinya menekan-nekan papan kekunci. Telefon bimbitnya mula menyala namun sesaat kemudian kembali gelap.'Klik!'
telefon bimbitnya terus mati.
' Allah.... Masa ni pulak nak habis bateri," Zunika mengetuk-ngetuk telefon bimbitnya yang telah pun mati."Dah la Uni. Kamu pergilah berehat. Kamu tentu penat. Makcik pun dah mengantuk ni. Makcik naik atas dulu ye."
"Baiklah makcik." Balas zunika. Dia hanya memerhati gerak langkah Puan Salmah yang kian menghilang di tingkat atas dengan perasaan hampa. Zunika kembali ke keretanya yang berada di luar pagar villa. Angin yang bertiup kencang membuatkan tubuhnya menggigil kesejukkan. Setelah memakirkan keretanya di garaj, Zunika terus masuk ke bilik tamu villa yang terletak bersebelahan dengan bilik Athira. Matanya sudah semakin layu. Mungkin kesan dari tubuhnya yang keletihan memandangkan sudah memandu selama empat jam perjalanan dari rumahnya.
Baru sahaja dia ingin memejamkan matanya tiba-tiba dia ternampak seperti bayang-bayang seseorang disebalik cermin tingkap. Matanya kembali terbuka luas.
'siapa?' gumam hatinya.Zunika cepat-cepat menyambungkan wayar pengecas kepada telefon bimbitnya. Setelah itu dia bergegas membuka tingkap untuk menjawab persoalan yang bermain di mindanya. Sebaik sahaja tingkap dibuka, ternyata di luar tidak ada sesiapa dan yang kelihatan hanyalah pepohon yang melambai ditiup angin.
'ahhh. Mungkin aku hanya berhalusinasi.' bisik hatinya lagi. Zunika kembali ke katil untuk berehat. Dia bersedia merebahkan tubuhnya ke tilam apabila tiba-tiba telefon bimbitnya menyala.
'ting...'
Nada pemberitahuan whatsApp berbunyi. Zunika kembali menegakkan badannya. Telefon bimbitnya kembali dicapai.
'eh? Nombor siapa pulak ni?' terdetik pertanyaan itu difikirannya apabila nombor yang tidak dikenali tertera di skrin." Ikuti dan iakan apa-apa sahaja maklumat yang kamu dapat. Kunci mulut dan jangan sesekali ceritakan apa yang kamu tahu. Jangan percaya sesiapa sahaja. INGAT! "
Berkerut dahi Zunika membaca pesanan ringkas yang disampaikan oleh nombor yang tidak dikenali itu. Dia teragak-agak untuk mendail nombor yang tertera. Namun untuk menjawab semua persoalan yang bermain di mindanya. Dia beranikan juga untuk mendail.
'nombor yang anda dail sedang berada di luar perkhidmatan. Sila cuba sebentar lagi. '
Dua kali dia mendail nombor yang sama namun yang kedengaran hanyalah suara mailbox. Dia mengeluh hampa. Fikirannya buntu dan bingung dengan apa yang kini dia alami. Pertama, Athira meninggal dan tidak ada satu orang pun yang memberitahunya sehinggalah makcik Salmah membuka mulut tentang hal itu tadi. Kedua, jika betul Athira meninggal, siapa pula yang berhubung dengannya sebelum dia akhirnya mengambil keputusan untuk ke villa ini?. Ketiga, kenapa Athira meninggal? Setahunya Athira tidak mempunyai penyakit yang serius dan yang keempat, siapa yang telah menghantar pesanan misteri kepadanya? Kenapa setiap bait bicaranya begitu aneh dan misteri. Siapa disebalik semua ini? Ada apa sebenarnya?.
Zunika berasa haus dan baru dia teringat sepanjang perjalanan ke villa ini dia tidak menjamah walau setitis air pun. Dia lantas bergerak ke dapur. Air dituang ke dalam mug yang tersedia di situ. Ketika dia sedang menikmati air yang diminumnya tiba-tiba dia melihat ada bayang seseorang melintas di sebalik tingkap dapur.
"Bayang siapa? Tak mungkin aku berhalusinasi sekali lagi," bisik hatinya. Mug di tangan segera diletakkan. Dia bergegas membuka pintu dapur dan mengintai ke luar Villa. Jelas! Tidak ada sesiapa. 'aku berkhayal? Atau di villa ini ada hantu?' Zunika berperang dengan perasaannya sendiri.
YOU ARE READING
illussion
Mystère / ThrillerMengisahkan tentang Zunika yang dikejutkan dengan berita kematian sepupunya Athira sebaik sahaja tiba di Villa Menanti. Panggilan telefon daripada Athira beberapa jam sebelum Zunika tiba di Villa dan pesanan misteri yang diterimanya menimbulkan tand...