(6) Pervert

65 4 2
                                    

"Ada dua perkara yang kau harus ingat bila menghadap Raja nanti. Satu, harus sentiasa menundukkan pandangan. Jangan pandang langsung mata baginda. Kedua, jangan mencelah kata-kata Raja melainkan baginda yang suruh." Pesan Bayu buat kali ketujuh, tepat di sebelah telinga Aleysha. Itu mungkin kali yang terakhir kerana kaki kuda yang dinaiki Bayu dan Aleysha itu sudah pun melangkah masuk ke kawasan istana.

"Selamat pulang, laksamana!" Ucap dua orang pengawal istana yang menjaga bahagian pintu masuk utama istana. Bayu menganggukkan kepalanya ke arah mereka.

Disebabkan Aleysha tidak reti menunggang kuda sendiri, jadi untuk kesekian kalinya, dia terpaksa menumpang kuda yang ditunggang Bayu itu lagi. Kuda yang dinaiki Sayed mendahului mereka di hadapan.

"Aku tahu lah, dah sejuta kali kau cakap."

Bayu menghela nafas perlahan, suka menjawab betul lah perempuan kayangan ni. Melihatkan cara Aleysha yang melayan Raja seperti kawan sendiri tempoh hari, kalau boleh Bayu nak pesan dua juta kali. Tapi apakan daya, mulut dia pun ada had.

Aleysha melihat ke sekeliling kawasan istana itu. Tak seperti keadaan di luar, di dalam ini kelihatan lebih mewah dan selesa. Dan juga luas, tak dinafikan. Selepas mereka melepasi pagar yang maha besar berwarna kuning sebentar tadi, perjalanan mereka merentasi halaman istana ini kelihatan masih jauh. Lantai jalan yang terhampar di hadapan mereka bertutup oleh batu-bata yang berwarna merah. Halaman kiri dan kanan ruang jalan itu ditumbuhi rumput-rumput yang seperti sangat terjaga. Keluasannya boleh dikatakan seluas padang bola sepak. Ya, sangat luas. Tetapi Aleysha pasti itu bukanlah halaman utama istana itu. Takkanlah rakyat marhaen seperti mereka boleh masuk ke istana melalui jalan utama. Lambat lagi.

Selepas seketika, kuda Bayu dan Sayed akhirnya sampai ke halaman Istana Barat. Istana Melaka itu diklasifikasikan kepada empat bangunan. Istana Barat, Istana Timur, Istana Selatan dan juga Istana Utara. Bangunan ataupun ruang yang paling utama adalah Istana Timur, di mana merupakan ruang utama Raja dan Permaisuri. Istana Timur juga disebut sebagai Istana Terbit Mentari. Bilik tidur, dewan santap, bilik berehat, bilik bacaan ha semua bilik milik Raja dan Permaisuri berada di Istana Timur. Satu lagi ruang penting yang berada di bangunan itu adalah Balairung Seri, di mana Raja menghadap mana-mana rakyat yang ingin berjumpanya ataupun jika baginda ingin berbincang tentang hal kenegaraan dengan pemerintah-pemerintah lain.

Aleysha turun dari kuda selepas ianya berhenti bergerak dan mula mengagumi seni bina istana yang gah berdiri di hadapannya itu. Walaupun dia tahu, apa yang dia lihat sekarang ini bukanlah keseluruhan istana, namun dia sangat terpesona dengan keindahan yang dilihat pancainderanya. Di dunianya, Aleysha tidak pernah melangkahkan kaki ke mana-mana istana jadi dia tak dapat nak bandingkan istana di dunianya dan di sini. Di kiri Aleysha terdapat taman yang dilengkapi bunga-bunga indah nan harum. Di kanannya pula terdapat 12 patung singa yang melingkari sebuah kolam air dan dari mulut singa-singa tersebut memancarkan air.

 Di kanannya pula terdapat 12 patung singa yang melingkari sebuah kolam air dan dari mulut singa-singa tersebut memancarkan air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hiasan di pintu agam utama Istana Barat berasaskan sekuntum Bunga Kelumpang. Dari bunga ini keluarlah salur-salur subur berbunga dan berbuah lebat seolah-olah merupai tangan terbuka dan melambai-lambai mesra gemalai mempersilakan tetamu masuk ke istana. Dinding luar istana ini dihiasi dengan ukiran khas kaligrafi. Terdapat tiang-tiang yang menanggung berat istana tiga tingkat itu. Hiasan tiang direka corak seolah memberi pengertian seorang pemerintahan yang menjaga kepentingan amanah dan memohon petunjuk dari Tuhan dalam urusan agama bagi dirinya dan rakyat dalam negeri jajahan takluknya.

The Time TravellerWhere stories live. Discover now