KINGDOM OF ANGEL
RUBY HAILEY SEBASTIAN melarikan diri bersama dua orang abangnya iaitu Ryan dan juga Robin. Mereka berdua ditugaskan oleh abang sulungnya iaitu Rowan menjaga Ruby sehingga selamat.
Kingdom of Angel dahulunya begitu aman damai. Tetapi sejak pelantikan Raja baru Devil semuanya telah berubah. King Devil telah melanggar peraturan antara kedua-dua Kingdom menyebabkan malapetaka besar yang berlaku kerana cemburu dengan kehebatan Kingdom tersebut.
Mereka berdua perlu menghantar Ruby jauh daripada tempat ini. Kerajaan ini sudah tidak berada dalam keadaan yang selamat sejak ramai devil datang menyerang kerajaan itu. King Angel cuba menyelamatkan situasi ini dan memastikan rakyat Angel bersembunyi di tempat yang selamat.
Ryan mula menyerahkan Stone Ruby Bracelet itu kepada adik bongsunya. Tanpa membuang masa Ruby memakainya.
"Jaga baik-baik bracelet ni faham? kalau tak oppa susah nak cari kamu dekat sana"
Ruby mengangguk faham.
"RYAN! RUBY! kamu berdua pergi dahulu?!!"
Jerit Robin kuat lalu melawan sekumpulan Devil yang cuba menangkap mereka bertiga. Ryan menarik tangan Ruby lalu pergi dari situ terpaksa meninggalkan Robin berseorangan demi keselamatan Ruby.
"Dengar sini"
Ruby mula menangis. Ryan memegang kedua-dua bahunya. Dia tahu situasi ini agak sukar untuk adiknya bongsu. Dia perlu bertahan demi adiknya.
"Oppa tak boleh teman kamu sampai sana. Oppa nak kamu pergi sendiri dan pastikan gelang ini dijaga dengan baik faham?Bersembunyi lah dengan baik dan janji dengan Oppa, kamu akan jaga diri kamu baik-baik. Jangan sesekali percayakan sesiapa dekat dunia itu"
Ruby mendengar teliti nasihat Ryan. Dia memeluk abangnya buat kali terakhir.
"Mereka berdua dekat sana! tangkap cepat!"
Ruby terkejut dan Ryan mula menyerang semua suruhan Devil.
"RUBY! kamu kena pergi sekarang juga!"
"Tapi Oppa!!"
Ruby ingin membantu Ryan menentang orang suruhan Devil.
"CEPAT RUBY PLEASE GO!"
Ruby mengenggam erat tangannya lalu pergi. Dia mula membuka portal ke dunia manusia dengan segera. Dia dikejar oleh dua orang suruhan Devil tersebut. Dia berjaya melawan dua orang Devil mengunakan kuasanya.
Tanpa dia sedari tubuhnya mula terhempas di satu tempat yang sunyi pada hari malam di dunia manusia. Gelang Ruby miliknya juga hilang. Ruby mula pengsan di situ.
Manakala di tempat yang lain, Hyunjin yang baru sahaja keluar daripada kereta ternampak seperti satu meteor bintang yang seakan-akan jatuh.
Dengan cepat dia mula memejam matanya lalu membuat hajat yang dia mahukan.
Dia membuka matanya lalu tersenyum lebar.
"I hope my dream comes true one day"
Hyunjin mengharapnya dengan ikhlas. Dia perlu berusaha sebaik yang mungkin menjadi pelukis yang dikenali oleh masyarakat.
⚜️⚜️⚜️
RUBY SIBLINGS
ROWAN HAROLD SEBASTIAN
#FirstBorn #PrinceAngelROBIN HENDERY SEBASTIAN
#SecondBorn #PrinceAngelRYAN HOLLAND SEBASTIAN
#ThirdBorn #PrinceAngel⚜️⚜️⚜️
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[OG] RUBY GODDESS + Hwang Hyunjin
Fanfiction"I know we are both different but I will fight the destiny to be with you my angel" - Ruby Goddess + Hwang Hyunjin __________________________ Ruby Hailey Sebastian seorang Puteri Angel yang terpaksa turun ke dunia manusia kerana tempat tinggalnya Ki...