2

7.7K 362 34
                                    


FOMO (fear of missing out) dan normalisasi.

Dua perkara ini menjadi satu talian akibat terlampau mengikuti perkongsian life goals di media sosial. Life goals tidak salah malahan sangat bagus, HANYA apabila melangkah dan melangkah mengikut laluan dan kelajuan langkah masing-masing.

Each had his own pace.

Ada yang bergerak laju umpama bullet train. Ada yang bergerak perlahan umpama sloth. Teruskan lah begitu asalkan jangan meniru untuk menyerupai yang lain. CONTOH dan MENYERUPAI itu dua perkara berbeza.

Enjoy your life. Secure your mental health. Each had his own pace. Each had his own rizq.

Dhiya terhenti.

Rizqi.

Ziqri.

Eii. Terus dia berhenti menaip sekaligus mengalih perhatiannya daripada sepatah nama itu. Dia bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah. Mak dan adik sedang tidur. Dia menuju ke dapur mencari air.

Dhiya dan Asfa bermula di kenduri. Lanjut ke DM Facebook. Dan kini sudah dua minggu mereka tidak berhubung. Asfa ada menghubungi tetapi Dhiya tidak membalas akibat kesibukan dan juga rasa malas. Masih selesa hidup sendiri. Tidak bersedia lagi untuk menerima gangguan ataupun salam kenalan. Daripada perempuan apatah lagi lelaki.

Sambil mengisi air, mata Dhiya memandang seisi dapur. Sampah sudah penuh tetapi masih tidak berbuang. Seusai air Cuckoo sudah penuh di dalam tumbler, dia mengikat plastik sampah dan terus menuju ke depan rumah mahu membuang. Malas mahu bising-bising, buang sahaja lah. Dah biasa.

"Dhiya!"

Penutup sampah terlepas daripada pegangan. Nasib baik sampah sudah selamat di dalam tong. Tapi bau merecik hawau ni aduh. Dengan hidung berkerut busuk, dia memandang kirinya. Terus hilang kerutan hidung diganti pula dengan belalakan mata. Tidak menunggu lama laju dia berlari masuk ke dalam rumah. Babi babi babi babiiiii.

Dengan pergerakan senyap tidak mahu Mak terjaga, Dhiya menyarung tudung dan wool hand socks sebelum kembali ke luar rumah. Muka berkerut, hidung berkerut, seluruh raut mukanya berkerut memandang Asfa yang tersengih-sengih menunggu di luar pagar.

"Jap weh. Aku settle sini kejap."

Dhiya diam memandang Asfa yang bersuara kepada jiran sebelahnya. Jangan cakap... "Jiran sebelah aku ni kawan kau ke?"

Asfa ketawa dan mengangguk saja. "Ya, kawan saya."

Dhiya menyembunyikan rengusannya sebelum bersuara sambil berpeluk tubuh dengan pagar masih menjadi pengantara mereka berdua. "Tak bagitau aku pun."

Asfa ketawa lagi. "Borak dekat kenduri pun sekejap. DM pun tak reply."

Dhiya memandang raut muka Asfa. Mata Asfa. Senyuman Asfa. Percakapan Asfa. Memang nampak baik. Suasana diam itu menjadikan Dhiya tersilap kata. "Saya-err aku aaaa saya... busy. Sorry."

Asfa mengangguk saja sebelum bertanya terus. "Boleh saya masuk dalam jap tak? Borak dekat luar pun takpe. Sini panas."

Dhiya mula rasa serba salah. "Masuk je lah." Malas mahu berlama-lama berfikir itu ini, dia membuka saja pagar dan membenarkan Asfa masuk ke perkarangan rumah. Jika Asfa ada niat mahu mencabul, jiran di sebelah masih ada. Malahan terang-terangan duduk di tepi situ mahu mencuri dengar. Dasar. Tapi takpe juga. Makcik dekat depan-depan tu pun ada membersihkan sangkar kucing.

Asfa memandang satu ruang yang penuh dengan kehijauan tanaman. Bibirnya tersenyum. Kemudian, matanya beralih pula kepada sepasang mata hijau yang bulat dan terbelalak mengintai di sebalik langsir tingkap. Ketawanya terlepas terus. "Apa nama kucing?"

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now