"Ibu,kita nak pergi mana?"
"Ibu tak bawa Appa ke?"
Seorang gadis yang sedang tekun membawa kereta mula mengeluh kecil apabila dua anak lelakinya menyoal siasat.Dengan sakit membawa zuriat yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dengan soalan anak lelakinya yang berusia empat dan tiga tahun.
"Ibu nak bawak Ean dengan Eddy balik kampung Ibu.Dekat tempat ibu ada makanan sedap-sedap.Tempat Ibu ada Taman Legoland.Nanti Ibu bawak korang pergi sana,erk?"
"Lego Land?"Suara mereka memetir.Dengar cakap pasal Lego,merekalah paling suka.Mereka bersorak gembira.
"Seronok tu seronok jugak.Siapa tidur paling cepat,Ibu belanja dia mainan Lego."
Terus sahaja dua anak lelakinya ini mula memejam mata apabila di'ugut' oleh dia.Kemudiannya dia hanya mendengar bunyi dengkuran halus dari belakang menandakan anak-anaknya sudah mula tidur.
Barulah rasa tenang dia hendak memandu.Jika tidak mesti dia akan ditembak lagi dengan soalan-soalan karut dari dua anak terunanya.
Dia berada di lampu isyarat yang mula merah.Tangan gadis itu mengusap bayi dalam kandungannya.Hatinya hiba mengenangkan nasib diri.Dia kahwin secara paksa,dirogol sehingga hamilkan tiga zuriat ini dan dia langsung tidak dibenarkan keluar ke mana-mana.Jika dia boleh keluar pun,hanya dibawa oleh bodyguard suaminya sahaja.
Dia tidak boleh menentang suaminya ini malah keluarga suaminya juga siap angkat bendera putih tidak mahu masuk campur hal mereka.
Gadis itu tidak betah hidup dalam sangkar emas.Dia hanya mahu kebebasan yang disekat oleh suaminya itu.Dia juga mahu duduk di kampungnya dan menjalani kehidupan sederhana.Apa gunanya ada emas satu lori tapi kena kongkong dengan laki?
Tiba giliran lampu hijau,dia mula membawa kenderaannya ke Lapangan Terbang Incheon untuk membeli tiket pulang ke kampung halamannya.
Tanpa gadis itu sedari,ada sebuah kenderaan mewah sedang mengikuti kenderaannya semenjak dia mula keluar dari rumahnya sebentar tadi.
Bibirnya lebar dan nipis menguntum senyuman mengejek.
YOU ARE READING
Obsession ✓✓
Mystery / ThrillerAww, I'm fucking obses to you Turtle! Let me 'eat' you! Warning:-(18 and above) -sebab ada kata kesat. -Scene cheesy.Tak banyak pun. Cikit-cikit jer!