TW:O

16 3 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

.

.


Tamat saja sesi persekolahan, Jungkook keluar dari kelas terlebih dahulu dari Seulmi. Lelaki itu sudah tidak tahan untuk ke tandas. Kalut dia mengemaskan mejanya sebelum keluar dari kelas tadi. Seulmi pula? Masih berlenggang-kangkung.

Bak kata seseorang, laju-laju nak gi ane?

Sedang Seulmi memasukkan barangannya di dalam loker yang berada di bahagian belakang kelas, seseorang datang memeluk lengannya. Siapa lagi kalau bukan Choi Hyunji? Rakan kepada Seulmi sejak dari gred 13.

Walaupun mereka sudah di gred 18, Seulmi tidak berapa rapat akan gadis itu. Kerana, setiap tahun Hyunji pasti akan mencari rakan baru untuk menjadi teman rapatnya. Tak tahulah kenapa macam tu. Maybe sebab dia cepat bosan dengan seseorang?

Tidak hairanlah jika dia hanya berkawan dengan Jungkook selama ini.

Tapi entah kenapa tahun ni tiba-tiba saja Hyunji ingin rapat semula dengan Seulmi. Sunyilah tu. Sebab Seulmi ni boleh tahan mulut tu macam bontot ayam. Cakap tak pernah nak habis. Ada je topik nak diceritakan. Tapi ikut juga. Kadang-kadang tak ada mood, memang seharian tu lah dia hanya mendiamkan diri.

"Esok cuti kan? Kau free tak?" Soal Hyunji.

"Apa free-free ni? Kau ingat aku perempuan murahan ke?"

"Kau kalau aku hempuk kepala dekat loker ni, risau amnesia je."

"HAHAHAHAHAHAHHA! Okay, okay, gurau je janganlah marah. Erm... Free rasanya. Kenapa?"

"Jom pergi sauna?" Hyunji mengerdipkan matanya beberapa kali.

Seulmi tayang wajah pelik. "Sejak bila kau suka tempat panas ni, Hyunji? Selalunya, panas sikit je kau dah macam orang yang dah nak melebur..."

"Alaaa, kau ni. Kau tak nampak ke pipi aku ni dah tembam semacam? Jawline aku tak nampak, hah tak perasan ke??" Seulmi menggeleng.

Hyunji pula terus menepuk dahinya. "Jomlah, jomlah... Aku sejak kebelakangan ni, asyik makan je. "

"Mana tak makan je kerja. Hari-hari makan luar, sedap-sedap pulak tu."

"Dah boyfriend aku ajak, takkan nak tolak? Dia tu dahlah merajuk kalah perempuan! Kadang rasa nak cekik-cekik je dia tu biar halkum hilang. Perangai melebih perempuan, haih!"

Seulmi ketawa. Bukannya dia tidak perasan sejak-sejak Hyunji mempunyai teman lelaki, sering kali gadis itu share gambarnya bersama teman lelaki tercintanya itu di story Instagram. Balik-balik gambar makanan.

Hah, lepas tu pipi dah pau sikit mulalah meroyan. Salah siapa sebenarnya?

"Teman aku tau?? Jangan tak teman. Tau tau?"

☆ミ Lover ScentWhere stories live. Discover now