" Kalau bukan sekarang bila lagi Am? Takkan tak pernah terdetik dalam diri tu nak ada anak bini?" Wajah anaknya ditenung lama , geram dengan sikap anak tunggalnya itu.
"Umi, mesti la Am pun teringin nak ada family sendiri, tapi, Am ni muda lagi, baru je masuk 25, tak ke cepat sangat?" Raut wajahnya yang cemberut kini dialih pada lantai.
"Am, kalau umi tak kisahkan masa depan Am, umi tak akan suruh pun Am buat semua ni, ini semua demi kebaikan Am juga." Puan Kalthom kini mengalah, langkahnya terus dituju ke arah biliknya, tidak mahu memanjangkan hal ini, meskipun hatinya agak kecewa.
Amsyar Zidanne, atau lebih dikenali sebagai Am, hanya mengeluh. Ada betulnya apa yang dikatakan uminya itu.
"Am akan usahakan umi." Senyuman tipis terukir ikhlas dibibirnya.
........
"Am, tuan pengetua nak jumpa kau, now!" Wajah Akmal, rakan sekerjanya itu mendatangkan seribu satu persoalan diminda. Sama ada sekarang dia marah atau, takut?Amsyar hanya mengangguk sahaja, berlagak tenang, walhal dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu.
Langkah gementarnya terus digagahkan menuju ke bilik Tuan Hashim, pengetua Sekolah Emelynn Hills.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk." Dengan lafaz bismillah, dia melangkah masuk.
"Ya, Tuan. Ada apa sebenarnya ni?" Sopan Amsyar bertanya.
"Kalau ye pun duduk la dulu, Am." Wajah tua itu tersenyum melihat tingkah Amsyar yang seakan gelabah berhadapan dengan dirinya.
"B-baik." Perlahan kerusi yang berada di hadapan meja pengetua ditarik dan kemudian melabuhkan punggungnya di situ.
Nafas ditarik dalam dalam kemudian dihembuskan bagi menghilangkan lafaz gugup."Ok, jadi sebenarnya saya nak bagitahu, saya suka cara kamu, dari segi apa apa sahaja. Kamu pandai uruskan keadaan, masa, dan sebagainya, dan prestasi kamu bukan calang calang." Wajah tua Tuan Hashim itu masih menghadap kertas kerja yang berada di depan matanya.
"Tapi saya pelik, kenapa kamu lebih memilih untuk mengajar menengah rendah, sedangkan kamu layak mengajar menengah atas?" Kini matanya dialihkan tepat ke wajah Amsyar, terus tidak senang duduk Amsyar dibuatnya.
Bukannya apa, sejak 2 bulan dia mula mengajar di sekolah ini, Ini pertama kalinya dia bersemuka dengan Tuan Hashim, hanya berdua.
"Bukan apa tuan, tapi saya lebih kepada mengajar basic basic saja, saya tak bersedia lagi untuk mengajar lebih dari itu." Luahnya jujur, lehernya sudah di usap usap, jelas dia tidak selesa.
"Hm, saya minta maaf, tapi kamu pun tahu, sekolah kita kekurangan guru bahasa inggeris, jadi saya nak naikkan kamu sebagai guru menengah atas, kamu setuju?" Raut wajah tua itu seakan merayu, jelas terbeban dengan apa yang dia lalui sekarang.
......
Amsyar hanya termenung memandang kolam dihadapannya. Sesekali keluhan dilepaskan.Sebenarnya, dia tidak bersedia mahu berjumpa dengan menengah atas kerana takut terjatuh hati kepada pelajarnya sendiri. Maklumlah, selama ini hanya berjumpa tingkatan 1,2 dan 3. Itupun sudah ada yang dapat menarik perhatiannya, apatah lagi mereka yang lebih dewasa.
Amsyar jarang bertemu dengan menengah atas kerana bangunan lower form dan upper form agak jauh. Tetapi, walaupun jarang berjumpa, selalu sahaja di atas mejanya terdapat surat surat daripada peminatnya.
"Jauh termenung anak teruna umi ni." Secawan teh o panas yang dibawa Puan Kalthom dihulurkan pada Amsyar.
"Terimakasih, umi. Mana ada Am termenung umi, cuma stress sikit." Jujur Amsyar meluahkan perasaannya, kalau bukan pada uminya, pada siapa lagi dia mahu meluahkan.

YOU ARE READING
Student , or Wife ?
Romance"Kalau betul dia jodoh aku , dia datang , kalau bukan dia akan pergi jugak. Biarlah takdir yang tentukan semuanya." -Amsyar Zidanne "Habistu, kalau betul saya ni jodoh awak, awak nak biar saya datang dekat awak macam tu je? Awak tak nak cuba cari sa...