Aleysha menyapu kesan kesan darah pada tangannya menggunakan kain bersih yang diberikan tabib istana. Dahla dia buat minor surgery tadi tanpa gloves, guna recycled equipments pulak tu. Kemungkinan untuk wanita tadi mengalami infection agak tinggi. Tapi pape jelah, dia hanya perlu tunggu wanita itu bangun dan dia akan dibawa pulang seperti yang dijianjikan. Apa-apa yang jadi selepas itu bukan urusan dia lagi dah.
"Bagaimana keadaan permaisuri beta?" Soal lelaki berjanggut kecil yang diiringi beberapa lelaki lain di belakangnya.
"The operation was a success. It might take some time for her to wake up but it's no big deal." Terang Aleysha jelas.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi."
"But may I ask something?"
"Silakan."
"What year is it right now?"
(&)
Perlahan-lahan Aleysha melangkah di atas pasir sejuk itu. Cuaca malam yang dingin menampar lembut tubuhnya. Langit yang sedang dipandangnya sangat gelap dan dipenuhi bintang-bintang yang malap bercahaya. Sangat berbeza dari tempat lahirnya, Kuala Lumpur. Langit Kuala Lumpur jarang sekali nak nampak bintang kerana langit yang terang. Aleysha tak tahu lebih lanjut, tetapi berdasarkan apa yang dia baca dulu, fenomena itu disebut pencemaran langit disebabkan peningkatan penggunaan man-made lights. Ah entahler, bukannya Aleysha minat sangat dengan fizik ni.
"Neigh...." Aleysha terkejut lalu memalingkan wajahnya ke tepi. Lah bunyi kuda rupanya. Aleysha pulak masih belum terbiasa dengan bunyi tu.
Dari tempat Aleysha, dia lihat seseorang yang dia kenali di tepi kuda tersebut.
"Andika." Tanpa sedar Aleysha menyebut nama lelaki itu. Urgh dia cuma cuba mengingati siapa gerangan lelaki tu je, tetiba tersebut kuat pulak. Andika mengangkat wajah.
"Oh, tabib sakti." Andika menunduk hormat. Aik ni Jepun ke Tanah Melayu ni.
Aleysha membuat muka. Tadi, dia terkejut bila orang panggil dia tabib kayangan. Tapi ni lagi mengejutkan ni. Tabib sakti, what teh fff...
"Panggil je aku Aley." Aleysha berjalan mendekati lelaki itu. Nampak tadi macam dia tengah korek sesuatu dari kaki kuda tapi sekarang mungkin kehadiran Aleysha menghentikan perbuatannya.
Mata Andika membutang. "Tuan hamba... boleh berbahasa melayu?"
Of course she can. She was born Malaysian after all.
Aleysha hanya mengangguk sebagai jawapan kepada Andika.
"Maaf, hamba fikir orang kayangan hanya berbahasa Inggeris." Sebelum ini, Andika langsung tak pernah dengar sesiapa bercakap bahasa Inggeris tetapi perkara itu berubah selepas hari ini.
"Taklah."
Andika mengangguk, walaupun dia dah tahu yang tabib sakti itu rupanya boleh bercakap Melayu, tapi nampaknya cara penyampaian dia sangat berbeza dengan bahasa Melayu yang dia tahu. Contohnya, tabib itu menyebut 'Tak' berbanding 'Tidak'. Nasib baik dia bijak menangkap perbezaan tersebut kalau tak mesti dia masih tertanya-tanya apa itu 'Tak'.
Andika ingin meneruskan perbualan tetapi tabib itu kelihatan seperti seorang yang dingin dan tak banyak cakap. Andika ingin menyambung mencuci kaki kudanya tetapi tabib itu pula melabuhkan duduk di atas pasir sambil memerhatikannya. Adakah tabib tu nak meneruskan perbualan dengan dia?
YOU ARE READING
The Time Traveller
Ciencia Ficción*Inspired by The Great Doctor/Faith Pada suatu hari selepas melalui hari yang sangat teruk, Aleysha Qairene dipertemukan pula dengan individu misteri yang tiba-tiba muncul di pintu biliknya. Siapa gerangan lelaki itu? Apa yang dia nak dari Aleysha?