" Ahhhhhhhhhhhhh, Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk......" kedengaran suara Azkia memenuhi ruang rumah sewa yang didudukinya. Dia terduduk meraung di lantai sambil memegang bagasi hitam yang dibawa bersamanya.
Rakan rumah sewanya, Haidar pantas berlari ke salah satu bilik di rumah sewanya iaitu bilik kepunyaan Azkia, penyewa baru.
"Kau kenapa ni?" Haidar bertanya kepada Azkia penuh prihatin. Bebola matanya kasihan melihat Azkia yang baru sampai nun jauh dari Jogjakarta. Sudahlah keletihan tiba-tiba bersedih pula hati kecilnya membisik mungkin Azkia rindukan arwah ibunya.
"Kamu tahu ngak gue tertukar bagasi gue sama stranger. Sudahlah gue ngak tahu siapa yang mengambil bagasiku tapi yang lagi menyedihkan foto gue sama bunda tertinggal dalam bagasi itu.Huaaaa gimana mau cari ini?" Azkia menangis teresak-esak mengenangkan kecuaiannya dia bukan sahaja hilang pakaiannya malah dia kehilangan foto bersama bundanya.
"Mari sini aku lihat bagasi yang kau terambil." Haidar mengambil bagasi yang dipegang Azkia. Dia mula mengeluarkan barang-barang dari bagasi tersebut.Manalah tahu kalau-kalau dapat petunjuk macam cerita Detective Conan tu. Mungkin pemiliknya ada meninggalkan bahan bukti seperti kad nama atau diari. Lelaki pun ada diari ke? Hehehe.
"Haaaa jumpa pun buku nota dia." Haidar mula menyelak satu demi satu muka surat sambil dalam hatinya memohon maaf kepada pemilik tersebut kerana dia curi-curi membaca privasi lelaki tersebut.
Azkia yang masih kesedihan cuba untuk membantu Haidar tiba-tiba dia ternampak satu kad nama yang terjatuh di tepi kaki kirinya.
"Farhan Rahimi bin Mohd Firdaus." Haidar yang terdengar Azkia menyebut nama seorang lelaki cepat-cepat mengambil kad nama tersebut.
"Yes, CHECKMATE! Akhirnya kita dah jumpa klu." Azkia menjeling Haidar yang tersengih persis penyiasat profesional. Dia bersyukur sekurang-kurangnya dia sudah dapat satu petunjuk dan hanya tinggal untuk berjumpa dengan lelaki yang telah terambil bagasinya. Tapi bagaimana mungkin dia pasti pemuda itu yang mengambil bagasinya.Mungkin dia boleh mencuba dengan menghubungi lelaki tersebut dahulu.
Dengan pantas Azkia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon yang terdapat pada kad nama tersebut. Dia menunggu dengan sabar panggilannya diangkat.Beberapa minit kemudian, panggilannya terjawab dan suara seorang lelaki kedengaran.
"Assalamualaikum, mahu bercakap dengan siapa ya?" Lelaki tersebut menegur.
"Waalaikumsalam, saya mau bicara sama Farhan. Apa dia ada?" lembut suara Azkia bertanya.
Firas yang mengangkat telefon bimbit Farhan terus menjawab "Ya, Farhan ada. Tunggu sebentar ya." Firas terus berlari memanggil Farhan yang sedang menggoreng ikan di dapur. Maklumlah bila tinggal berdua mestilah kena memasak kan takkan setiap hari nak tapau dekat kedai makan.
Farhan yang terdengar namanya dipanggil terus menyahut supaya Firas datang kepadanya di dapur.
"Han, ada orang nak cakap dengan kau. Daripada suara aku rasa dia perempuan dan dia orang Indon kalau dengar dari loghat pertuturan dia. Nah telefon kau." Farhan mengerutkan keningnya sambil berfikir setahunya dia tidak ada kawan dari Indonesia perempuan pula tu. Lantas Farhan terus menjawab panggilan tersebut.
"Helo, siapa di sana?" Azkia yang dari tadinya sabar menunggu terus membalas kata-kata Farhan.
"Kamu Farhan iya? Aku Azkia. Begini kisahnya aku baru datang ke Malaysia dan menaiki pesawat SJ kemudian apabila aku pulang ke rumah aku baru sadar bahawa bagasiku tertukar sama Pak Farhan." Azkia menjelaskan panjang lebar kepada pemilik bagasi yang berada di corong telefon sana.
"Ya, aku Farhan jadi kamulah yang ambil bagasi aku. Penat aku flashback nak ingat orang mana ambil manalah tahu ada orang nak aniaya aku. Jadi bila kau nak pulangkan?"
"Kalau bisa secepat mungkin yang pak Farhan mahu. Gimana?" Azkia membalas teruja sekurang-kurangnya sekarang dia berasa sedikit tenang apabila tahu bagasinya selamat dengan orang yang baik. Eh gimana Azkia tahu gerangan Farhan itu baik?
"Esok kau tinggalkan bagasi aku di pejabatku nanti ada kawan aku tolong ambil bagasi tu dan kembalikan bagasi kau. Kejap lagi aku hantar location untuk kau sebab aku ada outstation so aku tak dapat jumpa kau. Terima kasih." Seusai Farhan berkata dia terus menamatkan panggilannya. Malas mahu berlama-lama lagipun gerangan yang dia bercakap itu seorang wanita.
Azkia menjawab ucapan terima kasih di dalam hatinya. Dia berasa seperti pernah terdengar suara tersebut tapi malas mahu memikirkan dia keluar dari kamarnya pergi mencari Haidar yang hilang sejak dia menelefon Farhan. Haidar ni nak dikatakan tak cantik fuh bersusun aja yang datang mahu berkenalan tapi malas katanya. Nanti putus susah menyakitkan hati je. Haidar ni kalau mula berkenalan nampak je lembut bila dah selam hati dia rupanya dia ni tomboy girl.
Walaupun Haidar ni macam tu tapi hati dia baik. Dia nak lindungi kaum wanita maklumlah wanita selalu ditindas jadi dia perlu pertahankan hak itu. Azkia tersenyum sendirian apabila terkenangkan peribadi Haidar. Sungguhlah haidar itu sahabatnya satu dalam sejuta. Biarpun mereka berlainan negara tapi seolah-olah sudah kenal lama. Allah tarik bundanya tapi Allah gantikan yang serupa dengannya.
"Mira, kau termenung apa tu? Fikir tentang bagasi kau lagi ke? Dahlah nanti dapat balik lah tu. Jangan risau kalau si Farhan tu taknak pulangkan kau bagitahu aku nanti tahulah dia makan buku lima aku ni." Haidar menegur Azkia yang termenung panjang setelah selesai bercakap dengan Farhan tadi sambil mengacah mengasah buku lima tangannya. Dia tahu setegas manapun Haidar masih ada sisa kelembutan dalam diri dia.
Haidar memanggil Azkia dengan panggilan Mira katanya lebih feminin gitu ala-ala Mira Filzah. Pada mulanya Azkia berasa kekok kerana semua orang memanggilnya Azkia tapi Haidar bertegas mahu memanggil dengan panggilan Mira.
Farhan berlalu ke dapur untuk meneruskan kerja menggoreng ikan yang tertangguh sebentar tadi. Firas mengusik Farhan tentang perbualannya dengan wanita tersebut. Rupa-rupanya Firas mencuri-curi dengar di sebalik dinding dapur.
"Firas, esok kau tolong ambilkan bagasi aku. Nanti perempuan tu akan pergi berjumpa dengan kau dekat pejabat. Faham-faham jelah esok aku outstation lagi."
"Kau ni jetlag balik Jogja haritu pun tak habis lagi. Ni kau nak pergi outstation pulak workaholic betul eh. Apa nama perempuan yang tertukar bagasi dengan kau tu?"
"Alamak lupalah nak tanya nama dia! Aisehman. Apa yang aku tahu perempuan tu orang Indon. Tiba-tiba aku teringat kejadian dalam kapal terbang haritu...."
Flashback
"Sedapnyaaa tidur atas bantal ni.Gebu betul." Aku menyondol dan menenggelamkan lagi kepala ku kepada bantal tersebut. Tiba-tiba aku tersedar yang aku tak bawa sebarang bantal pun dalam kapal terbang tu. Aku terus mencelikkan kelopak mataku. Rupa-rupanya bantal gebu yang kusangka itu rupa-rupanya bahu seorang gadis.
Aku beristighfar beberapa kali. Tidak ku sangka sisi terunaku akan diusik sebegitu rupa. Kemudian, aku kembali memejamkan mataku letih akibat menjadi sukarelawan belum hilang sepenuhnya. Tiba-tiba dadaku dihempap sesuatu. Sesak nafas aku! Kepala gadis tadi menjadikan dada aku sebagai bantal sandarannya. Aku mahu menolak tapi nafsu kemanusiaan aku tidak sekejam itu. Aku masih punya sifat kemanusiaan. Tunggu dia nanti!
PS: Okey gais mcm biasa vote and comment. Tq untuk semua yang menyokong. Untuk sementara waktu ni author kena hold sebentar BKKJS sebab ada exam hehe :>
YOU ARE READING
Biar Kisah Kita Jadi Sejarah
RomanceAZKIA DIOMIRA ,si perawan dari Jogjakarta,Indonesia yang berhijrah ke Malaysia sejurus peninggalan ibu kandungnya mempertemukannya dengan FARHAN RAHIMI, seorang pemuda yang angkuh dan tidak mempercayai kisah-kisah dongeng yang dikaitkan dengan cinta...