KAD PELAJAR - P.3

8 0 0
                                    

Dyana sehabis sahaja daripada mandi, kemudiannya dia duduk di meja solek sambil mengelap helaian rambutnya yang basah itu. Jam di dinding menunjukkan pukul hampir 7 pagi. Kebetulan juga Dyana cuti 'perempuan' menyebabkan dia bangun lewat dari selalunya. Pintu bilik Marya dikuak. Kelihatan Marya sedang melipat kain telekung seusai solat subuh. Marr, harini kau takde kelas kan? Soal Dyana memecah kesunyian diantara mereka. Eish terkejut aku ee! ha kenapa? ada tapi pukul 10 la. Why? Tanya Marya lagi. Oh okay, tapi before kau ke kelas kan, boleh tak kau drop aku kat bengkel. Aku chat laki kat bengkel dia cakap kereta aku dah siap wey hee. Ulas Dyana girang. Ye tak ye eh, aku almost lupa dengan kereta kau tu, boleh je aku drop kau. Seronok lah tu? aku sunyi lagi la lepas ni mula sorang-sorang balik. Seloroh kawanya itu. Marya mula menunjukkan mimik muka kepada Dyana namun hanya dibalas dengan gelakan.

Pandangan Marya hanya tertumpu pada jalan raya. Jauh juga eh lokasi bengkel dibagi dia ni betul ke tak ni?.Marya mula ragu. Itu lah nasib baik kita pergi awal..risau juga kau lewat masuk kelas nanti. Memang saja la Saufi dan Shahreel ni. Getus Dyana. Teringat akan nama Shahreel disebut. Dyana mengelamun seketika akan pertemuan kali pertama mereka.

IMBAS KEMBALI

Again Terima Kasih banyak2 Saufi dan Encik Shahreel. Ucap Dyana tulus semasa berada di luar cafe tersebut sebelum mereka berlalu pergi. Pandangan Shahreel terpanah ke arah Dyana yang tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepadanya. Dyana hanya tunduk malu jika diingatkan betapa kasarnya pertuturannya terhadap Shahreel semasa hari malang baginya. Tak apa Dyana. Niat saya ikhlas nak bantu awak. By the way saja nak pesan next time hati-hati ya bila drive sayangi nyawa awak. Even apa yang terjadi tidak begitu teruk, saya harap ini satu pengajaran bagi awak. Pesan Shahreel dengan ikhlas. Entah mengapa pesanan daripada Shahreel membibitkan rasa sesuatu kepada Dyana. Mungkin dia tidak sangka yang Shahreel langsung tidak memarahinya atas tindakan luar jangkaan itu. Shahreel yang perwatakan matang itu menambat hatinya. Namun dia sedar perasaan itu sekadar lamunan.

WEY naaa!Panggil Marya namun tidak dibalas. Tangan mulus Dyana itu dicubit halus oleh Marya. Haa mengelamun lagi!. Dyana tersentap. Telefon Marya yang menunjukkan aplikasi WAZE itu memudahkan perjalanan mereka digapai oleh Dyana. Marr, kau nampakkan Shahreel tu macam mana? Pertanyaan Dyana menyebabkan Marya ketawa terbahak. Apahal pulak kau ni yana? oow kau mengelamun pasal Shahreel eh tadi?. Tanya Marya dengan menjengketkan sebelah keningnya. Eish dia ni aku tanya je kan salah ke?.Bidas Dyana sekilas. Chill lah aku gurau je. Kau ni pun. Kalau ye pun cakap jelah suka. Ni tak tanya lagi pendapat aku haha. Tawa Marya sambil memandang Dyana malu mula menyelubungi wajahnya.

Setelah 5 minit kemudian, mereka telah sampai diperkarangan bengkel tersebut. Kelihatan bengkel itu bukan biasa-biasa getusnya. Terpamer pelbagai jenis kereta mewah diparkir tersusun elok. Mata Dyana hanya terpanah ke arah kereta kesayangannya itu, Kereta Swift Dyana diletak berhampiran di situ kelihatan sempurna, bersih, dan berkilat. Hatinya girang kerana melihat keretanya seperti asal semula. Naa aku drop kau eh, aku takut lambat nanti nak ke kelas lagi..Terang Marya dan terus berlalu dari situ.

Dyana meringankan kaki melangkah masuk untuk bertanyakan keretanya itu kepada pekerja bengket tersebut. Erm..abang boleh saya nak ambil kereta saya tu? Tanya Dyana dengan sopan sambil menunjuk ke arah kereta nya diparkir tidak jauh dari situ. ok kejap ya, saya panggil bos saya dulu sebab kunci ada pada dia. Dyana hanya mengangguk dan duduk di ruangan menunggu. Kereta Land Cruiser parkir betul-betul dihadapan garaj ruangan menunggu. Sapa pulak tu? Lama nya bos dia ni nak sampai. Getus Dyana apabila diberitahu oleh pekerja di situ yang bos nya keluar sebentar. Dari luar cermin ruangan menunggu itu nampak salah seorang pekerja menunjuk keberadaan nya. Seorang lelaki berbangsa cina telah mengajaknya masuk ke pejabat bengkel tersebut. Kamu Dyana betul? Sorry for delay. Tadi I met your husband and dia dah settlekan your payment. So here is your key ya. Jelas lelaki berbangsa Cina itu sambil menghulurkan kunci beserta resit. Otak Dyana mencetuskan beribu tanda tanya. Apa benda dia ni cakap?Bila masa aku ada husband? Tanpa berdalih lagi, Dyana terus mengambil resit dan kunci terus berlalu dari situ.

My Love,  Dyana.Where stories live. Discover now