"YANG TERBARING, TAK SEMESTINYA MATI!"
[ 15 March 2047]
"ARRRRGGGHHHHH!!!!"
Jeritan beberapa orang bergema di pulau itu disertai oleh kejadian tembak menembak menandakan ada serangan sesuatu. Pasukan tentera berseragam lengkap hitam berlari menuju ke arah bot dan helikopter berdekatan. Beberapa manusia mengejarnya dari arah belakang.
"Encik Izzat! Selamatkan diri!!" Jerit seorang tentera menolak lelaki yang bernama Izzat tadi masuk ke dalam helikopter yang sedia untuk berlepas sementara lelaki tadi melepaskan tembakan.
Tidak membuang masa helikopter tadi terbang di udara manakala beberapa orang berlari ingin mendapatkannya. Izzat membetulkan cermin matanya sambil memegang sebuah briefcase berwarna merah.
"Encik Izzat, benda tu memang tak boleh dikawal! Kenapa awak bawak lagi?" Soal seorang lelaki lengkap dengan pakaian makmal.
"Aku tahu apa yang dia nak." Balas Izzat matanya memerhatikan pulau yang mereka tinggalkan.
Beberapa tentera diserang oleh sekumpulan manusia. Dengan rakusnya, pasukan tentera tadi dibunuh dengan cara dimakan oleh mereka. Ya itu zombie!
Izzat tersenyum sendirian. Helikopter mereka semakin meninggalkan Pulau Jarak iaitu pulau ciptaan MATA dengan kerjasama pasukan tentera upahan, Shadow.
YOU ARE READING
AZ-27 [RE]
Action⚠️ᴡᴀʀɴɪɴɢ! ᴄᴏɴᴛᴀɪɴs ʙʟᴏᴏᴅ, ɢᴏʀᴇ & ᴠɪᴏʟᴇɴᴄᴇ sᴄᴇɴᴇ! ⚠️ʀᴇᴀᴅ ᴏɴ ʏᴏᴜʀ ᴏᴡɴ ʀɪsᴋ! Tahun 2047, di mana populasi dunia berkurang dengan pesat akibat wabak AZ yang berpunca daripada Cyberaya. Untuk mencari jalan penyelesaian, sekumpulan pasukan tentera diarah...