Aku menyiapkan beberapa lagi perkara untuk majlis perkahwinan aku dan Yoongi. Aku gembira kerana selama 10 tahun aku dan dia menjalinkan hubungan bersama akhirnya berakhir dengan perkahwinan yang aku idamkan. 10 tahun bukan sekejap. Perit getir aku dan dia memang bukan biasa-biasa. Hampir putus pun pernah, merajuk tidak bertegur pun pernah. Bergaduh apatah lagi. Cuma semua itu tidak pernah menutup rasa bahagia aku terhadapnya. Aku tetap juga bahagia sama seperti dulu. Malah semakin berbunga hati ini sejak dia melamar aku untuk menjadi isterinya.
Sekarang aku berada di rumah Yoongi. Aku datang ke rumahnya awal pagi lagi tapi dia tiada di rumah. Sudah seminggu dia menghilang tanpa khabar berita tetapi hari ni barulah aku nampak kereta dia yang satu lagi ada di garaj. Jadi bermakna dia sudah pulang ke rumah.
Entahkan dia bekerja di luar atau pun kursus memandangkan dia seorang pensyarah fakulti Muzik dan Hiburan. Aku cuma ambil perkara itu biasa sahaja walaupun sebelum ini tidak pernah sekalipun dia tidak memberitahu aku ke mana dia akan pergi yang memakan masa seminggu atau dua minggu.
Fokus aku terhadap skrin Macbook Pro terhenti apabila terdengar bunyi enjin kereta Audi RS7 Sportback milik Yoongi mengaum diluar. Aku menjengah ke luar rumah melalui tingkap yang aku tolak langsirnya ke tepi. Tersenyum seketika bibir aku melihat dia keluar dari perut kereta dengan muka yang masam mencuka. Aku tidak hairan, memang itulah personaliti seorang Min Yoongi.
Terkuak sahaja pintu rumah, aku terus bangun dari duduk dan berlari anak mendapatkannya. Tubuh itu aku dakap erat dengan rindu yang mendalam.
"I miss you, sayang."
"Kenapa kat sini?" Ucapan aku tidak berbalas, malah aku menerima soalan yang begitu mengejutkan. Senyuman aku terus mati. Aku mendongak memandangnya yang tidak pun memandang aku.
"Kenapa tanya macam tu?"
"Tak elok orang tengok kita macam ni." Katanya tiba-tiba. Aku hairan.
"Sebelum ni okey je? Kenapa tiba-tiba macam ni?" Soal aku tidak puas hati. Namun aku tidak marah, aku cuma bertanya sahaja.
"Awak keluar masuk rumah saya setiap hari, datang sini setiap hari, apa pulak orang cakap nanti. Kita bukannya suami isteri pun sampai awak kena buat macam tu." Aku terdiam seketika dan agak terasa dengan kata-kata itu. Tangan aku yang melingkar memeluk pinggangnya jelas sekali dirungkai paksa. Dia tidak membalas pelukan aku tadi, malah dia bertindak menjauhkan aku darinya.
"Awak kenapa ni? Macam tak okey je?" Soal aku hairan. Suara aku rendah, tidak berani hendak menyuarakan rasa tidak puas hati itu walaupun sebenarnya aku terkejut dengan tindakannya ini.
"Baliklah." Ujarnya lagi. Aku kerut dahi. Yoongi suruh aku balik?
"Tapi kenapa... aw..."
"Lily, please. Saya rimas dengan awak. Tolong balik sekarang. Kita jumpa masa nak kahwin je."
"Tapi saya rindu awak. Awak pergi mana?"
"Saya tak ada masa nak bercakap dengan awak jadi balik sekarang." Aku terkedu lama. Aku memandang susuk tubuhnya pergi mendaki anak tangga dan menghilang masuk ke dalam bilik. Sedaya-upaya aku menahan air mata dari mengalir. Tiba-tiba sahaja Yoongi begini. Tidak pernah sepanjang 10 tahun bersama, dia berkata dia rimas dengan aku. Dan dia tidak pernah menyuruh aku pulang ke rumah walhal dulu dia yang menyuruh aku untuk datang setiap hari ke rumahnya.
Kecewa? Tipulah kalau tak. Aku menarik nafas panjang dan mula menapak ke meja yang aku duduk tadi. Aku kemaskan barang-barang untuk pulang tetapi pintu rumah yang terkuak itu menarik perhatian aku.
"Eh, awak siapa?" Aku menahan gerak-geri seorang gadis yang memasuki rumah Yoongi tanpa izin mahupun tanpa menekan loceng. Aku mengerutkan dahi, meletakkan beg tangan dan Macbook Pro di atas meja semula. Aku menapak mendekati gadis itu yang jelas sekali tidak senang dengan kehadiran aku.
"Kenapa masuk rumah orang sesuka hati?"
"Yoongi yang suruh saya datang sini."
"Awak student dia ke?" Aku bertanya lagi dan dia cuma mengangguk. Atas bawah dia pandang aku. Nampak sombong walaupun jauh lebih muda dari aku. Tapi aku hairan sejak bila Yoongi bawa masuk pelajar ke rumahnya.
"Untuk apa jumpa dia?"
"Itu urusan saya dengan dia. Awak ni siapa?" Soalnya semula. Aku kemam bibir. Sudahlah tadi hendak menangis tidak jadi. Sekarang aku rasa macam nak marah pula tapi aku tetap tahan sehabis baik supaya amarah aku tidak terlepas.
"Saya tem..."
"Hana, naik sini." Suara Yoongi memintas percakapan aku. Aku menoleh dan mendongak ke atas. Memandang Yoongi yang sudah menukar pakaian kemejanya tadi kepada persalinan biasa.
"Baik awak." Gadis itu melewati aku dengan senyuman sinisnya.
"Student tapi panggil macam kawan." Hati aku sedikit ragu namun aku cuma memandang sahaja. Aku anggap mereka berdua cuma berhubungan sebagai pensyarah dan pelajar. Aku percayakan Yoongi kerana dia cinta hati aku.
YOU ARE READING
[COMPLETED] It Hurts To Say Goodbye 작별 인사 하는게 아파 (Yoongi BTS)
FanficRupa-rupanya selama 10 tahun ini aku tidak ditakdirkan untuk dia. Dia yang bernama.. Min Yoongi.