Malam gelap menghasilkan bintang yang menyinari langit. Bintang tidak mungkin boleh bersinar tanpa kegelapan.
Malam yang sangat sepi tanpa sebarang bunyi melainkan suara tangisan putus asa yang sudah penat menjadi kuat.
Tiada manusia yang hidup dengan sempurna, dibalik wajah ceria pasti akan ada tersembunyinya ruang muram yang menghiasi jiwa yang sedang dahagakan kebahagiaan.
Tiada yang pernah berhajat untuk mempunyai hari-hari yang gelap, depresi bukan satu pilihan.
Dia simpan semuanya di dalam hati kerana susah untuk menjumpai yang memahami.
Malam itu, semua manusia sedang menikmati mimpi, tapi seorang insan sedang berusaha untuk membuang mimpi. Badan ingin melawan tapi minda ingin mengakhiri segala-galanya.
Angin yang sepoi-sepoi bahasa menghiasi bangunan yang mempunyai 10 tingkat. Bangunan itu ialah bangunan pusat beli belah. Sudah ramai peniaga mengundurkan diri dari berniaga di sana. Bangunan itu kini menjadi sedikit usang kerana sudah tidak ramai pengunjung.
Bangunan Alam, nama diberi.
Di tingkat paling atas yang tidak mempunyai bumbung, berdiri seorang lelaki sedang menangis teresak-esak. Tangisan itu bukan kerana lemah tapi kerana sudah penat menjadi kuat.
Air mata itu seperti membicarakan kata-kata dari hati kerana bibir tidak mampu mengungkapkan kesakitan yang terpendam.
Malam semakin sunyi tapi di dalam fikirannya terlalu bising. Bising dengan rasa sakit serta masalah yang dia rasa tiada jalan penyelesaiannya lagi. Kadang-kadang bukan malam yang membawa sunyi tapi hati yang sudah terlanjur sepi.
Hidup sering menawarkan peluang kedua dengan menghadiahkan hari esok, tapi kini dia tidak mahu lagi hadiah itu.
Menangis dengan mata memenatkan tapi menangis dengan hati mematikan.
Air mata lelaki itu mengalir di pipi, dia masih runsing dengan keputusan yang akan dilakukannya.
Di dalam mindanya, ketenangan itu harganya mahal. Dia tidak mampu untuk memilikinya.
Nama lelaki itu ialah Farady. Dia tenggelam dalam mindanya yang sudah tidak mampu lagi untuk menjadi kuat. Mindanya sekarang lemah.
Dia memakai baju T-shirt putih dan berseluar jeans biru pekat. Dia sudah berkaki ayam berdiri di atas koridor ingin bersiap sedia untuk terjun ingin menamatkan mimpi-mimpi. Perasaannya gundah-gulana.
Berkat mata yang sihat , dia berasa sedikit gayat berdiri di atas tempat yang tinggi.
Kehangatan tubuh badan hilang kerana angin malam yang dingin bertiup membuatkan dia sedikit menggigil.
Farady tidak sedar akan kehadiran seorang gadis yang melangkah perlahan-lahan menghampirinya dari arah belakang.
Perempuan itu menegur Farady dengan berhati-hati. Suara lemah lembut dilontarkan.
"Hai, kau ada masalah ke?"Farady sedikit tersentak mendengar suara itu, dia menoleh ke belakang dengan air memenuhi ruangan mata. Cahaya malam sangat lelah pada masa itu, dalam samar-samar, dia lihat seorang gadis dengan riak wajah resah cuba menghalang perbuatannya.
YOU ARE READING
Introvert.
RomanceApabila si introvert ingin mencari cinta.. Adaptasi dari kisah benar.