Anda tidak wujud tetapi kewujudan yang berlaku pada anda by Jackvladamir

982 38 1
                                    


Anda tidak wujud tetapi kewujudan yang berlaku pada anda by Jackvladamir

Percayakah anda,

Anda tidak wujud tetapi "kewujudan" yang berlaku pada anda.

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

(Al-An'aam 6:32)

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar—benarnya, kalaulah mereka mengetahui."

(Al-'Ankabuut 29:64)

"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan dan hiburan, dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu."

(Muhammad 47:36)

Sekiranya anda mendalami persoalan ada tweet pertama tadi, anda akan merasa kekosongan dan tiada apa-apa lagi.

Kita hanya lah "kesan akhir" dari "Penyebab Yang Pertama".

Bagaimana Tuhan boleh terhalang oleh sesuatu sedangkan Dia yang menampakkan sesuatu?

Bagaimana Tuhan boleh terhalang oleh sesuatu, sedangkan Dia nampak pada segala sesuatu?

Bagaimana Tuhan boleh terhalang oleh sesuatu, sedangkan Dia nampak sebelum kewujudan segala sesuatu?

Bagaimana Tuhan boleh terhalang oleh sesuatu, sedangkan Dia lebih nampak daripada segala sesuatu?

Bagaimana Tuhan boleh terhalang oleh sesuatu, sedangkan Dia lebih dekat dengan manusia dari segala sesuatu?

Bagaimana Tuhan boleh terhalang oleh sesuatu, sedangkan tanpa Dia segala sesuatu tidak akan ada.

Bagaimana "kewujudan" boleh kelihatan dalam "ketiadaan"?

Antara tanda kekuasaan Tuhan adalah Dia mampu menghalang makhluk ciptaan-Nya dari melihat-Nya dengan sesuatu yang tidak ada.

Tuhan menampakkan segala sesuatu dengan cahaya wujud dari gelapnya ketiadaan.

Dengan cahaya-Nya dalam segala sesuatu, semuanya menjadi kelihatan.

Jika segala sesuatu wujud bergantung pada cahaya-Nya, mustahil sesuatu itu menutupi-Nya sehingga membuat Dia terselindung.

Tuhan lah yang menampakkan segala sesuatu agar orang yang berfikir menjadikannya sebagai bukti kewujudan Tuhan.

Allah S.W.T. berfirman, dalam Al-Quran, Fussilat 41:53...

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar..."

"... Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"

Menurut ahli syuhud, Tuhan kelihatan pada segala sesuatu dengan penampakan zat-Nya.

Menurut ahli hijab, Tuhan kelihatan pada segala sesuatu dengan penampakan sifat dan asma'Nya.

Segala sesuatu hanyalah objek penampakan dari makna-makna asma' dan sifat-Nya.

Pada benda atau orang yang mulia, nampaklah sifat Maha Mulia (Aziz) milik-Nya. Pada benda atau orang yang hina, terlihatlah sifat Maha Menghinakan (Mudzill) milik-Nya. Pada setiap makhluk hidup, nampak jelas sifat Maha Menghidupkan (Muhyi) milik-Nya.

Saat Allah mencabut nyawa, nampaklah sifat Maha Mematikan (Mumit). Saat memberi, terlihatlah sifat Maha Memberi (Mu'thi). Saat menahan pemberian, terlihatlah sifat Maha Menahan (Mani). Saat memberi kuniaan, nampak sifat Maha Memberi Kurniaan (Karim). Saat mengabulkan doa, nampak sifat Maha Pengabul Doa (Mujib). Saat menimpakan bahaya atau mendatangkan manfaat, nampaklah sifat Maha Pemberi Bahaya (Dharr) dan Maha Pemberi Manfaat (Nafi').

Tidak mungkin Tuhan terhalang oleh sesuatu sedangkan Dia kelihatan pada segala sesuatu sehingga mampu dikenali. Kerana itu lah seluruh alam bersujud dan bertasbih kepada-Nya. Tetapi kita tidak mendengar dan memahami tasbih mereka.

(DAN RAMAI SI BABI DALAM DUNIA YANG MEMPERJUANGKAN PEMBALAKAN. I HATE THEM ALL!!! ESPECIALLY WARGA ROYALTY EI – aperson)

Semua makhluk di alam semesta, baik bernyawa mahupun yang tidak bernyawa, mengenali Allah.

Jika ada makhluk yang tidak mengagungkan Allah sesuai dengan keagungan-Nya, maka itu disebabkan oleh lemahnya makrifat tentang-Nya.

Tak mungkin Tuhan terhalang oleh sesuatu, sedangkan Dia zahir sebelum wujud segala sesuatu? Kerana asma'-Nya sudah kelihatan sejak azali.

Wujud Allah tidak diketahui akal kerana kewujudan-Nya amat dahsyat. Kewujudan dahsyat itu tidak akan mampu difahami oleh akal-akal yang lemah.

Tidak mungkin Allah terhalang oleh sesuatu sedangkan Dia lebih dekat dengan manusia dari segala sesuatu kerana Dia meliputi segala sesuatu.

Allah berfirman, "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaaf 50:16)

Sewaktu membaca thread ini,

Anda tidak berfikir, tetapi proses pemikiran yang sedang terjadi pada anda.

Anda tidak melihat, tetapi proses penglihatan yang sedang terjadi pada anda.

Anda tidak bernafas, tetapi proses pernafasan yang sedang terjadi pada anda.

Anda tidak boleh berfikir dengan sendirinya.

Anda tidak boleh melihat dengan sendirinya.

Anda tidak boleh bernafas dengan sendirinya.

Anda tidak boleh mendengar dengan sendirinya.

Anda tidak boleh merasa dengan sendirinya.

Anda tidak boleh berjalan dengan sendirinya.

Anda tidak boleh tidur dengan sendirinya.

Anda tidak boleh terjaga dengan sendirinya.

Anda tidak ada kuasa, lemah dan tidak mampu mengawal segala-galanya.

Sekarang fikirkan, sewaktu anda sedang berfikir bukan anda yang sedang berfikir tetapi proses berfikir yang sedang terjadi pada anda.

Anda melihat lautan berwarna biru, sebenarnya lautan tidak berwarna.

Anda melihat pokok bergoyang, sebenarnya pokok tidak bergoyang.

Anda melihat daun berterbangan, sebenarnya daun tidak berterbangan.

Anda melihat bulan bercahaya, sebenarnya bulan tidak mengeluarkan cahaya.

Anda melihat diri anda di dalam cermin, sebenarnya anda tidak berada di dalam cermin.

Anda merasakan diri anda wujud, sebenarnya anda tidak wujud.

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now