14

273 2 0
                                    

Sejak tadi Sham lihat wajah Fariza begitu ceria. Dia juga turut tersenyum.

" Kenapa , saya lihat sejak tadi puan asyik senyum?" soal Sham.

" Saya tak sangka pula Tuan awak baik hati sangat. Banyak dia beri saya wang"

" Puan, dia telah banyak berubah untuk Puan. Dia sangat sayang pada Puan" jelas Sham.

" Sayang, Sham saya ini hanya boneka. Hanya teman tidur" jelas Fariza.

" Puan tak sayang pada Tuan?" soal Sham.

" Saya..tidak pernah punya perasaan. Hati saya telah lama mati selepas saya masuk ke kelab malam"

" Selama ini puan tidak pernah ada perasaan pada Tuan"

" Bila awak tanya, saya baru terfikir tentang perasaan"

" Pertama kali saya jumpa perempuan yang tak ada perasaan pada Tuan. Tapi sebelum ini Tuan memang tidak punya perasaan. Tapi sejak dia ada puan dia nampak punya perasaan"

" Dia sangat sayangkan puan. Sebab itu dia sanggup belanja banyak wang untuk keluarga Puan"

" Kelaurga saya?"

" Ya, emak dan ayah Tuan hidup senang. Dia selalu kirim wang dan juga barang-barang keperluan"

" Kenapa saya tidak tahu?"

" Dia ikhlas dengan mereka. Dia buat semua kerana sayang dia pada Puan. Dia sentiasa ingat pada Puan" jelas Sham.

" Terima kasih kerana beritahu saya. Tapi saya tetap seperti saya"

Pagi ini semua pelajar kelas Fariza terkejut dengan penampilan Fariza. Dia kelihatan seperti seorang model. Dengan kerinting paras bahu bewarna perang dia berjalan penuh gaya dan juga yakin.

Rashira juga terkejut. Dia memandang Fariza.

" Riza, sejak baik demam kau ni kena sampuk?" soal Riza.

" Tak, aku tukar imej. Gaya baru sebab kita ada nak tamat belajar. Nak keluar practical. So...kena berubah" jawab Fariza yakin.

" Baru aku kenal siapa Fariza. Patut Encik Firaz boleh beli banyak meja. Rupanya kau memang pandai. Aku lihat kau begini seperti perempuan penggoda" jelas Rashira.

" Rash. Aku dah dapat tempat praktikal. Syarikat Encik Firaz"

" Dengan gaya kau macam ni memang semua orang akan ambil. Apapun tahniah. Kau memang lain dari yang lain sebab kau tak pernah ada perasaan. Sejak aku kenal kau. Kau tak suka sosial. Tak ambik pusing hal orang. Kadang aku fikir aku berkawan dengan boneka. Patung"

" Ya, aku memang patung, tak punya hati, tak ada perasaan. Mungkin kerana cara aku membesar. Aku tak ada kasih sayang. Tapi terima kasih kerana sudi jadi kawan yang sangat faham akan aku"

" Sejak dulu lagi selalu driver tu yang jemput. Aku pun tak pernah tanya sebab kau pun tak pernah sibuk hal orang"

" Suatu hari nanti aku akan ceritakan semua pada kau. Jom kelas sudah nak mula. Tinggal 3 minggu saja lagi Kita nak exam"

" Kau pelajar cemerlang. Tak perlu risau"

Noda & CintaWhere stories live. Discover now