SEPERTI yang dijanjikan. Awal pagi lagi Adelia sudah terpacak di depan universiti. Bukan semangat nak jumpa Ershad. Tapi semalam Ershad mesej dia suruh datang awal dan siap main ugut lagi.
Pintu perpustakaan ditolak. Dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh seseorang yang sedang menunggunya di meja paling hujung.
Adelia tanpa berlengah terus menghayun kakinya pantas dan mengambil tempat duduk di hadapan gerangan yang mahu berjumpanya.
"Ehem , lama tunggu?" soal Adelia. Buku yang berada di tangan diletak atas meja.
"Dalam 15 minit" ujar Ershad dingin.
"Sorry , by the way sebelum kita teruskan apa yang awak nak kata. Saya nak tanya satu soalan" mata Adelia galak memandang muka Ershad di hadapan yang sedang menunduk.
"Go on"ujarnya sarkastik.
"Mana awak dapat nombor telefon saya?" soal Adelia terus terang.
Ya , dari semalam itu sahaja asyik berlegar-legar di mindanya. Bukan sebab apa semalam rasanya tak ada pulak dia bagi nombor telefon dia dekat Ershad.
Walaupun rakan sekuliahnya yang satu kelas dengannya pun ramai yang tak tahu. Hanya orang tertentu sahaja yang akan dia bagi itu pun jika ada aktiviti kumpulan.
"Perempuan" ujar Ershad sepatah.
Berkerut seribu dahi Adelia mendengar.
"What do you mean?" jantung berdegup kencang apabila retina anak matanya bertembung dengan anak mata berwarna emereld green eyes itu.
"Your friend , Aisyah Nurina" ujarnya selamba. Kedua belah tangan disilang gaya bossy!
"So dah habiskan soalan kau. Sekarang ni aku nak kau ajar aku" sambung Ershad lagi.
Aisyah? Tapi kenapa dia bagi nombor aku dekat Ershad. Adelia mengetap bibir. Tak boleh jugak salahkan Aisyah mungkin dia kena ugut dengan Ershad macam dia semalam.
"Jangan gigit bibir"
"Hah?" blur muka Adelia dibuatnya. Apa tadi dia kata jangan gigit bibir? Muka Adelia memanas merah.
"Blushing?"
"No" muka ditutup dengan buku. Menghalang pandangan Ershad dari terus memandang mukanya.
Berdecit sinis bibir Ershad. Pandangan orang ramai ke arahnya dan Adelia tidak diendahkan. Well typical orang famous ada je orang nak pandang.
"Can we continue now?" soal Ershad dingin selepas yakin Adelia sudah okay.
Kepala Adelia mengangguk. Ershad mengangkat punggung sebelum melabuhkan duduk di sebelah Adelia.
"Ke...kenapa aw..awak du..duduk de..dekat si..sini" tergagap-gagap percakapan Adelia. Matanya membulat terkejut.
"Dah nama pun belajar mestilah duduk dekat. Kang kalau aku duduk jauh mana aku dengar. Maklumlah suara kau tu kecik" sedas Ershad sambil berdecit sinis.
Kelat muka Adelia dibuatnya. Sempat matanya menjeling tajam ke tubuh Ershad yang berada di sebelahnya. Telinga dibuat-buat pekak seolah tidak mendengar apa yang Ershad kata padanya.
"Awak nak belajar ke nak tenung muka saya je sepanjang hari?" soal Adelia tidak selesa. Ada jugak kena cungkil mata tu kang!
Bukan dia tak perasan dari hujung matanya yang dari tadi Ershad pandang dia macam tak nak lepas.
Err creepy!
Kerusi dijarakkan sedikit apabila dia rasakan Ershad sedikit berganjak padanya.
"Memang itu pun aku nak buat sepanjang hari" balas Ershad selamba badak.
YOU ARE READING
Jasmine Protector
Romance[ 2nd book by leesottt ] Disebabkan sepakan bola yang terkena di kepala Adelia mereka ditemukan buat pertama kali. Kelakar? Tapi itulah hakikatnya. "Mata kau letak kat mana? Ni kan padang yang kau lalu dekat tepi-tepi tu kenapa!?''- ERSHAD HAIRY "Ma...