"WEH Adelia tadi aku nampak Ershad. Hensem gila" melompat-lompat Aisyah di hadapan Adelia. Gila melting weh. Ini kalau ibu nampak aku lompat serupa beruk macam ni memang kena baling kuali lah jawabnya bisik hati Aisyah.
"Ershad yang mana?" Soal Adelia. Dahinya yang berkerut digaru. Macam pernah dengar.
"Takkan kau tak kenal Adelia" cemberut muka Aisyah mendengar jawapan Adelia.
Kawannya takkan tak kenal? Macam menipu je lagi pun Ershad tu terkenal dekat universiti mereka kot.
"Aku kan sejenis malas nak ambik tahu hal orang" kata Adelia sambil menjungkit bahu tak mengambil kisah.
"Yang satu kelas dengan kita tadi tu lah. Ish kau ni" marah Aisyah sebal. Rakan sekelas pun takkan tak kenal.
"Lah cakaplah yang tu. Hah kenapa dengan dia"
"Malas aku nak cakap dengan kau. Tak ada mood aku nak cerita" tangannya disilang dengan mulutnya terkumat kamit membebel Adelia.
Adelia yang berada di sebelah tergelak kecil. Nak mengata pun pergilah jauh sikit. Ada ke patut dia mengata sebelah-sebelah.
"Hah tengok orang tengah marah. Dia boleh gelak pulak" bibirnya terjuih.
"Ehem tak lah yang kau ni nak marah sangat dengan aku kenapa. Ershad je kot?" Adelia berkata selamba.
Apa ingat aku suka dengan dia ke memang taklah. Acah je lebih huh menyampah katanya sebal dia dalam hati. Kang kalau cakap depan-depan Aisyah dia cubitnya tangannya baik dia mengutuk dalam hati je.
"Malaslah cakap dengan kau" kakinya terus melangkah meninggalkan Adelia di belakang.
"Weh tunggulah aku—" baru sahaja dia mahu mengejar langkah Aisyah tiba-tiba sekujur tubuh menghalang jalannya.
Siapa pulak ni? Kepala Adelia automatik mendongak untuk melihat gerangan di hadapannya? Tergamam Adelia dibuatnya.
Lama mata mereka bertembung tanpa dialihkan. Adelia yang tersedar terus memandang ke arah lain.
"Ehem sorry" tertunduk Adelia dibuatnya. Sempat matanya memandang sekeliling. Ramai yang memandang ke arahnya seakan nak marah.
Yelah depan dia ni kau agak siapa. Mestilah Ershad Hairy mati lah kau Adelia. Tapi kenapa tiba-tiba?
"Aku nak nombor kau" ujar Ershad selamba meminta.
Berkerut seribu dahi Adelia.
"Awak nak buat apa?" soal Adelia bingung. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba mintak macam tu je. Memang idoklah nak bagi sesuka hati!
"Abaikan jelah apa yang aku kata tadi tapi esok aku nak kau datang perpustakaan pukul 9 pagi. Kalau kau tak datang siap kau tahulah aku nak buat apa nanti" selesai berkata Ershad terus berlalu pergi. Malas nak menunggu Adelia sebab dia tahu pengakhirannya dia takkan dapat jugak punya!
Terkelip-kelip mata Adelia mendengarnya. Apa tadi dia cakap? Minta nombor? Nak jumpa aku? Gila ke apa. Buang tabiat agaknya. Pelik-pelik jelah. Mata Adelia julingkan ke atas.
Aisyah yang sedari memandang dari jauh mendekati Adelia yang masih berdiri di tempat sama.
"Dia cakap apa weh dengan kau" tangan Adelia digoyang-goyangkan.
"Dia nak jumpa aku esok seorang kat perpustakaan so kau boleh tak esok pergi lewat sikit lagipun esok kelas kita start pukul 10 pagi kan?" kepala Adelia menoleh memandang Aisyah.
"Boleh je tapi kau tak apa ke pergi seorang esok yelah manalah tahu tiba-tiba dia culik kau ke?" soal Aisyah.
"Kalau dia culik aku tahulah nanti aku nak buat apa. So jangan risaulah pasal aku okay?" Adelia mengangkat kening pada Aisyah di sebelahnya.
YOU ARE READING
Jasmine Protector
Romance[ 2nd book by leesottt ] Disebabkan sepakan bola yang terkena di kepala Adelia mereka ditemukan buat pertama kali. Kelakar? Tapi itulah hakikatnya. "Mata kau letak kat mana? Ni kan padang yang kau lalu dekat tepi-tepi tu kenapa!?''- ERSHAD HAIRY "Ma...