Farady Bin Anuar, nama diberi. Dia membesar tidak sama dengan manusia lain yang ada di muka bumi ini. Mungkin ada yang sama tapi tidak ramai.
Kelainan itu ialah dia hanya boleh bersuara ketika dia berumur 6 tahun. Ramai yang menganggap itu adalah sesuatu yang aneh. Ayah kandungnya pernah menghantar Farady ke Hospital beberapa kali untuk pemeriksaan kerana risau yang anaknya bisu.
Mungkin kerana terlalu lama mendiamkan diri, dia membesar hanya bersuara pada benda yang penting.
Farady hidup di dalam keluarga yang kaya dan raya kerana ayahnya bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat yang terkemuka di dalam negara.
Ayah dan Ibu kandungnya bercerai ketika dia masih kecil lagi. Oleh sebab itu, dia tidak pernah bertemu dengan ibu kandungnya. Tiada satu gambar pun yang ada bagi memaparkan wajah ibu yang melahirkannya di dunia ini.
Niat untuk mencari ibu kandungnya pernah timbul tapi kerana tiada jejak, niat itu diputuskan begitu sahaja.
Dia dibesarkan oleh pengasuh kerana ayah kandungnya sibuk dengan kerja. Pengasuh itu hanya menjalankan kerja kerana wang ringgit.
Keikhlasan tidak timbul dalam dirinya membuatkan Farady dibesarkan tanpa kasih sayang dari sesiapa. Dia mempunyai seorang abang yang bernama Farisy. Abang kandungnya tua 7 tahun darinya, jadi mereka tidak mempunyai hubungan yang baik.
Di dalam sebuah kelas, seorang pendidik sedang memanggil nama anak muridnya untuk memeriksa kehadiran di dalam kelas.
Farady yang berumur 10 tahun berasa gementar menunggu giliran namanya dipanggil. Dia lihat kawan-kawannya yang lain di dalam kelas seperti tiada perasaan.
Hanya dia seorang sahaja yang dilema dengan rasa resah
Perkara kecil seperti ini ialah satu perkara yang besar dalam diri Farady kerana dia tidak mahu bersuara ketika semua yang lain diam.
"Farady Bin Anuar!!" Nama Farady disebut dengan kuat dan jelas.
"Ada cikgu." Balas Farady sambil mengangkat tangan.
"Saya tak dengar. Sekali lagi"
"Ada cikgu." Lontaran suara Farady dikuatkan sedikit.
Pendidik itu membuat riak wajah tidak puas hati. "Murid-murid dengar tak suara dia?"
Semua pelajar di dalam kelas itu serentak menjawab. "Tak!!"
Farady berasa malu dan mukanya sudah kemerahan, dia rasa yang suaranya sudah terlalu kuat tapi yang lain rasa sebaliknya.
Lalu dia cuba menguatkan lontaran suaranya seperti berteriak. "Ada cikgu!!"
Semua pelajar di dalam kelas itu ketawa. Farady tergamam tidak memahami dari segi mana jenaka yang ada dari lontaran suaranya tadi. Yang pasti, dia rasa seperti terhina dan dimalukan.
Seorang pendidik sering menyangka bahawa pelajar hidup dalam satu perlumbaan atau pertandingan, yang lambat akan ketinggalan dan yang lemah akan kalah.
Pendidik itu ada membuat aduan dengan menghubungi ayah Farady iaitu Encik Anuar memberitahu yang Farady seorang yang pendiam dan tidak bergaul. Pendidik itu risau yang Farady tidak dapat menghadapi dunia luar apabila dia semakin membesar kelak.
YOU ARE READING
Introvert.
RomanceApabila si introvert ingin mencari cinta.. Adaptasi dari kisah benar.