Song Kang menghela nafas lega melihat Mia menghilang dari rumah Jennie.
Hanya tinggal dia dan isterinya sahaja di rumah itu.
Taehyung pula merengus kasar."Tak ada pun perempuan tu dekat rumah ni.Kau trick aku,en?"
"Ta--Tak!Memang dia duduk sini semalam.Aku tahulah aku duduk sekali dengan dia."
"Duduk sekali?Kau--!"
Song Kang mula menunding jarinya ke arah Lily yang menyaksikan sahaja pertegangan antara Taehyung dan suaminya.Dia risau Tetapi sengaja berlagak biasa sebab tak nak suaminya risau.
"Ada bini aku sekali.Kau janganlah salah faham,Taehyung."
Taehyung meraup rambutnya kasar.
Berkobar-kobar hatinya ingin bertemu dengan Mia.Dia bayangkan jika gadis itu ada depan matanya.Benda pertama Taehyung akan lakukan pada Mia ada memeluk gadis itu seeratnya.Rindunya pada Mia sukar dibendung lagi.
"Mana dia sekarang?"Soal Taehyung pula mencari arah.
Song Kang memandang isterinya pula."Baby,mana Mia?"Soal lelaki itu.
"Dia baru aja keluar tadi.Tengok dia bawak baju banyak-banyak.Bila Baby tanya,Mia macam diam aja.Tak tahulah dia pergi mana."Jawab Lily seperti yang mereka bertiga rancang sebentar tadi.
Terbuntang mata Taehyung mendengar perjelasan Lily sebentar tadi.
Ke mana lagi gadis itu pergi?
Sekali lagi dia meraup kasar.
"Aku tak percaya!"Taehyung terus mengarahkan orang-orang suruhannya untuk mencari keberadaan Mia dalam kawasan rumah ini.
Manalah tahu Mia menyorok dan berpakat untuk menipunya?
Selang lima belas minit kemudian,empat orang lelaki mula menuju ke arah Taehyung dengan riak kecewa.Melihat wajah mereka membuat Taehyung merengus geram.
Dia menatap marah ke arah Song Kang.
"Jangan ingat aku nak lepaskan kau,Song Kang.Hal kita belum settle lagi!"Taehyung menolak kasar bahu Sing Kang sebelum beredar bersama beberapa anggota suruhan yang lain.
Song Kang menyandar tubuh ke dinding.
Lily menuju ke arah Song Kang sebelum tubuh tinggi itu didakap.Sempat bibir merah jambu milik Lily mengucup leher suaminya."Oppa!"
"It's okay!I'm okay,Baby.Jangan takut."Belakang Lily diusap untuk menenangkan isterinya.Dia tahu Lily takut.Lebih-lebih lagi melihat wajah bengis Taehyung yang tak ubah seperti Singa yang kehilangan bini!
Jisoo mula membawa Mia masuk ke dalam rumahnya.
Besar dan mewah.
Gadis itu mula duduk sebelum membaringkan diri ke sofa."Lembutnya sofa."
YOU ARE READING
Obsession ✓✓
Mystery / ThrillerAww, I'm fucking obses to you Turtle! Let me 'eat' you! Warning:-(18 and above) -sebab ada kata kesat. -Scene cheesy.Tak banyak pun. Cikit-cikit jer!