+13

299 66 32
                                    

"Semua ni.. Takkan bermula kalau kita tak mainkan perasaan dia" Hyunsuk membuka mulutnya. Dia berjalan mundar-mandir di hadapan rakannya yang lain.

Kesemua mereka mendiamkan diri seraya tergamam— apabila mengetahui Jihoon sudah tiada saat mereka hadir ke rumahnya untuk memohon maaf. Ibunya berkata dia telah melarikan diri pada malam semalam jadi mereka hilang jejak.

"Semua ni takkan bermula kalau Junkyu yang tak buka cerita buruk pasal Jihoon" Junghwan bangkit dan mulai bersuara. Junkyu yang dipersalahkan dan dituduh memandangnya terkejut.

Yang lain masih mengunci mulut— apa yang perlu dikatakam pun tidak tahu. Hyunsuk meramas rambut birunya kasar. Mindanya serabut dan keliru sekarang ini.

Kesemua mereka buntu. Tidak tahu apa yang patut dibuat. Jikalau ingin mencari Jihoon , mereka perlukan jejak. Jikalau mereka membuat laporan polis mesti mereka akan tertangkap kerana telah membuli Jihoon.

Mereka telahpun sedar akan kesilapan mereka yang tidak menghormati emosi Jihoon sehingga Jihoon mengalami kecelaruan mental— tetapi sudah terlambat. Bagi mereka itu hanya gurauan namun bagi Jihoon itu adalah sebuah penghinaan yang kejam.

Mereka membuat emosi dan mentalnya terganggu sehingga Jihoon mengambil tindakan terburu-buru yang memakan dirinya sendiri. Pastinya itu adalah sebuah kes buli.

"Kenapa pada saat ni kita perlu mencari siapa dalang semua ni? Bukan ke kita semua yang buat dia jadi macam ni?" asahi bersuara. Yang lain terus mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Tapi aku tak pernah sesekali menghina dan mempermainkan emosi Jihoon. Aku tidak pernah jadikan kemarahannya sebagai sebuah jenaka" Haruto membidas. Asahi memandangnya datar— tiada emosi.

"Kenapa engkau tidak menghalang saat yang lain berbuat demikian? Apa kau pernah menyuruh kami untuk berhenti? Apa kau pernah meminta kami untuk menghentikan perbuatan yang boleh merosakkan hidup Jihoon?" Asahi membalas. Haruto kembali mendiamkan diri. Tiada ucapan yang mampu dikeluarkan lagi.

Hyunsuk menghela nafas berat. Dia kembali duduk di sebelah Jaehyuk. Suasana di dalam rumah itu sunyi sepi. Hanya bunyi bilah kipas berpusing yang kedengaran.

"Apa kata kita berdoa.. Semoga ada keajaiban berlaku ataupun Jihoon lembut hati untuk pulang.." cadang Jeongwoo dengan nada yang rendah. Semua berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepala.

"Pada saat ni , kita mungkin hanya perlu berserah kepada tuhan dan takdir" Celah Yoshi. Mereka mengangguk setuju.

Anger - Park jihoon ( C )Where stories live. Discover now