PAGI indahnya diganggu dengan ketukan pintu bertalu-talu.
"Adik bangunlah dah lambat dah ni!" Adryl mengurut dahinya di depan pintu bilik Adelia. Susah betul nak kejut budak ni seorang.
Teringat akan sesuatu laju kakinya berjalan ke bilik tidurnya yang bersebelahan dengan adiknya. Laci di meja cermin ditarik sebelum tangannya mencapai kunci pendua bilik tidur adiknya.
Dapat sahaja bergegas dia memasukkan kunci di tombol bilik adiknya.
"Ya Allah Adelia bangun. Adik dah lambat dah ni" badan adiknya ditepuk lembut.
Terdengar akan suara abangnya mengatakan dia sudah lambat. Badannya terus terbangun daripada katil.
"Hahhhh dah lambat" kepalanya laju berpusing memandang jam loceng di atas meja.
Terbuntang matanya apabila tersedar jarum jam sudah menjangkaui dari masa sepatutnya. Sudahlah dia belum sarapan. Tinggal lagi 30 minit sebelum kelasnya start.
"Abang kenapa tak kejut adik" Adelia menjerit selepas menyambar tuala di penyidai sebelum bergegas memasuki tandas.
Adryl di luar sudah mengelengkan kepalanya. Habis tu yang dia kejut macam nak roboh pintu tu apa? Nak kata tak kejut dah kejut. Dia sendiri yang tidur tak ingat dunia nak salahkan orang.
Katil adiknya yang berselerak di kemas. Ni perempuan ke lelaki katil pun macam tak serupa orang. Sebelum dia melangkah keluar sempat dia berpesan pada Adelia untuk mengambil roti sandwich yang sudah di letak di dalam plastik.
Adefina awal-awal sudah keluar rumah. Katanya banyak tempahan baju pengantin di butiknya masuk sejak akhir-akhir ni. Takut tak siap pulak. Sudahlah ramai customernya nak mengambil awal dari tarikh yang ditempah.
Adryl pula mengendalikan syarikat arwah papa mereka. Kerana dalam wasiat mengatakan yang Adryl kena urus. Adefina tak kisah kerana dia tidak berapa minat dengan hal syarikat. Lagi pun Adryl anak pertama jadi memang dia selayaknya yang mengurus jawatan itu.
Adryl menghela nafas nasib baik dia sudah membasuh pinggan yang sudah diguna sebelum mengejut Adelia. Sejak ketiadaan ibubapa mereka. Adryl dengan Adefina yang mengurus hal makan minum dan pengangkutan Adelia. Kadang-kadang mereka akan bergilir-gilir hantar Adelia ke univesitinya. Itu pun jika mereka tidak sibuk.
Dari arah tangga dia sudah nampak susuk tubuh adiknya yang tergesa-gesa turun ke bawah.
"Dah siap jom" ajak Adryl. Briefcase di tangan di genggam erat.
Adelia di belakang sudah termengah-mengah. Penat dia marathon seharian. Tadi pun nasib baik dia tidak terlupa untuk mengambil sandwich di atas meja makan.
Keluar sahaja kereta Adryl dari perkarangan rumah agam mereka. Adelia tanpa berlengah terus menyuap sandwich ke dalam mulut. Gelojoh dia makan lapar punya pasal sebab dari tadi perut dia berkeroncong.
"Makan tu sopan sikit adik'' kata Adryl tegas.
"Sopanlah ni'' jawab Adelia.
Adryl hanya menggelengkan kepalanya. Berhenti sahaja keretanya dia terus menyuakan tangannya pada Adelia di sebelah.
Tak membantah dia terus mencium tangan abangnya. Selepas sahaja dirinya keluar dari kereta Adryl. Pacuan empat roda itu kembali membelah jalan raya.
Adelia mengeling sebentar jam tangannya sambil kakinya laju berjalan memasuki universitinya.
Dalam leka dia melihat jam tangannya. Tiba-tiba dari arah bertentangan satu bola terkena kepalanya. Terduduk dia dibuatnya.
"Ya Allah sakitnya" kolam air matanya ditahan daripada mengeluarkan titisan jernih.
"Mata kau letak dekat mana? Ni kan padang yang kau lalu tepi-tepi tu kenapa?!" marah lelaki di hadapannya.
Adelia yang mendengar ujaran lelaki itu memandang sekelilingnya. Memang benar dia lalu kat padang. Ahh macam mana dia boleh tak sedar?
Ramai lelaki memandang ke arahnya. Mungkin kawan sepasukan lelaki itu sebab dia lihat baju mereka sama.
Baju belakangnya yang kotor disapu. Tangan sebelahnya masih memegang kepala. Sakit gila dahlah laju bola tu. Matanya masih meliar memandang sekeliling.
Panas mukanya menahan malu. Sampai kepalanya menunduk dibuatnya kerana ramai memandang. Tidak betah berdiri di situ dia terus meminta maaf kerana makin lama makin ramai melihat dramanya yang tak berbayar.
"Maaf saya rushing tadi. Sorry again" kata Adelia lembut pada lelaki di hadapannya. Kakinya terus mengorak langkah pergi dari situ. Tangan sebelah menyapu air mata yang jatuh di pipi.
Ershad yang melihat kepergian Adelia tersenyum sinis dalam diam.
"I'm sorry , honey"
Don't forget to vote and comment , thankies <3
YOU ARE READING
Jasmine Protector
Romance[ 2nd book by leesottt ] Disebabkan sepakan bola yang terkena di kepala Adelia mereka ditemukan buat pertama kali. Kelakar? Tapi itulah hakikatnya. "Mata kau letak kat mana? Ni kan padang yang kau lalu dekat tepi-tepi tu kenapa!?''- ERSHAD HAIRY "Ma...