"Durrani, nunggu dolok cuba dengarkan ayatku berik abis."
(Durrani, tunggu dulu cuba dengarkan ayatku sampai habis.)
Farhan cepat-cepat mengejar Durrani yang bangun meninggalkannya dari tempat makan. Nak ditarik tangan tidak boleh kerana bukan mahram jadi dia hanya boleh menjerit memanggil Durrani yang bergegas pergi.
Durrani yang melihat Farhan mengejarnya mempercepatkan lagi langkah kakinya tetapi entah di mana silapnya dia terjatuh tersembam kerana tersepak tunggul kayu di hadapannya. Dia cuba untuk bangun tetapi kembali terduduk. Dia rasakan kakinya terseliuh di pergelangan kaki. Farhan yang melihat kejadian tersebut bergegas menghampiri Durrani. Dilihatnya Durrani cuba menggesot untuk menjauhinya.
"Jangan dekati kamek nak kamek dah kelakar kamek sik maok nangga muka kitak gik dihadapanku. Dah pegi sinun."
(Jangan dekati aku kan aku sudah cakap aku tidak mahu lihat muka kamu lagi dihadapanku. Sudah pergi sana.)
Farhan tidak mengendahkan larangan Durrani tapi dicempungnya Durrani ala-ala bridal style gitu. Malas mahu melayan biasalah perempuan kalau dah marah ataupun merajuk lain kata di mulut dan lain di hati. Dia sudah masak sangat dengan perangai perempuan yang satu itu. Durrani yang geram melihat Farhan tidak mengendahkannya cuba untuk bergerak-gerak supaya Farhan meletakkannya ke tanah semula. Maklumlah dia bukannya lumpuh tak boleh berjalan cuma terseliuh.
"Eh,kau diam boleh sik? kamek cium kang baru tauk buas gilak ataupun kamek ninggalkan jak kau dekat sitok kau berjalanlah sorang-sorang sampei malam. Kau ya dahlah berekot jaoh sampei kah dalam hutan tok. Menyusahkan kamek jak."
(Eh,kau diam boleh tak? Aku cium kang baru tau buas sangat ataupun aku tinggalkan je kau dekat sini kau berjalanlah sorang-sorang sampai malam. Kau tu dahlah lari jauh sampai ke dalam hutan ni. Menyusahkan aku je.)
"Aku sik suroh juak kau dukong kamek. Sudahlah mun sik ikhlas mok nolong ya ninggalkan jlah kamek dekat sitok tandah kamek jalan dimpun."
(Aku tak suruh pun kau dukung aku. Sudahlah kalau tak ikhlas nak tolong tu tinggalkan jelah aku dekat sini biar aku jalan sendiri.)
Durrani mencebikkan bibirnya selepas berlawan mulut dengan Farhan. Mereka sangat mengenali tingkah laku masing-masing maklumlah Farhan ialah kawan baiknya sejak sekolah menengah walaupun mereka telah membuat haluan masing-masing tetapi mereka tidak melupakan satu sama lain.
Baginya Farhan seorang yang sangat ego setelah kepergian gadis pujaan hatinya. Puas dia memujuk Farhan namun dia tidak mengendahkan kata-katanya. Sedar tidak sedar kami sudah tiba di kawasan pusat bantuan. Dia bergegas membawaku ke khemah medik. Walaupun Farhan itu ego dan keras kepala tetapi sifatnya yang prihatin inilah yang paling disukai Durrani. Sifat yang jarang-jarang ditunjukkan kepada orang luar.
Setelah selesai proses rawatan, Farhan masuk ke dalam khemah medik dan meminta izin kepada petugas di situ untuk berbicara sebentar denganku. Aku yang melihatnya cepat-cepat menunjukkan wajah masamku tanda masih terkesan dengan peristiwa tadi.
"Durrani, cakaplah ngan kamek. Kau juak tauk nak kamek tok bukannya pandei gilak bab memujok tok lagi-lagi mok pujok kau. Kamek tauk kamek salah kamek mintak maaf okey kita geng balit. Kamek janji kamek nakkan ungkit gik nentang tek."
(Durrani, cakaplah dengan aku. Kau pun tahu kan aku ni bukannya pandai sangat bab memujuk ni lagi-lagi nak pujuk kau. Aku tahu aku salah aku mintak maaf okey kita kawan balik. Aku janji aku takkan ungkit lagi tentang tadi.)
Farhan terus menerus cuba untuk bercakap denganku tetapi aku tidak balas. Aku mahu menguji sejauh mana dia kisahkan tentang aku tapi apabila aku lihat dia mahu bangun dengan pantas aku menarik tangannya untuk duduk kembali di hadapanku dan tersenyum manis ke arahnya.
"Aku sik marahkan kaulah. Hehehe jak mok uji kau. kamek okey aje pasal tek. Kamek anok sikit jak nakpe kamek juak mok mintak maaf juak and nerima kaseh sebab nolong kamek dekat hutan tek. Kaulah geng sejatiku."
(Aku tak marahkan kaulah. Hehehe saja nak uji kau. aku okey aje pasal tadi. Aku marah sikit je takpe aku pun nak mintak maaf juga and terima kasih sebab tolong aku dekat hutan tadi. Kaulah kawan sejatiku.)
Setelah selesai sesi maaf-bermaafan, Farhan kembali ke khemahnya untuk mengemas barang-barangnya. Hari ini adalah hari terakhir dia di Sarawak. Esok dia akan kembali ke rutin hariannya iaitu kembali masuk ke pejabat lagipun kerja-kerja kemasyarakatan ini hanya dilakukan apabila dia ada masa lapang. Dia berjanji kepada Durrani bila dia ada masa lapang dia akan kembali ke sini untuk melawat Durrani.
Azkia yang telah selesai melakukan aktiviti lawatan rumah banglo Puan Farihah membantu majikannya masak di dapur. Walaupun dia telah menghalang Puan Farihah dengan mengatakan yang ini semua tugasnya tetapi tidak diendahkan majikannya. Bosan katanya. Jadi kami pun masak bersama-sama untuk hidangan tengah hari. Setelah selesai, Puan Farihah meminta aku untuk membersihkan bilik anak lelakinya di tingkat 2.
Kata Puan Farihah esok anaknya akan pulang dari outstation kerja sukarelawan. Oleh itu, dia perlu mengemas bilik tersebut supaya anaknya selesa maklumlah anaknya yang satu itu sentiasa memastikan bilik dan persekitarannya sentiasa bersih dan kemas.
Aku pun pergi membawa barang-barang seperti vakum, bulu ayam, cadar baru dan alatan lain untuk memulakan kerja pembersihan. Tidak banyak yang perlu dibersihkan kerana bilik tersebut memang sudah kemas jadi dia hanya perlu mengemas sedikit sahaja. Mudah juga pekerjaannya pada hari pertama ini.
Selalunya kalau dilihat di dalam drama indonesia ataupun drama melayu, pembantu rumah perlu membuat bermacam-macam kerja lagi-lagi apabila bekerja di banglo mewah. Agak penat kerana perlu dibersihkan di setiap sudut. Tanpa melengahkan masa, dia membersihkan ala kadar dan menukar cadar serta sarung bantal kepada yang lebih bersih.
Azkia suka membersihkan bilik anak majikannya walaupun lelaki tetapi biliknya wangi dan sangat selesa untuk diduduki. Ketika dia mengemaskan barang-barang dalam laci meja kerja dia terjumpa sekeping gambar gadis yang sangat cantik. Wajahnya ala-ala pelakon thai Taew Nataphon yang manis. Di belakang gambar itu pula ada tertulis bait-bait ayat yang indah bila dibaca. Alahai sweetnya anak majikan aku ni. Untunglah gadis tu kan. Aku pula single terserlah kesenduan dekat sini.
Duhai kekasih hati, Matamu cantik ibarat bola api yang membakar lautan asmara, Bibirmu indah bila menuturkan kata-kata cinta, Rambutku ikal mayang dan berbau harum bak dituang minyak wangi setimba,
Walaupun kau sudah pergi jauh dari hidupku tetapi tetaplah setia dengan janji kita untuk bersama selamanya...
Aku yang membaca bait-bait ayat terakhir puisi tersebut terhenti senyum kerana kata-kata terakhir yang ditulis kecil di ruangan bawah itu persis orang yang putus cinta. Aku cuba berfikir sejenak tetapi malas mahu masuk campur lalu aku teruskan kerja pembersihanku sehingga selesai.
Ps: Chapter 6 doneee!!! Teruskan like, vote and ajak ramai lagi orang utk membaca karya author supaya author lebih terinspirasi untuk menulis okeyyy... and jangan lupa masukkan karya author dalam library korang byeeee ciaoooo :))
YOU ARE READING
Biar Kisah Kita Jadi Sejarah
RomanceAZKIA DIOMIRA ,si perawan dari Jogjakarta,Indonesia yang berhijrah ke Malaysia sejurus peninggalan ibu kandungnya mempertemukannya dengan FARHAN RAHIMI, seorang pemuda yang angkuh dan tidak mempercayai kisah-kisah dongeng yang dikaitkan dengan cinta...