4

4 0 0
                                    

"Lagi 10 minit lagi cikgu nak masuk, mana pergi si Fee ni! Dah la tak bagitahu sesiapa dia nak pergi mana!" Rungut Insyirah perlahan, bukannya marah, tapi geram dan risau sekaligus.

Selepas habis kelas sejarah bagi set1, pelik dia apabila melihat tiada Hafwa di dalam kelas. Selalunya Hafwa akan menyambut mereka terlebih dahulu kerana Hafwa bukan jenis yang suka keluar kelas.

"Qeef, serius la dia tak bagitahu kau dia nak pergi mana?" Wajah Aqeef yang memandang keluar tingkap itu dipandang lama tetapi hanya gelengan yang dia dapat.

Bukannya Arina dan Insyirah tidak tahu Aqeef yang menyebabkan Hafwa keluar tanpa arah tuju, mereka sudah bertanya pada rakan sekelas mereka.

"Tak apa lah kalau macam tu, kau pergi cari dekat semua tandas, aku pergi pusing sekolah ni." Cadang Insyirah. Arina hanya mengangguk menyetujui.

"Rin, Insyi, tu." Insyirah dan Arina yang baru sahaja mahu keluar kelas menghentikan langkah mereka. Terus dituju ke tempat Aqeef dan melihat ke arah yang ditunjuk lelaki tampan itu.

"Daripada tadi kau nampakkan yang kitorang tengah risaukan dia, bila kitorang tanya kau, kau geleng cakap kau tak tahu, tapi sebenarnya dari tadi kau asyik perhatikan dia, apa ni Qeef?!" Geram Arina sambil mengetuk meja Aqeef dengan kasar, tapi wajahnya masih lagi kelihatan tenang.

Rakan kelasnya yang lain hanya mampu melihat. Arina disebelahnya hanya mampu mengusap perlahan belakang Insyirah untuk menenangkannya.

"Ada apa ni?" Soal seseorang dengan polos sambil melangkah ke arah tempat duduk Aqeef yang merupakan tempat dua sahabatnya berada sekarang.

Aqeef hanya memandang kehadiran Hafwa dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan. Manakala dua sahabatnya lagi memandangnya seakan mahu menamatkan riwayatnya sahaja. Arina yang tadi menenangkan Insyirah, kini melangkah ke arah Hafwa.

"Aku dah cakapkan kalau nak pergi mana mana bagitahu dulu, jangan keluar macam tu je boleh tak, suka sangatkan bagi kitorang risau ee, kalau ikutkan hati aku nak je aku cincang kau sekarang!" Telinga Hafwa yang masih berlapikkan tudung kini ditarik Arina. Wajah Arina yang putih itu juga sedikit memerah menahan geram.

"Aduh! sakit la Rin, aku minta maaf la, aku tak sengaja! Lagipun aku tak pergi mana mana pun! Aku tolong Sir Am angkat barang je tadi! Rin! Sakit!" Mahu sahaja Hafwa menangis, tapi mengenangkan ramai yang melihat, dan Insyirah juga tersenyum puas seakan menyokong perbuatan Arina, ditahan dulu niatnya. Pelajar yang lain kini turut menggeleng dan tergelak. Sudah mereka agak perkara ini akan berlaku.

"Tau pun sakit! Kitorang yang risau kat kau ni tak ada pula kau nak kisah ke apa!" Tangan yang masih berada di telinga Hafwa diturunkan perlahan lahan apabila muka Hafwa yang seakan memerah menahan sakit.

"Aku minta maaf, aku tak sengaja. Tapi tak payah la tarik telinga aku! Sakit tahu tak! Hiks!" Hafwa menghentakkan kaki kembali ke tempat duduknya dengan mata yang berair, pipinya dikembungkan supaya air matanya tidak mengalir dengan laju, tapi isakannya tetap kedengaran.

Insyirah dan Arina yang melihat tangisan yang tidak dibuat buat oleh terus berubah riak bersalah langsung mengejarnya dan memujuknya.

Pelajar yang lain tergelak dan tersenyum melihat kecomelan Hafwa menangis sebegitu. Mereka juga tidak faham mengapa orang lain tidak menyukai Hafwa dan dua lagi sahabatnya, padahal mereka belum lagi mengenali perangai sebenar mereka di dalam kelas.

Aqeef yang melihat tiga serangkai itu hanya tersenyum nipis, mahu saja dia menolak Arina tadi apabila melihat mata Hafwa yang sudah berair apabila diperlakukan sebegitu.

Tapi dia sedar, dia sudah tidak mempunyai hubungan lagi dengan gadis kecil itu.
Dan dia sangat menyesal dengan perbuatan bodohnya.

"Takkan la sikit pun Qeef tak ada perasaan dekat Fee?" Wajah Aqeef yang masih tertunduk itu dipandang dengan mata yang mula berair.

"Fee, aku dah jujur, aku taknak ada apa apa lagi dengan kau." Masih lagi dalam keadaan tertunduk, tapi suaranya agak bergetar.

"Jadi, pasal perasaan awak tu, awak tipu? Awak tak ada perasaan dekat saya langsung kan ?" Kedua tangan mungil milik Hafwa digenggam sekuat mungkin. Dia sedikit tertampar dengan kenyataan yang baginya terlalu menyakitkan itu.

"Aku dah cakap, aku buat semua ni sebab aku cuma nak rapat dengan Insyi, apa lagi yang kau tak faham?" Walaupun ayatnya sedikit kasar, suaranya tetap tenang. Dia tidak mahu menyakiti lagi gadis mungil dihadapannya.

Ya, seorang Syafiq Aqeef telah lama menaruh perasaannya pada Insyirah, pelajar yang disegani ramai mahupun guru sejak mereka tingkatan 2. Tetapi dia sedar, untuk mendekati seorang Insyirah teramatlah sukar.

Itu yang membuatkan Aqeef tekad menjadikan perasaan Hafwa sebagai perantaraan untuk dia mendekati Insyirah. Baginya itu adalah perkara yang paling bodoh yang pernah dilakukannya, menyakiti perasaan seseorang yang tulus menyayanginya.

Tapi itu semua dulu. Sekarang dia yakin yang perasaannya hanya pada Hafwa, bukan hanya sekadar menjadikannya perantaraan.

Dia sedar, sejak dia meluahkannya secara keseluruh, dia mula merasa sunyi apabila tiada lagi yang menghiburkannya dengan tingkah laku secomel Hafwa. Hafwa mula menjauhinya secara perlahan lahan.

Walaupun sudah berkali kali dia meminta maaf pada gadis comel itu, dan sudah dimaafkannya, hatinya tetap terulit perasaan bersalah.

Andai saja dia menyedari perasaannya pada Hafwa sebelum dia memutuskan hubungan mereka, pasti dia tidak akan menyesal seperti ini. Sekarang semuanya telah terlambat.

Tapi, tetap saja Hafwa melayani Aqeef dengan baik, walau terlihat agak janggal, itu sudah memadai bagi Aqeef. Hafwa terlalu baik baginya.

Hafwa tidak akan bercerita pada Arina dan Insyirah tentang hal yang sebenarnya. Dia takut jika Insyirah akan merasa bersalah padanya dan Arina akan menyerang Aqeef tanpa sedikitpun perasaan takut. Kenal benar Hafwa dengan sikap sahabatnya.

.....
Amsyar yang sedang berbaring di atas katilnya hanya memandang siling sambil tersenyum. Fikirannya ligat mengingat senyuman Hafwa dan peristiwa tadi. Pipinya yang merah akibat diusik olehnya membuatkannya tergelak kecil.

"Baru 2 hari dah macam ni senyumnya, dah kahwin nanti umi rasa dah boleh hantar hospital bahagia dah." Jergah Puan Kalthom yang dari tadi memerhatikan tingkah anaknya.

"Umi! terkejut Am tau tak, kenapa tak ketuk dulu?" Kening dikerutkan tanda tidak puas hati.

"Eh! salahkan umi pulak! dia yang tersengih macam kerang busuk kat sini sampai umi ketuk pintu pun kamu tak menyahut. Umi masuk je la." Selamba Puan Kalthom menjawab sambil melabuhkannya punggungnya di birai katil Amsyar.

"Hehe, sorry umi." Tangan uminya lantas dicapai dan dikucupnya lembut bahagian belakang tangan.

"Macam mana? Kamu dah dapat tau ke macam mana orangnya si Hafwa tu?" Puan Kalthom terus bertanya tujuan sebenarnya, dia bukan jenis yang suka berbasa basi.

"Allah! Am lupa nak bagitau, sebenarnya kan umi, sebenarnya, emm.." Amsyar memainkan jarinya sambil perlahan lahan melabuhkan kepalanya di atas riba uminya.

"Am! Cakap tu bagi habis boleh tak? Umi pun kadang kadang pening umi ni sebenarnya lahirkan anak lelaki ke perempuan, manja betul!" Geram Puan Kalthom tapi tangannya tetap mengusap lembut kepala Amsyar.

"Iya, sabar la umi. Sebenarnya Haf..Hafwa tu..pelajar Am. Am..Am guru kelas dia." Perlahan saja Amsyar membuat pengakuan. Wajah Puan Kalthom yang tersenyum terus mengendur.

"Am.." Wajah serius uminya ditatap pelik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Student , or Wife ?Where stories live. Discover now