19 FEBUARY 2062
SOMEWHERE AT CYBERAYA,
15:40 PTG"Pos kawalan lima, macam mana situasi di sana?" Soal Sarjan Khalid.
"Ini kawalan lima, masih tiada apa-apa pergerakan tango, over." Sahut Sarjan Amir.
Suasana bandar Cyberaya kini kian sepi. Bangunan-bangunan tinggi yang dahulunya megah kini sunyi tanpa ada kegunaan pada manusia. Alam semula jadi kini mengambil alih tugas mereka. Lumut-lumut hijau mula menempel pada setiap dinding bangunan lama.
Banyak benda yang ditinggalkan di bandar itu menjadikan Cyberaya adalaah salah satu bandar berhantu di dunia.
Kereta-kereta dibiarkan berkarat di tengah jalan. Helaian kertas-kertas kerja pula masih berada di setiap bangunan ada juga yang berterabur di jalan.Sekumpulan tentera masih berkawal di pos kawalan mereka. Jaraknya dari bandar berhantu tadi tidaklah jauh, yang memisahkan mereka hanyalah adalah sebatang sungai dan sebuah jambatan yang ditutup oleh sebuah bas.
Senjata mesingan jenis PKM tadi masih tidak terusik. Statik kedudukannya. Sebutir peluru pun masih tidak diluahkan dari muncung senjata jenis light machine gun itu.
"Sarjan, bagaimana keadaan di sana?" Soal seorang pegawai atasan.
"Semuanya baik tuan." Jawab Sarjan Khalid yang merupakan anggota bahawannya.
Kem Tentera Sungai Udang, Melaka
16:00 PTG"Baik tuan-tuan, seperti mana yang korang tahu, korang semua adalah anggota terpilih dalam misi catch and rescue ni." Ucap Jeneral Zain. Ini kali pertama pegawai tertinggi turun padang dalam keadaan sebegini.
"Jadi disebabkan misi ini agak sukar, saya berjaya kumpulkan beberapa anggota terbaik. Dua orang dari PASKAU dan tiga orang dari GGK. Kapten, teruskan." Sambung Jeneral Zain. Seorang lelaki berjalan di hadapan dan mula menekan projektor yang menunjukkan peta Cyberaya.
"Gentleman, ini adalah misi yang ke-empat kami laksanakan untuk mendapatkan sebuah alat yang dikenali sebagai Hawk Eye. Dipercayai ia terletak di sebuah bangunan pentadbiran yang dahulunya dikenali sebagai Cyberperdana." Ujar Kapten Shariff menayangkan slide.
"Objektif misi adalah untuk mendapatkan intel a.k.a Hawk Eye yang merupakan trigger untuk menghapuskan hidupan di Cyberaya...maksud saya makhluk di sana." Sambungnya lagi.
"Jam 1700 kita akan berlepas, helikopter akan turunkan tentera kita di koordinat Zulu Echo 7712 a.k.a Cybergate. Setelah drop process selesai kita akan menuju terus ke Cyberperdana dan dapatkan intel. Soalan?"
"Ya Leftenan Ali!" Soal Kapten Shariff."Ada berapa tango di sana? Semuanya aman? Macam mana pula dengan pickup?" Bertalu soalan keluar daripada mulut Ali.
"Pasal itu, TUDM belum memaklumkan apa-apa info. Tapi kita memang akan teruskan misi ini setelah maklumat dari tinjauan Skuadron Helang." Balas Shariff. Dia juga tidak pasti akan jawapan yang hendak diberikan kepada Ali.
Ali sekadar menganggukkan kepala. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi kulit yang ada di bilik briefing tersebut. Baginya, situasi ini saling tidak tumpah bagaikan dia masih di dalam MATA.
Ali POV.
Aku Ali. Hidup aku berubah 360 darjah selepas proses pemisahan IRIS. Ujian SATRIA? Aku langsung tidak mampu menggunakannya langsung. Semasa cubaan aku asyik gagal dan gagal. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk berhenti dari dunia perisikan kerana merasakan aku ni hanya beban dalam MATA.
YOU ARE READING
AZ-27 [RE]
Action⚠️ᴡᴀʀɴɪɴɢ! ᴄᴏɴᴛᴀɪɴs ʙʟᴏᴏᴅ, ɢᴏʀᴇ & ᴠɪᴏʟᴇɴᴄᴇ sᴄᴇɴᴇ! ⚠️ʀᴇᴀᴅ ᴏɴ ʏᴏᴜʀ ᴏᴡɴ ʀɪsᴋ! Tahun 2047, di mana populasi dunia berkurang dengan pesat akibat wabak AZ yang berpunca daripada Cyberaya. Untuk mencari jalan penyelesaian, sekumpulan pasukan tentera diarah...