PERTEMUAN PERTAMA - P.2

9 0 0
                                    

Selepas 5 minit.. Mereka tiba di sebuah cafe ya agak mewah ala Itali. Hey.. Tak nampak pun dua orang tu.. Tadi kau berebut sangat kenapa?.. Rengus Marya. Sebelum Dyana melantunkan katanya. Mereka berdua di sapa dari belakang. Mereka berdua tercengang dengan sapaan tersebut. Seorang lelaki yang tidak dikenali datang bersama dengan Saufi. Jika dinilai dari segi pakaian, lelaki tersebut agak segak dan tampan dengan pemakaian kemeja putih beserta kot biru tua. Nampak gayanya laki ni macam bos dia yang aku jumpa tadi..boleh tahan juga..lamun Dyana.

Lelaki itu mula berdehem. Namun lamunannya terhenti serta merta oleh Saufi. Maaf Dyana kalau awak sudah menunggu saya agak lama tadi, sebenarnya saya daripada office dan terus ke sini immediately, tapi tu la dengan jammed lagi. Jelas Saufi dengan keluhan. Eh..takpe, lagipun kitaorang sempat jalan-jalan sambil menunggu awak datang, it's okay la saya faham..terang Dyana dengan senyuman. Baiklah, by the way saya nak kenalkan yang ini bos saya. Encik Shahreel. Saya bawa dia bersama so that lebih memudahkan urusan kita ni. Terang Saufi sambil menunjuk ke arah bosnya. Eh, bukan bos awak yang datang pagi tadi ke? kita dah jumpa bukan? jelas Dyana dengan tawa yang kecil. Saufi pun menepuk dahi kerana terlupa akan insiden pagi tadi. Mungkin serabut dengan perkara yang berlaku serentak dalam satu masa Shahreel masih lagi tidak mengungkapkan kata-kata keluar dari mulutnya dengan gayanya seperti orang yang bekerjaya profesional mula menimbulkan rasa ketidakselesaan dalam hati Dyana. Kenapa tidak Saufi seorang yang datang eh segan pulak aku! rintih Dyana dalam hati.

Mereka berempat mula memasuki cafe tersebut. Erm..kita orderlah dulu? Dyana awak dan kawan awak nak apa? Order je it's on me. Akhirnya Shahreel membuka mulut setelah diam semenjak tadi. Karakter Dyana sekarang berbanding dengan pagi tadi amat berbeza apabila sebaik sahaja melihat personaliti Shahreel yang luar biasa tanggapanya. Dia mula menunjukkan respons hormat dan malu bila berbicara dengan bos Saufi. Pandai pula riak sopan Dyana ni.

Saya dan Marya ikut awak je order apa lagipun kami firsttime datang ke sini, Tak tau pula yang mana sedap. Balas Dyana bersama dengan anggukan daripada Marya. Oh really?..takpe Saufi kau order je macam biasa then later send me the bill..katanya kepada Saufi yang ligat menunggu disebelahnya.

Sementara mereka menunggu pesanan tiba di meja mereka. Dyana dan Marya tidak senang duduk apabila dua pemuda dihadapannya mula berbincang urusan kerja tanpa menghiraukan kewujudan Dyana dan Marya. Wey lama gila servis kat sini tak sabar pula aku nak balik..Menyesal pula aku ikut kau tadi. Bisik Marya disebelahnya. Kau ni pun sabar ah kau ingat aku nak ke lama-lama kat sini, yang dua orang ni pun kata nak discuss hal tadi ni bincang lain pulak..?? Bisik Dyana kepada Marya dengan geram. Dyana terdetik untuk bersuara dan bertanya tentang hal yang terjadi pagi tadi. Erm maaf, saya bukan nak menyampuk u guys bincang apa tapi saya datang ada hajat bukan saja-saja melihat awak berdua borak. Before that, saya nak minta maaf atas kejadian pagi tadi, dengan tindakan kasar yang saya lemparkan kepada awak berdua..Jelas Dyana dengan nada yang mendatar. Penjelasan daripada Dyana menyentak mereka daripada berbual. Oh ya lupa pula pasal tu, maaf ya actually tadi saya dapat call daripada pejabat atas urusan penting..by the way yang pasal tadi tu..erm saya nak jelaskan yang kereta tu under company saya dan kereta tu masih lagi bergantung atas insurans..maksud saya jika ada apa-apa yang terjadi kereta itu ditanggung sepenuhnya di bawah insurans company kami. Jadi pihak saya tidak meminta apa-apa pun daripada awak..sebab awak masih belajar lagi kan? jelas Saufi panjang lebar. Dyana pula berasa amat lega apabila mendengar penjelasan daripada Saufi. Tapi otaknya menimbulkan persoalan bagaimana dia tahu bahawa dia seorang pelajar? Gumam Dyana sendiri. Baiklah kalau begitu, tapi bagaimana dengan kereta saya sekarang? Maksud saya.. Namun serta merta pertanyaan Dyana dicelah oleh Shahreel. Dyana jangan risau nanti saya settlekan bayaran kereta milik awak dan sekarang kereta awak berada di bengkel. By next week saya rasa kereta awak dah siap. Apa-apa nanti u call this number okay? Sampuk Shahreel sambil memberi kad tertera alamat dan nombor bengkel tersebut. Tanpa berlengah Dyana terus menyimpan kad tersebut dengan harapan kereta itu siap secepat yang mungkin kerana itu sahaja la harapannya untuk bergerak ke kampus.


My Love,  Dyana.Where stories live. Discover now