It's you, because no one else make sense. Before I met you, I never knew what it was like to be able to look at someone and smile for no reason.
"I hate getting flashbacks from things I don't want to remember."
"Saya cuba explain dekat awak hal yang...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
.
.
.
"Panas nak mampus dekat dalam tu tadi. Tapi nasib baik tak mampus lagi je!" Hyunji mula membebel sendiri. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Minhyun. Dari tadi pegang je sapu tangan dekat tangan tu.
Keluar-keluar dari sauna tadi, dia selsema terus. Hyunji memang tak boleh panas-panas sangat. Nanti mulalah hidung tu nak berair macam orang demam. Sensitif dengan panas dari kecil katanya. Faham memang ada orang yang sebegini. Termasuklah yang tengah type ni.
SAJA LAH HABAQ!! Janganlah triggered!
"Kaulah, gatal sangat ajak aku datang sini. Look at you now, babe. Kau macam dah nak demam dah pun aku tengok. Muka merah, hidung apatah lagi..." Seulmi menggeleng perlahan melihat rakannya itu.
"Sehun, Seulmi, aku rasa tak jadi kot nak pergi makan tteokbokki sekali. Kau tengoklah Hyunji ni macam mana. Lain kali, boleh?"
"Cakap dekat girlfriend kau tu, lain kali jangan keras kepala. Nak diet la apa lah. Padahal melantak snek dengan air bergas dekat dalam sauna tu tadi..."
"Sehun! Don't start it!" Lengan Sehun terus ditampar Seulmi kuat. Terjerit kecil lelaki itu dibuatnya. Tajam dia menjeling gadis itu yang turut menjelingnya serupa nak makan orang.
"Yelah... Kitorang balik dulu, bye!"
Terus Minhyun beredar bersama Hyunji yang tiba-tiba saja asyik bersin. Hmm, dah kata dah. Mesti demam tu. Inilah padahnya bila tak fikir diri sendiri tu macam mana. Kalau dah tak boleh kena panas sangat macam sauna tu, jangan pergi. Bila kata nak diet, belilah makanan yang memang untuk orang diet. Bukannya pergi beli makanan-makanan macam tu.
Tapi, jangan percaya satu spesis ni. Spesis hobi makan, tapi nak diet. To be honest, diet takkan jalan untuk spesis macam ni. Macam yang tengah menaip ni la HAHAHAHAHA!
"Okay, now... Kita nak makan dekat kedai mana? Ke, kau nak balik?" Soal Sehun apabila kelibat Minhyun dan Hyunji sudah tidak kelihatan.
Seulmi menggeleng perlahan tanda tidak mahu pulang ke rumah lagi. Dia memandang ke arah restaurant dan beberapa gerai makanan yang berada berdekatan dengan sauna yang mereka berempat pergi tadi. Gotcha! Satu restaurant menarik perhatiannya.
"Tu! Kedai sebelah salon tu. Dekat situ, tteokbokki dia pedas-pedas!"
Sehun memandang Seulmi tidak percaya. Giliran Seulmi pula memandangnya pelik. "Kau dah kenapa tengok aku macam tu? Aku cantik sangat eh sampai tak berkelip mata tu pandang aku."
"Muka kau ni, tak nampak macam kau makan pedas."
Ternganga sedikit mulut Seulmi ketika ini. "Ewah, mulut kau ni... For your information, aku boleh makan pedas macam pedas samyang 2 kali ganda pedas tu tau!"