Obsession 9

2K 81 32
                                    

"Korang ingat tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Korang ingat tau.Esok hari keluarga.Cuti.Jangan gatal pantat sangat mari kerja.Sharp pukul lapan pagi kita berkumpul dekat sini.Naik bas.Maybe kita pergi Jeju kot.Mandi pantai.Yang mana nak bawak family,sila tulis nama.Tiga orang maximum.Lebih tiga,naik sewa bas sendiri.Yang mana muka tak lawa,single pulak tu,jangan isi borang.Buat malu aja kalau isi borang nanti.Arachi?"

Para pekerja Syarikat KTH hanya mengangguk faham sahaja dengan arahan Seungkwan.Dah biasa dah dengar mamat ni bercakap.Jenis mulut tak ada insurans.Tapi hati baik.

Irene tersenyum riang."Kejap lagi kita pergi beli bikini?"

"Aih,Irene Noona.Bikini yang kau beli berapa hari lepas tu tikus gigit ke sampai nak kena beli baru?"Soal Song Kang tanpa berlapik.

Irene mencebik bengang."Aku ajak Mia.Yang kau gelabah kote sangat ni dah kenapa?"

Song Kang ketawa kecil.Sikit pun tak terasa dengan mulut Irene.

"Noona ni marah-marah aku buat apa?Ni mesti tak dapat malam jumaat,en?"

PUK!

Bahu Song Kang menjadi mangsa pukulan Irene sehingga pemuda itu mengaduh sakit.Kemudian Song Kang ketawa."Sahlah tu Abang Bogum tak nak layan Irene Noona dekat katil.Tu muka macam babi tu."

Mia ketawa kecil.

"Janganlah kacau dia,gila.Karang gigi kau pula bersepai kejap lagi.Dah,buat kerja tu.Karang Singa mari,satu kerja apa pun tak dapat.Tak pepasal kita bertiga kena jadi cleaner tak bergaji."

Song Kang berdecit geram sebelum membuat kerja.Dia lupa hari ini Taehyung mari kerja.Nasib baik Mia ingatkan.Jika tidak,mahu pekak telinganya dengan suara Taegyung bila bertempik.

Hyeri pula menuju ke arah Mia dengan wajah masam.Stress semalam pun tak habis,sekarang bila dia memandang wajah Mia lagi bertambah tekanan perasaannya.

Bahu Mia dicuit kasar."Oi!"

Mia berdecit geram.

"Kau nak apa?"Soal Mia dengan kasar memandangkan Hyeri juga berkasar dengan dia tadi.

Hyeri memeluk tubuhnya sendiri."Buatkan aku kopi."Arah Hyeri senada.

Mia mengeluh kecil.

"Buat sendirilah.Ada kaki,ada tangan bukannya OKU pun."

"Aku cakap buat tu,buatlah!Kau pekak ke apa?"Tempik Hyeri dengan kuat.Sempat dia menolak kepala Mia dengan kasar.

"Wei,kau dah me--"

"Kalau kau nak kerja sini lebih lama aku rasa better kau tutup mulut tu,Irene!"

Mia merengus geram.Pantang betul jika ada orang main kepalanya.Dia tidak suka.Mia menghempas kuat kedua-dua tangannya ke meja sebelum berdiri.Matanya tajam menatap Hyeri.

"Kau rindu nak makan penumbuk aku ke?Kalau rindu,cakap.Jangan buat perangai macam budak tak matang.Nak fight,kita pergi atas rooftop."Kata Mia dengan nada dingin.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now