3

3 0 0
                                    

"Hawa, mana adik kamu ni?" Tanya ibu kepada dua anak itu.

"I'm here." Jawab seorang figura yang sedang menuruni tangga atau lebih dikenali dengan nama manjanya Fee. Ya, Hafwa Nafeesa.

Hawa Nabeela, kakak kepada Hafwa Nafeesa, seorang kakak yang prihatin, selalu mendengar masalah adiknya, hawa lebih kepada cantik kerana kematangannya manakala hafwa pula lebih kepada comel kerana perangainya. Dan yang paling penting, Hawa adalah teman wanita Ierfan, hehe.

"Ha, turun pun, ayah ingat kamu nak pergi sekolah jalan kaki tadi." Ucap sang ayah yang sedang sibuk meminum kopinya.

"Fee bangun lambat tadi." Jawab Fee sambil mencebikkan bibirnya.

"Buruk betul adik, buat mulut macam tu" Sakat si ibu atau nama sebenarnya, Puan Hayati.

"Kakak!" Hawa disebelah tidak berniat mahu menolong adiknya, lagi digelakkan adiknya yang sudah memuncung. Baginya adiknya terlalu comel jika disakat sekali.

"Adik nak pergi sekolah dengan ayah atau nak suruh pakcik hantar?" Pertanyaan sang ayah membuatkan Hafwa mengerutkan dahinya.

Pakcik yang dimaksudkan oleh sang ayah adalah pemandu peribadi keluarga mereka, walaupun tidak mempunyai pangkat dato' atau seangkatan dengannya, keluarga Hafwa memang kaya kerana ayahnya yang merupakan pengetua sekolahnya dan ibunya seorang businesswoman. Ya, Tuan Hashim, pengetua Emelynn Hills.

Selain Arina dan Insyirah, tiada sesiapa yang tahu bahawa mereka mempunyai pertalian darah, termasuk cikgu cikgu di sana. Semua kerana permintaan puterinya sendiri, Tuan Hashim tidak boleh berbuat apa apa, kerana ada betulnya alasan Hafwa yang tidak mahu orang lain berkawan dengannya kerana mahu mengambil kesempatan.

"Kenapa kakak tak boleh hantar Fee?" Tanya Hafwa sambil menyuap sesudu nasi goreng di dalam mulut.

"Harini boyfriend kakak kamu tu nak ambil dia, biarlah dia. Bos dah ajak mana boleh tolakkan" Jawapan si ibu membuat kakaknya itu tertunduk malu. Ierfan ialah teman lelakinya sekaligus merupakan bosnya

"Eh gediknya tertunduk bagai. Adik naik dengan pakcik je la" Hafwa cepat cepat merapatkan dirinya ke arah ayahnya apabila kakaknya menyorokkan wajahnya di belakang tudungnya.

"Ish, biarlah." Kini giliran Hawa pula mencebik geram. Suasana di meja makan terus dimeriahkan dengan pergaduhan manja adik kakak itu. Si ayah dan si ibu hanya tergelak dan tersenyum.

.....
"Lain macam je semangat nak pergi sekolah harini." Tegur Puan Kalthom kepada anak terunanya yang terlihat memperkemaskan kemaja biru gelap yang dipadankan dengan seluar slack.

"Hehe, mana ada umi, sama je la." Bahagian belakang kepala yang tidak gatal digaru. Kantoi!

"Umi, sebenarnya kan, Ierfan ada bagi satu nombor girl ni. Tapi kan, macam mana kalau Am cakap, Am suka dia, tapi sebenarnya baru dua hari kitorang chat, Umur dia pun, ba..baru 17." Tergagap Amsyar mahu memberitahu umur gadis yang diminatinya itu.

"Umi ingat kamu taknak bagitahu umi langsung." Uminya tergelak melihat anaknya yang tertunduk dari tadi terus mengangkat kepalanya tidak percaya.

"Umi, umi dah tau la kiranya?" Amsyar memandang uminya dengan penuh tanda tanya.

'mesti Ierfan punya kerja ni!' rungut Amsyar di dalam hati.

"Umi yang suruh dia bagi kamu." Lagi sekali pernyataan dari mulut Puan Kalthom membuatkan Amsyar ternganga.

"Dah kamu macam tak ada usaha langsung nak cari, biar umi yang tolong." Mulut Amsyar yang ternganga itu disumbatkan sandwich buatannya. Tergelak melihat gelagat anaknya.

Student , or Wife ?Where stories live. Discover now