"This is Serigala Lima to HQ, we found the intel. Request a chopper!"
"Good job. Black Hawk will arrive on 100 seconds E.T.A 2 minutes." Jawab seorang pegawai dari HQ.
"Roger. 65 out." Shariff terus memberhentikan perbicaraan.
Dia kembali semula ke arah pasukannya yang masih berlegar di lorong pejabat datuk bandar Cyberaya itu. Perbualan kosong menjadi topik perbualan mereka. Lega hati mereka apabila alat itu dijumpai dengan mudah dan cepat. Suasana mereka hanya dipenuhi dengan suara mereka yang bersembang antara satu sama lain.
"Team, dengar sini...Kita kena sediakan flare gun untuk bagi tanda pada helikopter. Tapi hati-hati dengan pergerakan zombi. Mereka lari laju dalam waktu macam ni." Arah Shariff selaku ketua pasukan.
"Mereka akan datang 2 minit lagi. Siap sedia." Sambungnya lagi.
Ali mengambil tempat duduk di lantai. Kini dia pula yang menyertai rakannya yang lain setelah memantau suasana bandar yang sepi. Kini dia hanya memerhatikan sahaja mereka bersembang antara satu sama lain. Badannya disandarkan pada dinding dan senyuman di bibir terukir apabila mereka selesai menjalankan misi ini.
'Dah selesai, tapi macam mana semua ni jadi?' Getus dalam hatinya. Dia mula mengingati semula apa yang terjadi.
BILIK DATO' OTHMAN (ALI POV)
Setelah aku menutup mayat Ejen Hakeem, aku dan Carl masih mengeledah setiap almari dan meja di bilik orang tua ni. Tetapi hasilnya kosong. Oleh kerana kepenatan aku cuba duduk di atas kerusi kulit milik datuk bandar Cyberaya ini. Walaupun kelihatan agak usang dan berhabuk tapi ia masih kuat dan mampu menampung berat aku.
Tiba-tiba mata aku tertancap pada sebuah fail yang tertulis 'Misi : Darurat'. Melihat perkataan misi, aku terus cepat-cepat mencapai fail tersebut.
Dari muka depan aku dapat melihat jelas menunjukkan logo MATA. Memang sah, misi ni memang telah diberikan pada Jeneral Rama. Sempat juga aku membelek helaian kertas dalam fail.
Aku bertambah terkejut apabila melihat pelbagai rekod eksperimen yang dicatat oleh ahli saintis dalam MATA berkaitan penghasilan virus ini. Ya, virus AZ-27. Tanpa berfikir panjang, aku terus menyimpan fail itu ke dalam beg yang aku bawa. Boleh jadi siasatan.
End POV.
"Tuan Ali." Panggil Koperal Hamid. Langsung mematikan lamunan Ali.
"Ye, ada apa?"
"Tuan tau kan pasal agensi MATA? Dengar cerita mereka yang menyebarkan virus ni." Kata lelaki muda itu.
Ali hanya tersenyum.
"Mereka buat eksperimen rahsia. Jadi, inilah hasilnya. Zombie." Jawab Ali. Dia segera bangun dan keluar dari situ diikuti oleh pasukannya apabila mendengar bunyi helikopter memenuhi ruangan sunyi mereka.
Pasukan tentera itu menuju ke bumbung atas menanti kehadiran helikopter yang dihantar dari HQ. Beberapa saat kemudian, sebuah helikopter datang mendekati bangunan mereka. Oleh kerana suasana mereka gelap gelita, Shariff mengarahkan anak buahnya untuk menyalakan flare gun menandakan lokasi mereka.
"Hamid, flare gun." Kata Shariff.
Lelaki itu terus melepaskan tembakan suar ke udara sebagai tanda mereka di sana. Malangnya, ia juga menarik perhatian para zombi yang berkeliaran disana pada malam itu.
ZUPZUZPZUP
"Naik!" Arah seorang penjaga kokpit.
Shariff bersama lima lagi rakannya menaiki helikopter itu. Perasaan lega semakin bertambah terhadap pasukan ini. Oleh kerana maklumat berjaya dikumpul, ia memudahkan pasukan mereka untuk menjalankan misi ini tanpa sebarang pertumpahan darah.
YOU ARE READING
AZ-27 [RE]
Action⚠️ᴡᴀʀɴɪɴɢ! ᴄᴏɴᴛᴀɪɴs ʙʟᴏᴏᴅ, ɢᴏʀᴇ & ᴠɪᴏʟᴇɴᴄᴇ sᴄᴇɴᴇ! ⚠️ʀᴇᴀᴅ ᴏɴ ʏᴏᴜʀ ᴏᴡɴ ʀɪsᴋ! Tahun 2047, di mana populasi dunia berkurang dengan pesat akibat wabak AZ yang berpunca daripada Cyberaya. Untuk mencari jalan penyelesaian, sekumpulan pasukan tentera diarah...